Wednesday, November 3, 2010

‘Saya memang anak derhaka’

Itu adalah kata-kata seorang anak yang tidak sempat meminta maaf kepada ibunya yang telah meninggal dunia akibat bencana tsunami pada 25 oktober lalu. Cuba kita renungkan kembali adakah kita yang masih mempunyai ibubapa telah memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan sehari-hari...berbuat baik la ketika dia masih ada.....renungan untuk diri sendiri juga.


KEPULAUAN MENTAWAI: Seorang lelaki mengaku derhaka kepada ibunya kerana sudah 11 tahun tidak menziarahinya sebelum ibunya maut akibat bencana tsunami yang mengorbankan 95 peratus penduduknya di Kampung Muntei Baru-Baru, di sini, 25 Oktober lalu.

Dia merantau selepas tamat sekolah rendah kini bekerja di sebuah perusahaan kayu di Purourougat, di sini, dan tidak pernah pulang ke kampung melawat ibunya sejak itu.


Irmanus, 22, hampir menitiskan air mata ketika menceritakan saat dia mengetahui ibunya terkorban dalam bencana yang melanda kampung halamannya itu.

Ketika ditemui di kampungnya itu, dia masih bersyukur apabila adik dan kakaknya selamat selepas berjaya lari menyelamatkan diri ke bukit belakang rumahnya.


“Saya berasa bersalah kepada ibu saya apabila gagal melihat wajahnya selepas saya hanya tiba di kampung selepas dia dikebumikan.


“Bukan kerana saya tidak mengingatinya, tetapi keadaan sekitar dan cuaca kerap kali membantutkan perjalanan saya,” katanya.

Menurut Irmanus, dia hanya mengetahui mengenai bencana itu selepas 12 jam kejadian berlaku itupun melalui laporan di media elektronik.


Katanya, dia tiba ke kampungnya itu pada hari ketiga kejadian selepas semua mangsa yang maut sudah dikebumikan.

Katanya, ibu bapa dan enam saudaranya yang lain ketika itu berada di rumah apabila berlaku gegaran dan ketika itu hanya adik dan kakak keduanya sedar mengenai gegaran itu dan berlari ke bukit berdekatan untuk menyelamatkan diri.


Irmanus berkata, ibu bapanya dan adik-beradiknya tidak sempat keluar dari rumah apabila tsunami datang.


“Kini adik dan kakak hanya bergantung harapan kepada saya selepas kematian kedua orang tua kami.


“Saya mungkin terpaksa berhenti bekerja dan mula membina kembali kehidupan kami adik beradik di sini,” katanya.

Kredit harian metro 03/10/2010

No comments: