Friday, August 28, 2009

Yeye ari ni(28.8.09) aku blik kg...

Tak sabar nya rasa nak menunggu jam ke arah 10.00pm. Saat-saat paling yang ditnggu2 untuk pulang ke kampung..Dimata dah nmpk kesoronokan berbuka dan bersahur dengan insan2 yang paling di sayangi..tambahan pula abah aku dapat berbuka dan bersahur sepanjang bulan ramadhan,selama hampir 20 tahun abah tidak dapat bersama kami sekuarga berpose penuh di kampung kerana tuntutan kerja. Tp alhamdullilah tahun ni abah dapat bersama kami walaupun aku tidak berada disamping nya. Apa2 pun terengganu tggu kepulangan ku..hahhaha...

Thursday, August 27, 2009

Wajarkah Kita Ber alasan Dengan IBU ???

Masihkah kita ingat ketika berumur 1 tahun, Ibulah yang menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tetapi kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Masihkah kita ingat ketika berumur 3 tahun, Ibulah yang menyediakan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Tetapi kita balas budinya dengan menumpahkan makanan keatas lantai.

Masihkah kita ingat ketika berumur 4 tahun, Ibulah yang membelikan crayon, Tetapi kita balas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Masihkah kita ingat ketika berumur 5 tahun, Ibulah yang membelikan baju baru untuk beraya, Tetapi kita membalasnya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh dalam lopak.

Bila umur sudah cukup 7 tahun, Ibulah yang menghantar kita ke sekolah, tetapi kita balas budinya dengan menjerit dan menangit kerana tidak mahu ke sekolah.

Umur 10 tahun, ibu hantar kita ke kelas tuisyen, bawa beli belah, hantar ke rumah kawan. Namun kita tidak pernah menoleh ke belakang dan mengucapkan “Terima Kasih” kepadanya setiap kali menghantar kita.

Semasa umur 12 tahun, ibu nasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv, tetapi kita balasnya dengan menonton tv sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila umur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, tetapi kita membalasnya budinyadengan berkataibu tak ada “taste”.

Bila umur 16 tahun (baligh), ibu inginkan dakapan setelah penat bekerja seharian, tetapi kita membalasnya dengan mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila umur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis kegembiraan. Kita membalasnya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana “enjoy” dan “celebrate” dengan kawan-kawan.

Umur 19 tahun, ibu belanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas budi ibu dengan bersalam hanya diluar hostel kerana malu dilihat kawan-kawan

Bila umur dah cukup 20 tahun, ibu bertanya dengan penuh prihatin, adakah kita ada “boyfriend” atau “girlfriend”. Kita membalas budinya dengan “ Ibu ni kepoh lah”

Apabila umur 23 tahun, kita dapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri. Ibu belikan baju baru untuk kita mulakan kerja baru, namun kita balasnya dengan beritahu kawan-kawan bahawa baju ini tidak cantik kerana ibu yang belikan.

Umur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300 km jauh dari ibu.

Apabila umur 40 tahun, ibu telefon dan maklumkan tentang majlis kenduri di kampung, kita balas budinya dengan berkata “maaflah saya sibuk, banyak kerja nak buat”

Bila umur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan belaian, penjagaan dan kasih sayang dari kita, namun kita membalasnya dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epel dan merungut tentang kesibukkan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat untuk membalas kesemua jasa ibu. Ingatlah ! selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Ibu.. saya sayang ibu……

SEMOGA KISAH INI MENJADI TAULADAN BUAT KITA SEMUA, DAN MINTA SUPAYA DIJAUHKAN KITA MENJADI ANAK SEPERTI DI ATAS (NAHUZUBILLAH)

Kredit by ilhamrasa.blogspot.com

Rahsia disebalik NAMA ku

T : Anda memiliki sikap canggih, amat canggih.
E : Anda seorang yang menarik.
N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.
G : Anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
K : Suka melakukan sesuatu yang baru.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.
O : Seorang berfikiran terbuka.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
Z : Anda selalu bergaduh dengan seseorang.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
W : Anda suka menyendiri.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.

Anda memiliki sikap canggih, amat canggih.Anda seorang yang menarik.Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.Anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.Suka melakukan sesuatu yang baru.Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.Seorang berfikiran terbuka.Anda seorang yang gemar bersosial.Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.Anda selalu bergaduh dengan seseorang.Anda suka menyendiri.Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.

P/s : I think ada yg betul ada yg tidak..apa2 pun nama juga melambangkan peribadi sesorg klu tahu maksud ya.

Thanks Amy untuk Taq ne..

Nama Penuh: Tengku Norazuwin Binti Che Ku Zangi
Tarikh lahir: 23 Oktober 1982
Tempat lahir: Kuala Terengganu..
Tempat Anda Dibesarkan: Terengganu..


1.Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
---> lupe doh sape....sepupu2..
2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
---> bola tembak harimau, game(hok lukis atas tanah pastu baling dengan bata), tol nusuk(sembunyi2 la org KL kata)

3.Kalau anda bergaduh dengan kawan anda..
apakah kata kata yang anda nyatakan pada mereka?
---> malas aku kawan ngan mung doh..hehhe..kelakor la dulu..

4.Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
---> depan umh jea..

5.Apakah cita cita anda masa kecil?
---> nak jd BOS..hehe

6.Apakah kartun atau rancangan tv yang anda
gemari dan masih ingat sampai sekarang?
-->suria baja hitam, gaban, byk lagi tp dok ingat tajuk

7.Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
---> coki2, cekedis hok 20 sen

8.Nyatakan seorang rakan zaman kanak kanak anda
yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang..
---> ntah xdop kot..klu ader pun maybe malu doh nak tgur..

9.Apakah gelaran anda masa kecik?
---> minoh...2 tok nyang bg nama..coz nama 2 nama bini yea...abg aku sampai skrg panggil dengan nama 2..kdg nak marah tp bile pikir kelakor plok...

10.Nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda
yg anda ingin tau zaman kanak kanaknya..
klu blh semua follower..best gak bile dapat berkongi cite zaman kanak2 ni..

Wednesday, August 26, 2009

Dop sabar nya....

Lambat nya rase 28 hb 8...rasa rindu yang amat kat kampung...time-time puasa ni bile duk berjauhan ngan family rasa sedih plak...ye la kan klu kat kg bile sahur dah siap kat atas meja , kita just bangun dan mkn , tp bile duk perantauan ni semua kena wak sendiri, 2 ramai anak muda yang x bangun sahur...termasuk la aku.

Tp ni bukan first time bg aku..coz dah biasa ngan situasi ni..masa kat kolej dan keje kat johor dulu..tp terkilan la jugak..klu pose ngan family rasa lain macam ckit...biasa la org tersyang ada depan mata...baru seronok.

Bukan nak kata ngan kawan-kawan xbest tp lain macam 2 kureng la. Apa-apa pun aku dah xsabar nak balik kampung...lambat nya masa berjalan.........

Tuesday, August 25, 2009

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Monday, August 24, 2009

Tag dri kak ra

1. Anda rasa anda Hot?
hot dari segi apa tuh..hot kot klu ngusik org...

2. Upload gambar kesayangan anda.

3. Kenape anda suka gambar ini?
nmpk cm real jer...horey pas berjaya redah hutan belantara

4. Bile kali terakhir anda makan pizza?
bile ek...bulan 6 kot..2 pun rase hok bena mase kitaorg kuar g bolevard...kfc lagi kenyang wehhh

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Taubat Seorang Hamba
by Irsyadee feat. Hafiz (ex-UNIC). fiza yang suh dgr..dia kate "klu mung dop nangis mknernya mu xdop perasaan".ok la

6. Ape yang kamu buat sambil selesaikan tag ni?
ym ngan dengan sesorng

7. Selain dari nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama ape?
xder nama lain selain AWIEN. nak panggil Tomok pun xper..hakhakhak...

8. Tag lagi 6 orang tanpa kekesalan.
1- Fazi
2. Umiey
3. Ajan
4. kak Ra(amik mule tag ni...)

aku nak tag 4 org jer...suka hati laaa

** siapa no. 1 kepada anda?
Satu-satunya kawan yang lembut hati tp bile marah...alamak..takutttt nyerrr.....

** bagaimana pulak dengan no. 3?
Suka terkezut...tp cian gak kadang2..ajan ckp mak dia lagi kuat terkezut...cian satu family ada penyakit tu..hahhahah

** pendapat anda pada no. 4?
Pelupa dan paling aku respek suka baca quran...teruskan amalan anda.

** kata sesuatu tentang orang ke-2
umi ni leh kata kategori matang fikiran, walaupun usia bru 22..otak bisness pun dia sapu gakk..


p/s : thanks tuk kak ra coz sudi tag sy....

Friday, August 21, 2009

Salam ramadhan

Esok bermula lembaran baru untuk umat islam, iaitu bulan penuh keberkatan. Di laman blog ni aku nak amik kesempatan ingin memohon seribu kemaafan kepada semua kawan-kawan sekiranya ada yang terluka dengan kata-kataku atau perbuatan yang tidak disenangi oleh korang semua.

Selamat berpuasa untuk semua.

Jutawan di bulan Ramadhan

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......

rujukan: isuhangat.blogspot.com

Monday, August 17, 2009

15 Sebab Bencana Menimpa Manusia

Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam

Friday, August 14, 2009

SKALI WAR CRY


SKALI

One, One, One

SKALI

Run, Run, Run

SKALI

Fun, Fun, Fun

Create, Yes !

Value, Yes !

Share, Yes!

Go, oooooooooo SKALI !


ini adalah tagline untuk monday morning..kiranya lagu tema untuk company la..syabas sapa yang mencipta lagu ini..harap2 semua staf Skali lebih bersemangat bile nyanyi lagu ni, time kje kena la semangat gak yer.Gooooooooooooooooo SKALI


Pergi tak kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Bila hayati bait-bait lagu ini, sungguh syahdu rasa nya, mengenangkan tuan punya suara telah mengadap Ilahi. Semoga roh Arwah Ustaz Asri tenang disana.Amin

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.


Gambar terakhir arwah...
P/s: Kita kehilangan seorang lagi sebutir bintang dipersada seni yang amat disayangi dalam industri nasyid.

Sumber: Utusan online.com.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/13/mstar_hiburan/20090813112919&sec=mstar_hiburan

Tuesday, August 11, 2009

Wasiat kepada seorang isteri

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. . Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. ‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’

‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’

‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).K ain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’

‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku, anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Kredit untuk saudara yang meletakan cerita ini di laman Facebook. Nama lupe plak apa..

Rehlah- Kem Sri Raudah 1000 kenangan.

Hi all. harap pembaca blog semuanya sihat. Maklumlah cuaca tengah tak elok sekarang ni. Sebab jerebu , dengan ditambah penyakit yang semakin menganas kini H1N1, kalau u all rasa tak sedap badan tu cepat-cepat la jumpa doctor yer.

Entry kali ni aku nak cerita pasal camping aku dengan kawan-kawan usrah yang diketuai oleh Bos aku En.Shahrul a.k.a SMS hahah..Camping kali ni best coz xtvt yang kami lakukan mmg mencabar.Walaupun banyak kearah keagamaan tp juga diselitkan xtvt fizikal seperti jungle tracking, paintball dan juga mandi manda.


Sebelum bertolak ke lokasi xtvt, kami sempat berposing sementara menunggu kawan-kawan yang lain. Kesemua yang terlibat dalam xtvt ni seramai 24 orang. walaupun tidak seramai usrah yang lepas tp aku rasa kenangan kali ni paling best.


Kami selamat tiba di lokasi yang dijanjikan iaitu KeM Sri Raudah. Aku dapati kem ni sesuai tuk buat xtvt family,keagamaan, untuk budak sekolah dan sebagainya lah.


Pic kat atas ni adalah gambaran di sekitar Kem Sri Raudah yang amat mendamaikan jiwa bagi yang sukakan kedamaian dan nak larikan dari kesibukan kota.hihihi..ayat skema ckit.


Sebelum taklimat daripada Amir program ni (Mr Azuan a.k.a Peja) baik penuh kan xtvt wajib dulu.hahhahahah...



Xtvt pertama yang dilakukan kan setelah semua dapat bilik penginapan ialah Geletek minda. Geletek minda lebih kurang jawab soalan tp kebanyakan soalan tentang agama islam. terima kasih dekat komuniti program kali kerana kebanyakan soalan mmg menguji minda kami semua terutama aku.hahhahaha...nmpk sgt cetek ilmu agama ni..insyaallah aku akan improve lg aku punya pengetahuan bab agama ni.(tak pandai kena la belajar ork?)hihi


xtvt paling yang ditunggu-tunggu, walaupun xpernah main paintball tp bile tgk dalam tv cam best jer. alang-alang pihak kem bg special price RM15 tuk sekepala, tu dah dikira murah. mmg teruja selain pengalaman pertama untuk kami semua, dapat juga lepaskan tension melalui tembakan.hahhaha..so sori la sapa-sapa yang terkena tembakan yer..cian ajan paling teruk kena tembak.sampai lebam2 kaki.hahhahha..kenangan manis tu jan.


Hari ke 2 kami telah dibawa untuk xtvt jungle tracking, paling best bile laluan yang kami lalu memang mencabar. Paling aku xakan lupa bile kami semua dikehendaki mamanjat bukit tinggi yang amat. Aiii bile diingat balik mmg seram. apa xnyer, aku adalah seorng yang gayat bile ditempat tinggi. masa nak mndaki setiap tapak, bile tengok bawah, eii. dalam hati berkata " bile jatuh ni alamat gud bye la". tp apa-apa pun alhamdullilah kami semua selamat sampai akhirnya. Bile difikirkan blik best gak coz ni adalah pengalaman pertama boleh panjat tempat tinggi. Biasanya aku kalu jugle tracking laluan ala-ala jer la.just masuk hutan.tp kalu ni bg aku lain pada yang lain.


Akhir kata tq untuk semua warga usrah exspecialy komuniti coz jalan kan tugas dengan baik. Tq juga tuk Abang Adnan kerana dapat meluang kan masa untuk kami semua. Insyaallah kami kan practikkan ilmu yang diberi. Tq juga tuk org kuat program En.shahrul kerana berjaya juga lakukan rehlah kali ni setelah postpone beberapa kali. Insyaallah klu ada lagi xtvt lain kali aku kan join. Tq juga tuk kawan2. kamu semua best world.hahhahahha



Thursday, August 6, 2009

Kerabu Pucuk Paku By Mat Over

Lagu kerabu Pucuk Pisang aku layan masa g Pesta Makan Buah kat Bukit Jalil. Lagu ni baru kena dengan lograt ganu betul banyak "ng" kat belakang. Terengganu Tercinta


video
Kerabu pucuk paku sayur kacang
Panggang ikan puyu tumbuk sambal belacan
Celur pucuk labu buat ulam
Tanak nasik beras kusang

000000000000000000

Ikan kering anak tambang
Nok makang sedap kite pitih x dop
Bini beranok rapat anak rama terlajok
Kadang pisang sikat kite dok dang koyok
Ade lagi hok duk teriok

ooooooooooooooo

Hok ni kecing hok ni berok
Tambah pulok kije buleh sikit2
Byk hok duk sj perabih duit
Lepas2 ise dok dang makang nasik
Bosang anok duk jerik

ooooooooooooooooo

Pepagi2 mitok duit
Kadang2 mari pikir dlm hati
Mcm mn cara nk tambah rezeki
Mujur lah pagi ni ade saing mari
Ajok niaga kecik2

ooooooooooooooo

Rase senang dlm hati
Amber meniaga buat kusi rotang
Ade warna coklat warna itam
Nok ato dekat jabat kraf tangang
Jln kolej bukit bintang

ooooooooooooooo

Boleh tambah pendapatan
Begitulah care kalu mahu hidup
Buat ape sj yg kite sanggup
Jgn duduk sj buat buncit perut
Lama2 buleh meletup

oooooooooooooooooooo

Anak bini buleh cabut
Org tua dulu ade beser pesang
Kalu2 kite nok wi anak jarang
Rebuh akor kayu bui bini mkn
10 tahung buleh sorg

oooooooooooooooo

baru ceroh mase depang

P/s: apa yang anda rasa bile dengar lagu ni..teringat kat kampung dop? hahhha

Tuesday, August 4, 2009

Something value from Amy..

Terkezut, terharu ,gembira semua ada..hahhahha...nak tau kenapa? ntah tetiba jer amy skype bgitau, "nak bg sesuatu ni"..ai cm baru blik oversea jer padahal blik kg jer..hahhaha...Bukan aku saje dapat tp fazi pun dapat..amy ckp nmpk kaler hijau ngan merah terus ingat kami berdua..nak tau apa yang dia bg...hhhahaa..cm budak2 plak aku rase..."kerongsang"yang kak jihah jual(rakan sekerja), walaupun ianya kecik tp aku hargai apa yang dilakukan.Apa-apa pun thanks amy kerana harga sebuah persahabatan lagi bernilai dari segala-galanya.

Inilah kerongsang pemberian Amyliana binti Ramlan.
.

Ibubapa pilih kasih terhadap anak-anak nya.

Membeza-bezakan Kasih Sayang Antara Anak-anak SEORANG anak pasti menyedari diri mereka kurang disayangi ibubapa berbanding adik beradik lain. Situasi tersebut amat melukakan hati mereka kerana diperlakukan sebegitu oleh ibubapa sendiri. Melalui layanan, perhatian, kasih sayang, kehendak yang dituruti, anak-anak tahu samada mereka disayangi samada lebih ataupun kurang daripada adik beradik mereka yang lain.

Agama tidak membenarkan ibu bapa membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak sebaliknya mereka bertanggungjawab mendidik dan memberi sesuatu kepada setiap anak dengan adil dan samarata.

Ramai ibu bapa melakukan kesilapan terhadap anak-anak dengan membeza - bezakan kasih sayang terhadap mereka. Perbezaan kasih sayang ini biasanya dibuat atas dasar kecantikan paras, kepandaian dan kepintaran, kesempurnaan fizikal dan mental, kerajinan dan pelbagai kelebihan lain yang mungkin tidak ada pada diri anak-anak yang lain.

Anak-anak yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang biasanya berasa kehilangan tempat berpaut, tempat perlindungan dan rasa tidak diperlukan lagi dalam sesebuah keluarga. Mereka sentiasa memendam rasa dan sering memikirkan tentang kekurangan diri di samping tertanya-tanya sebab-sebab yang membuatkan ibu bapa tidak menyayangi mereka. Anak-anak yang diperlakukan sedemikian akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Malangnya setiap tindakan yang dilakukan oleh si anak sering dianggap tidak kena oleh
ibu bapa mereka.

Sebaliknya bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa pula akan merasakan diri mereka disayangi. Anak-anak yang merasakan dirinya dilebihkan mungkin bangga dan ego, manakala anak yang kurang mendapat kasih sayang akan berasa iri hati, dengki, rendah diri, benci dan dendam terhadap adik-beradik yang lain termasuk ibu bapa itu sendiri. Permusuhan mungkin akan timbul disebabkan tidak ada penyatuan dan persesuaian jiwa antara adik- baradik seperti menyakiti adik-beradik yang lain, menyorok atau mengoyakkan buku atau pakaian, menuduh orang lain membuat kesilapan yang dilakukannya atau seumpamanya yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Anak-anak yang meningkat remaja sering menjadi terlalu sensitif dan mempunyai sifat ingin membebaskan diri sekiranya menghadapi tekanan dalam diri mereka. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak dikasihi seperti adik-beradik yang lain, mereka cepat membuat penafsiran yang diri mereka tidak diperlukan dan dihargai oleh ibu bapa mereka. Lantaran itu terdapat kecenderungan untuk si anak mengambil tindakan membebaskan diri daripada ibu bapa mereka sama ada keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau meninggalkan keluarga untuk mencari kehidupan lain yang dirasakan dapat memberikan ketenangan jiwa kepadanya.

Keadaan anak-anak yang hidup di luar kawalan ibu bapa itu ditakuti akan membawa kepada penyelewengan yang lebih teruk ke arah kerosakan dan kemusnahan yang lebih mencemaskan pada masa depan. Kemungkinan besar jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya mereka akan terjebak ke dalam gejala-gejala buruk seperti menghisap dadah, meminum arak dan lain-lain perbuatan salah laku hingga ke peringkat jenayah.

Sekiranya yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang adalah anak gadis, kerap terjadi keadaan seperti mereka akan mengambil sesuatu tindakan yang agak nekad dengan meninggalkan rumah dan memilih untuk tinggal bersama rakan-rakan, lari dari sekolah, bekerja di tempat- tempat yang tidak sepatutnya pada usia yang terlalu muda dan sebagainya.

Sementara itu, bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang yang lebih daripada ibu bapa juga mereka tidak terlepas daripada kesan-kesan negatif yang sering mempengaruhi kehidupan mereka. Selain menjadi manja, suka mengadu dan kurang rasa hormat terhadap adik-beradik yang lain, anak-anak yang mendapat kasih sayang seperti ini kerap kali mempamerkan sikap negatif seperti suka berbangga, ego dan riak, tinggi diri, suka berhias, minat kepada peralatan mewah dan seumpamanya. Sifat-sifat ini di antara lain timbul kerana tindak- tanduk ibu bapa yang memberi layanan yang agak berat sebelah di antara anak-anak mereka.

Ibu bapa harus sedar, kehadiran anak-anak adalah sebagai aset yang perlu dijaga sebaik-baiknya agar mendapat pulangan yang baik apabila mereka tiada lagi di dunia ini. Anak-anak perlu dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil yang ditunjukkan oleh
ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka akan membuahkan hasil yang baik. Keadilan yang dipaparkan akan membuka ruang kepada kehidupan sekeluarga yang akan dipenuhi dengan kasih sayang, hormat- menghormati dan sayang-menyayangi.

Untuk mengelakkan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul hasil daripada perbezaan layanan antara anak-anak, berikut diperturunkan langkah-langkah positif yang perlu diambil:

Agama menegah ibubapa mengamalkan perbuatan membeza-bezakan kasih sayang di antara anak-anak mereka.

Ibubapa harus menyedari bahawa anak-anak mempunyai perasaan, berjiwa halus, emosi, bisikan kalbu dan curahan nurani. Belajar selami hati dan perasaan mereka ini.

Yakini benar-benar bahawa anak-anak anda adalah unik. Yang cantik adalah unik dan yang hodoh juga adalah unik. Yang pandai adalah unik dan yang kurang menyinar pun adalah unik. Belai dan bangunkanlah ciri- ciri keunikan anak-anak anda itu.

Ibubapa harus bijak untuk melihat dan mengenalpasti potensi yang ada dalam diri anak-anak. Ramai ibubapa hanya mampu melihat potensi lahiriah sahaja. Banyak lagi potensi yang tidak sedia terjelma mempunyai ribuan kemungkinan akan terserlah pada suatu masa nanti. Ibu bapa harus memainkan peranan membantu menyerlahkan potensi anak-anak itu.

Ingatlah bahawa sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan mempunyai kesan dan padah yang tidak mungkin dapat dibayangkan. Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kezaliman seandainya ini berlaku ke atas anak anda. Penyesalan pada hari muka tidak ada ertinya lagi.

P/s: Kadang-kadang aku juga pernah merasa apa yang artikal diatas tulis, tp bile difikirkan balik mungkin ibubapa kita hendak melihat kita lebih berjaya daripada yang lain. So lebih baik fikirkan yang lebih positif dari melihat negatif nya. Jadilah anak yang sentiasa taat kepada ibubapa.Gembiranya ibubapa itulah syurga kita semua.

Rujukan: kredit untuk Fiq online.blogspot

Muka masam punca rezeki lari!!!!!

Orang-orang tua selalu berkata kalau pagi-pagi muka dah masam mencuka,takde mood, tension adalah muka takde rezeki. So manis-manis la muka tu supaya rezeki anda bertambah pada hari ini.

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selaluberkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurutRasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Wallahulam

Rujukan: isuhangat.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

Sambutan Makan buah untuk anak2 terengganu


Walaupun hari sabtu minggu lepas merupakan hari buruk untuk ibunegara Kuala Lumpur kerana berlakunya rusuhan antara orang yang menentang ISA dengan anggota keselamatan kita(BOMBA, FRU,POLIS dan sebagainya) tetapi alhamdullilah tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian tersebut. Pada hari tersebut juga hampir lumpuh semua aktiviti di bandar tersebut terutama Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran merdeka. LRT turut lumpuh kerana bimbangkan keselamatan orang awam. Apa2 pun lain kali kita kena selalu beringat dengan apa yang terjadi semoga kejadian yang sama tidak berulang untuk ke 2 kalinya nya. Ingat la slogan PMbaru kita 1Malaysia. Perpaduan untuk semua.

Dalam keadaan bandaraya Kuala Lumpur lumpuh sekejap, di Bukit Jalil tetap meriah dengan sambutan anak-anak Terengganu sempena 1T3F(Kempen makan buah) khas untuk anak-anak terengganu yang merantau di Ibukota. Sambutan yang hebat daripada anak-anak terengganu mendapat perhatian MB Terengganu Datuk Ahmad Said dengan memperkenalkan Kempen tersebut sebagai acara tahunan bermula tahun ni. Kempen ini walaupun bermula lewat petang iaitu bermula pukul 6 ptg tetapi orang ramai tetap memberi sokongan padu, daripada hasil kajian yang dibuat MB menyatakan lebih 10,000 ribu org yang hadir. Ini bermakna anak-anak Terengganu yang ada di Ibukota bukan sedikit.

Tidak ketinggalan aku bersama 3 lagi kawan serumah turut sertai kempen tersebut(anak Jati Ganu la katakan) kami keluar rumah kul 6 sampai ke tapak kempen dalam pukul 7, aku bukan lah pengemar buah-buahan tetapi ingin melihat sambutan yang ada sekaligus ingin berkongsi kegembiraan sempena himpunan anak-anak Terengganu. Acara tersebut diserikan dengan hiburan dengan menampilkan semua anak Terengganu yang berbakat dalam bidang nyayian antaranya pelawak veteran Mat Over, penyanyi suara serak2 basah Saleem, Anis Suraya dan ramai lagi. Thanks aku ucapkan kepada kerajaan Terengganu terutama MB baru kita (Datuk Ahmad Said)yang prihatin terhadap rakyat. Semoga banyak lagi acara yang bakal dianjurkan untuk perpaduan kita semua.

Sempat juga kami merakamkan sedikit gambar untuk kenangan bersama.Cawwwww