Monday, January 31, 2011

Awien Heritage Office


AWIEN HERITAGE ENTERPRISE (AHE) - Wakil Insurans kenderaan..

Sekadar berkongsi gambar pejabat awien heritage dengan kawan-kawan,walaupun tidak secantik pejabat orang lain tp ia sudah cukup untuk kami bekerja dengan selesa dan melayan pelanggan dengan sebaik mungkin..:)

Jom melawat OPIS AHE.hehe..

Papan tanda AHE


BISNES CARD AHE
Ruang Pejabat

Lagi dari sudut yang hampir sama


Pandangan dari belakang
Meja kami bekerja

Sudut ilham..heheh..

AHE==> DOAKAN AHE BERJAYA EA. INSYAALLAH MENJADI PERNIAGAAN TURUN TEMURUN...INSYALLAH AMIN...

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada …

Awien Heritage==> Macho nye suara Maher Zain nyanyi dalam BM...Sebutan jelas, klu og tidak tau pasti ingat orang melayu yang nyanyi ni...Tahniah Maher Zain..U punya Suara boleh mengajak orang2 muda kembali mendengar alunan nasyid...


Sunday, January 30, 2011

Akademi Fantasia 9 yang terakhir

Bayangkan Malam-Malam Anda Tanpa AF........


Program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang bakal memulakan siarannya April depan akan menjadi program AF yang terakhir. So cam ner anda rasa????? adakah patut dihentikan??

Bagi Awien ia masa yang sangat sesuai untuk dihentikan dan di ganti dengan program yang lebih segar. Awien hanya sekadar membei pandangan selaku penonton setia program tersebut. Harap2 AF yang terakhir akan memberi lebih kenangan buat kita semua. Dgr2 Pengetua Ahmad Dhani dari Kumpulan DEWA ea...betol ke x itu kene tye pihak ASTRO...so kita TUNGGGGGGUUU..

Jom kita imbas kembali senarai JUARA2 Terdahulu

AF1- Vince
AF2- Zahid
AF3- Mawi
AF4- Faizal
AF5- Mila
AF6- Stacy
AF7- Hafiz
Af8- Shahir
AF9- ??????

Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua


Rita dan Adil bersama anak mereka Airit Rayyan.

PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan Abd. Radzak Salleh sewaktu ditemui wartawan di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.

Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.

Sumber : mStar Online

LinkAwien Heritage ==> Syukur alhamdulillah..semoga Tahun 2011 membawa kebahagiaan buat keluarga mereka, juga buat kita semua..insyallah amin..Ibarat kata pepatah " buang yang keruh ambil yang jernih"

Saturday, January 29, 2011

Lirik Lagu Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

(Perempuan)
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta (indahnya cinta)
Maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa)
>Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Awien Heritage ==> Sure pada yang suke layan jiwang anda pasti lentok bila layan lagu ni...so romantik..huhu..layazzzzzzzzzzz......Kepada kawan2 yang nk memujuk kekasih hati sesuai lagu ni ditujukan khas untuk cinta hati korang..hahha..mcm pakar cinta lak...Rugi sape yang tak dgr...hihi..so pandai2 la google lagu ni yer...


Wednesday, January 26, 2011

Fakta Menarik Tentang Bill Gates


Inilah 9 fakta menarik tentang Bill Gates;

1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun!

2. Jika dia terjatuh US$1,000, dia tak perlu susah-susah untuk mengutipnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengutip wang tersebut, dia sudah memperolehi income dalam jumlah yang sama.

3. Hutang kerajaan Amerika lebih kurang US$5.2 trillion, jika Bill Gates membayar seorang hutang tersebut, dia dapat melunaskannya dalam masa kurang dari 10 tahun.


4. Dia dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi tetap dapat mempunyai baki US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya kekal dalam setahun sejumlah US$30 juta, tetapi dia tetap harus menunggu sehingga 277 tahun agar dapat sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara ke 37 terkaya di dunia atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, malah melebihi IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1,400 tahun dan menggunakan sebanyak 713 buah Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita mengandaikan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wangnya.

9. Tapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat claim US$1 untuk setiap kali komputernya hang kerana Microsoft Windows, Bill Gates akan segera bangkrap dalam masa 3 tahun!

Kredit kepada isuhangat

Awien Heritage==> tido atas duit ker apa Bill Gates ni?????????

Tuesday, January 25, 2011

Deko-deko bersama AWIEN...

Awien Heritage==> hehe...tajuk pom dah poyo...hihi..Terpikir-pikir semalam kalau la awien mampu mempunyai rumah sendiri alangkah indah nya..huhu...bukan apa bila jelajah website2 yang meng"deko" rumah ni..terasa teruja untuk membuat transformasi untuk rumah sendri...So bila dibelek2, beberapa konsep yang berkenan dihati..dia punya design tak la mewah sgt tp cukup bergaya kalau pandai menghias..Jom sama-sama kita lihat contoh konsep yang awien minat dan telah dicopy and paste...Tuan punya rumah tolong halal kan ek..sekadar untuk berkongsi pendapat...hehe..Kredit kepada pemilik2 rumah berkenaan....u punya deko super la....

Antara Contoh Design Yang Menambat Hati...Insyaallah Suatu Hari Nanti Konsep Berkenaan Akan Di Terjemah Ke Rumah Sendiri...Bila Dan Masa I DUNT NO....hehehhe..Insyallah..amin..Korang sama-sama doakan ek...Tp jgn pelik coz semua design bertema kan RED COLOR..MY FEBRET...hihihi

Ruang Tamu




Bilik tidur






Ruang makan

Bilik Air

Monday, January 24, 2011

HP Mini 1000 Vivienne Tam Edition

Awien Heritage ==> Duk belek2 website Hp terjupe satu laptop yang boleh menusuk kalbu ku...hehhe...kalau la dpt satu ni alangkah bhgia hidup ini...Harga aku xpasti, tp kalau tgk pada spek dia..ok la jugak...kalau duit dlm poket tebal, x tunggu lama ni ..hehe...'walaupom'..huhu

sekadar berangan-angan jer la...hehe..Comel x red color ni?????

Untuk maklumat lanjut pasal my love ni korang rujuk di website ni ea....

http://netbook-review.com/hp/mini-1000-vivienne-tam-edition/#more-459


hp mini 1000 vivienne tam edition netbook

Dosa-Dosa Besar Menurut Imam Az-Zahabi

Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar: (Petikan)
  1. syirik (menyekutukan Allah),
  2. membunuh jiwa,
  3. sihir,
  4. meninggalkan solat,
  5. tidak membayar zakat,
  6. berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
  7. meninggalkan haji padahal ada kemampuan
  8. menderhakai ibu bapa,
  9. memutuskan hubungan kekeluargaan,
  10. zina,
  11. liwat,
  12. liwat kecil,
  13. riba’,
  14. memakan harta anak-anak yatim,
  15. berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah,
  16. melarikan diri dari medan perang,
  17. pemimpin penipu dan penganiaya rakyat,
  18. sombong dan sejenisnya,
  19. kesaksian palsu,
  20. minum minuman khamar,
  21. berjudi,
  22. menuduh wanita mukminah berbuat zina,
  23. ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat,
  24. mencuri,
  25. menyamun,
  26. sumpah palsu,
  27. memungut cukai,
  28. memakan barang haram,
  29. bunuh diri,
  30. banyak berdusta,
  31. hakim yang jahat,
  32. menerima rasuah,
  33. perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya)
  34. lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus),
  35. muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta),
  36. tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing,
  37. ria’
  38. menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu,
  39. khianat,
  40. mengungkit ungkit pemberian,
  41. mendustakan takdir,
  42. mendedahkan rahsia orang lain,
  43. mengadu domba,
  44. banyak melaknat,
  45. menipu dan mengingkari janji,
  46. membenarkan dukun atau tukang ramal,
  47. derhaka kepada suami,
  48. melukis gambar dan melukis,
  49. memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah,
  50. bertindak melampaui batas,
  51. bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang,
  52. menyakiti tetangga,
  53. menyakiti orng Islam dan mencela mereka,
  54. ancaman berbentuk kerosakan, penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang,
  55. menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka,
  56. isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong,
  57. memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki,
  58. hamba yang melarikan diri dari tuannya,
  59. menyembelih kerana selain Allah,
  60. menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri,
  61. berdebat dan bersengketa,
  62. menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya,
  63. mengurangkan timbangan dan ukuran,
  64. berasa aman dari murka Allah,
  65. berputus asa dari rahmat Allah,
  66. meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur,
  67. terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan,
  68. menyebabkan kerugian dalam wasiat,
  69. pembohongan dan tipu daya,
  70. mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka,
  71. mencela salah seorang sahabat nabi.

Renungkanlah adakah dosa-dosa ini masih lagi membelenggu kita senua atau kita telah bebas dari dosa-dosa tersebut…Ya Allah Jauhilah kami semua dari azab api neraka Ya Allah....

Sunday, January 23, 2011

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan


pix_gal0
Mira Abu Bakar antara blogger yang berjaya

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Sumber Berita Harian

Awien Heritage==> Penulis blog pom boleh berjaya mencapai title jutawan..hebat2...dunia hari ni tiada yang mustahil..kalau ada usaha pasti ada kejayaan...cayok2 blogger sekalian...

Gambar Resepsi Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

Kredit foto kepada Syok.com, zonartis, Asmadi Ahmad

Awien Heritage==> Pertama kali tgk Zaquan buat rambut style cam gni..biasa ala-ala Beckham..hehe...tp still hencem....

Saturday, January 22, 2011

Traffic Light yang kreatif



Awien Heritage ==> Ada sape-sape berani suggest kat kerajaan..suh tukar lampu isyarat cam gni....:)

Ferrari 599 GBB Fiorano bernilai AS$199,189 (RM610,514) milik bekas Presiden Tunisia dicuri dengan menggunakan sebuah forklif


GAMBAR fail menunjukkan Zine El Abidine Ben Ali dan isterinya dalam satu kempen pilihan raya presiden di Tunis pada 11 Oktober 2009.


TUNIS - Sebuah kereta mewah Ferrari 599 GBB Fiorano bernilai AS$199,189 (RM610,514) milik bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali dicuri dengan menggunakan sebuah forklift, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pencuri yang mengendalikan forklift itu sempat tersenyum ketika membawa kereta curi tersebut di lebuh raya pada waktu tengah hari.

Imej kereta sport itu dicuri boleh dilihat di laman YouTube.

Isteri bekas presiden itu, Leila Trabelsi yang berusia 53 tahun dikenali kerana sangat menyukai kereta-kereta mewah.

Keluarganya dikatakan memiliki lebih 50 buah kereta yang disifatkan sebagai simbol penting perbuatan rasuah.

Digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab, bekas pendandan rambut itu juga memiliki banyak rumah mewah dan sering membeli-belah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menghabiskan ratusan ribu dolar.

Sejak Zine El Abidine melarikan diri dan tinggal dalam buangan di Arab Saudi, keadaan di bandar Tunis, Tunisia masih belum aman sepenuhnya.

Para penunjuk perasaan dilihat mencium anggota tentera dan meletakkan bunga di atas kereta-kereta kebal selepas Zine El Abidine melarikan diri pada minggu lalu.

Pentadbiran baru yang dipimpin oleh presiden sementara, Fouad Mbazaa menjauhkan dirinya daripada rejim Zine El Abidine dan mula membebaskan 1,800 banduan.

Selepas Zine El Abidine meletakkan jawatan dan melarikan diri itu, Tunisia mengumumkan aset-aset yang dimiliki oleh bekas presiden tersebut akan disiasat.


IMEJ di YouTube menunjukkan sebuah forklift mengangkut kereta Ferrari milik bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali.


Sebelum ini isteri Zine dilaporkan membawa jongkong-jongkong emas bernilai AS$55.7 juta (RM171 juta) yang diperolehi dari Bank Negara Tunisia semasa melarikan diri.

Selain itu, para pegawai-pegawai pemerintah turut dikatakan telah menyimpan hampir AS$618 juta (RM1.89 bilion) di dalam akaun-akaun rahsia di bank Switzerland.

Walaupun Zine El Abidine yang berkuasa selama 23 tahun itu telah tumbang, penunjuk perasaan menuntut rakan-rakan presiden tersebut supaya melepaskan jawatan.

Zine meletakkan jawatan dan melarikan diri selepas sejumlah penunjuk perasaan mendesaknya berbuat demikian ekoran masalah pengangguran, rasuah dan sekatan kebebasan bersuara di negaranya. - Agensi

Sumber Kosmo

Awien Heritage ==> macam-macam cara manusia nak mencuri ek.....cam xmasuk akal plak guna forklift...hingga kan orang sekeliling tidak menyedari kereta dicuri...heran2...:)

Gambar Majlis Pernikahan Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Sama cantik sama padan...so sweet...Tahniah untuk korang berdua..semoga berbahagia hingga akhir hayat..amin...

GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

GAMBAR KAHWIN AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

GAMBAR KAHWIN ZAQUAN ADHA DAN AYU RAUDHAH

Kredit foto untuk piccalasso

Thursday, January 20, 2011

Tin Pepsi Gambar Siti Nurhaliza di Jual RM2000 di Mudah.my !!




Lepas ini kalau ada gambar artis-artis simpan je la,jangan jadi besi buruk je dah. Menurut info dari website Tokobakso harga Tin Pepsi yang masih belum dibuka ini dan harga dipasaran hanya dalam RM2 kini bernilai lebih daripada RM 2 RIBU..

Malahan ada maklumat mengatakan ia akan meningkat lebih daripada RM 2K kerana sudah tentu peminat Dato Siti Nurhaliza akan cuba mendapatkan Tin Pepsi edisi Khas ini.

Sumber artikal dari zoomartis

Sanggul Wanita - Tegahan Daripada Hadith Nabi

P/s : Fikir-fikirkan wahai para wanita....

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet


KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.


LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi

Wednesday, January 19, 2011

Jurufoto Finas ditemui mati dalam bilik air

PETALING JAYA — Seorang jurufoto Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ditemui mati terlentang dalam bilik air di kediamannya di sebuah kondominium di Seksyen 10, Kota Damansara, hari ini.

Norhaslinda Jaffar, 34, ditemui mati dalam keadaan berulat dan berbau busuk oleh rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar negeri kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

"Rakan mangsa yang berusia 40an terhidu bau busuk ketika masuk ke dalam rumah, terkejut apabila menemui mayat mangsa yang sudah berulat di dalam bilik air,” katanya.

Arjunaidi berkata, mangsa dipercayai telah mati lebih tiga hari lepas.

Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Bernama

Awien Heritage --> Jangan biarkan orang tersayang keseorangan dirumah...sentiasa pantau terutama ibubapa yang telah uzur, takut2 kejadian yang tidak diingin berlaku.....pesanan untuk diri sendiri juga...

Pasangan Ayu-Zaquan Kahwin 21 Januari Ini

Benarkah Shahir Kena Sabotaj Di AJL25?

Ayu Raudhah Che Wan, 25, yang juga adik kepada pelakon popular, Rozita Che Wan akan dinikahkan dengan Zaquan Adha Abdul Razak, 23, yang juga adik kembar kepada Aidil Zafuan, bekas ketua pasukan bolasepak kebangsaan pada 21 Januari ini (Jumaat), bertempat di Taman Mawar, Alor Star, Kedah.

Untuk artikal penuh sila baca di Portal Murai.com

Awien Heritage : Agak-agak ayu bakal lahir anak kembar x? konfem hensem dan comel anak diorg kan...hehhe..Tahniah untuk kamu berdua....

Tuesday, January 18, 2011

Saksikan Drama Terakhir Arwah Faizal Yusof di TV9 Esok 18/1/2011


Sama-samalah kita menonton drama terakhir arwah Faizal Yusof sebelum kembali kepadaNya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.



Telefilem bertajuk Jangan Hantar Aku Ke Neraka itu akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada pukul 8.30 malam.

Selain Faizal, drama berkenaan turut diterajui Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin.


Kesemua pelakon itu turut merasai kehilangan Faizal kerana penggambaran berkenaan tamat beberapa hari sebelum kejadian itu.

Faizal meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu akibat serangan jantung.


Info : Mstar

P/s : Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini..Al-Fatihah untuk arwah Faizal..

Aamir Khan jarang mandi


AAMIR bakal muncul menerusi filem sulung arahan isterinya, Kiran yang berjudul, Dhobi Ghat.


KEDENGARAN agak pelik tetapi memang benar aktor terkenal Bollywood, Aamir Khan sebenarnya jarang mandi. Malah, itulah satu-satunya sikap Aamir yang tidak disukai oleh isterinya yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Kiran Rao.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak suka tentang Aamir adalah dia jarang mandi.

"Percayalah, dia tidak mandi dengan kerap," akui isterinya tentang habit suaminya itu.

Menyedari tabiat buruknya itu didedahkan, Aamir cuba berdalih dengan mengatakan: "Saya mandi setiap kali keluar rumah untuk bekerja.

"Saya cuma tidak mandi jika saya tidak keluar rumah atau dalam percutian."

Filem lakonan terbaru Aamir hasil arahan pertama isterinya yang berjudul Dhobi Ghat bakal ditayangkan di India bermula 21 Januari ini.

P/s : macam2 hal dengan dunia artis ni..kelakar pom ada...ada ke patut isu mandi pom boleh jd bahan berita...hahhahaha..lawak2.....

Main Bola Kaki Satu

Main Bola Kaki Satu- Tiada yang mustahil....

Bolasepak adalah permainan paling hangat di seluruh dunia walaupun pada orang yang kekurangan anggota iaitu hanya mempunyai satu kaki sahaja.

Ini bermakna mereka bermain dengan sebelah kaki sahaja dan dengan bantuan tongkat. Di Haiti pada 12 Januari yang lalu berlangsung satu perlawanan pertunjukan di antara 2 kumpulan yang hanya berkaki sebelah.

Sebagai motivasi kepada kita semua ya… perkara yang nampak macam mustahil adalah mampu kita buat jika kita mempunyai keyakinan dan kesungguhan yang jitu.


Sumber : Isuhangat.net