Monday, November 29, 2010

William mahu Charles jadi raja

CHARLES (kiri) dan William.
CHARLES (kiri) dan William.

LONDON: Dalam usaha menamatkan perdebatan tentang isu pewaris takhta, Putera William memberi isyarat bahawa persoalan sama ada bapanya akan menjadi raja tidak timbul walaupun popularitinya semakin meningkat berikutan pertunangannya dengan Kate Middleton.

Pembantu putera itu menekankan bahawa William tiada keinginan untuk menjadi raja sebagai mengulas isu dua pungutan suara yang dibuat ICM dan YouGov.

Dalam pungutan suara itu kebanyakan orang percaya beliau akan menjadi raja yang lebih baik daripada bapanya dan Putera Charles patut berundur untuk memberi peluang kepada anaknya.

Pembantu kanan William berkata: “William tidak pernah mempertikai bapanya akan menjadi bakal raja kelak. Beliau tahu kedudukannya dalam keluarga diraja itu. Beliau tiada berkeinginan untuk melangkaui bapanya bagi merampas takhta sebagai raja sebelum masanya tiba.”


Sumber istana juga berkata, “William tidak berkongsi pandangan yang sama dengan mendiang ibunya yang berpendapat William lebih sesuai menjadi raja berbanding Putera Wales itu.”


Pada 1995, Puteri Diana memberi pendapat dalam satu wawancara di BBC bahawa beliau berpendapat peranan raja akan memberi banyak batasan kepada Charles dan William lebih sesuai menjadi raja selepas Ratu Elizabeth.

Sumber istana itu berkata: “William amat berbangga dengan ibunya dan semua pencapaian yang diperoleh Diana tetapi tidak bersetuju dengan pendapat ibunya mengenai isu pewaris takhta. Beliau amat rapat dengan bapanya dan begitu menyokong Charles dan tugasnya sebagai Putera Wales.”

“Kedua-duanya akan membiarkan masa yang menentukan segalanya. Tiada saranan daripada institusi diraja bahawa satu generasi patut dilangkau.

William dikenali sebagai seorang yang sensitif dan tidak mungkin melangkaui peranan bapanya sebagai pewaris takhta selepas Ratu Elizabeth. Beliau juga jarang sekali menghadiri upacara rasmi istana bersama bapanya bagi mengelakkan populariti tertumpu kepadanya dan tidak kepada Charles. - Agensi

P/s : Hensem derrrr putera william ni....hihi....

Sumber : Metro

No comments: