Thursday, March 31, 2011

Malaysia 'mangsa' gempa jiran


PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.


KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber Kosmo

Awien Heritage==> Semoga kita rakyat Malaysia dijauhkan dari musibah..amin....

Wednesday, March 30, 2011

Akhir Umur Dunia

NABI SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya."

Sumber dari mStar Online

Awien Heritage==> Aku Bersujud padaMu Ya ALLAH...

Tuesday, March 29, 2011

12 Senarai AF9

Jom hangatkan mlm2 anda dengan Akademi Fantasia 9.. walaupun xlagi se gah awal2 kemunculan AF tetapi teruja kerana ia merupakan AF yang akhir dan tiada lagi seterusnya....ok jom kita teliti muka2 bakal mengundang fenomena selama 3 bulan nanti....

AKM Musim 2 Gegarkan Lagi Akademi Fantasia 9!

Pelajar Lelaki:

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: AFIF
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari
Nama Afundi: AMIR
Asal: Sarawak
Umur: 19 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah
Nama Afundi: ERUL
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid
Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun

Pelajar Wanita

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin
Nama Afundi: EKA
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Zulaikha Zahari
Nama Afundi: LAIKA
Asal: Cheras
Umur: 22 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Roshammizah Rosli
Nama Afundi: MIZA
Asal: Selangor
Umur: 27 tahun

PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: NERA
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun

Sumber info dari blog2 hiburan tersohor di malaysia..antaranya murai.com, zonartis.

Awien Heritage==> biasa aku sokong yg hencem2 jer..tp skarg pada vokal la...nmpk cam celik muzik ckit..hehhe

Monday, March 28, 2011

[Q @ A] Hukum bunuh diri


Soalan

Apakah dosa orang yang bunuh diri suatu saat akan di ampuni oleh Allah?

Jawapan
Bunuh diri adalah dosa besar, karena adanya ancaman khusus baginya, sebagaimana sabdanya:

Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)

Jika Allah berkehendak, dosa bunuh diri bisa diampuni, sebagaimana firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Sesungguhnya Alloh tidak akan mengampuni dosa syirik, dan mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki.” (Qs. An-Nisa: 48)

Wallahu a’lam.

Penulis: Ustadz Musyaffa Ad Dariny

Awien Heritage ==> Sejak akhir2 ini banyak sgt kes bunuh diri melibatkan orang muda..Mengapakah hal demikian terjadi?????

10 perkara sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-


1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Sumber dari rakan-rakan Facebook.

Awien Heritage==> semoga kita bukan dari kalangan yang demikian...pesanan untuk diri sendiri

Sunday, March 27, 2011

Ulasan Dalam Botol

Hikayat Merong Mahawangsa Penuhi Elemen Internasional?

TAJUK: ...Dalam Botol

TERBITAN: Pengedaran JAS Sdn Bhd
PENGARAH: Khir RahmanSKRIP: Raja Azmi
PELAKON: Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid
GENRE: Drama

KLASIFIKASI: 18
TARIKH TAYANGAN: 24 Mac 2011

Sekali Imbas

Mendengar tajuknya saja, pasti ramai yang akan menyangka cerita ini penuh dengan adegan kontroversi yang melibatkan golongan komuniti yang mengamalkan gaya homoseksual serta biseksual . Namun, pandangan itu ternyata meleset. Filem ini sebenarnya bersandarkan kepada kisah benar seorang lelaki gay yang pernah melakukan pembedahan dengan membuang zakarnya untuk menjadi seorang wanita supaya kekasihnya (kaum sejenisnya) akan terus mencintainya. Namun, pengorbanannya itu tidak dihargai.

Ulasan Penuh

Pelbagai respon negatif yang diberikan masyarakat sebaik saja produser filem ini iaitu Raja Azmi mengumumkan mahu menerbitkan filem berkenaan. Namun, segala yang dilalui isteri kepada Jailani Sidek ini seakan berbaloi kerana mesej dakwah yang diterapkan dalam filem ini sampai menerusi pendekatan secara dakwah yang sangat subtle. Tetapi mampu, membuat kita terfikir, inilah kesannya kalau kita terlalu mengikut hawa nafsu tanpa berpandukan akal fikiran serta agama.

Malah, penulis merasakan berdasarkan rekod Raja Azmi sebagai produser filem yang pernah menghasilkan beberapa filem sebelum ini, ...Dalam Botol adalah karya terbaik dari beliau sehingga mampu memikat pihak Amerika Syarikat untuk dijadikan koleksi untuk kajian tentang filem Malaysia. Jadi tidak hairanlah, kalau selepas ini, Raja Azmi akan terus menerbitkan filem yang berbaur kontroversi.

Menyentuh dari segi keberanian Raja Azmi yang memberi kepercayaan kepada pendatang baru Arja Lee dan Wan Raja sebagai tunjang utama filem ini yang mana pemilihan mereka dibuat bersandarkan undian peminat, ia sewajarnya diberikan pujian atau standing ovation. Ini kerana, kedua-dua pelakon ini mampu menampilkan sentuhan lakonan yang cukup mantap. Bahkan, ia langsung tidak nampak sebagai seorang yang amatur.

Pun begitu, lakonan Arja Lee yang banyak melibatkan diri dalam dunia lakonan teater kadangkala nampak tidak begitu konsisten kerana dia masih belum mampu memberikan kelainan terhadap watak Ruby dan Rubidin yang mempunyai sedikit perwatakan yang berbeza.

Adakala, penulis merasakan Arja seakan-akan terkawal pergerakannya kerana mungkin dia takut rambut palsu yang dikenakan untuk watak Ruby tertanggal. Namun, permainan emosi Arja Lee yang dilahirkan secara dalaman memang hebat hingga kita sendiri dapat merasa kesakitannya tatkala berhadapan dengan pelbagai kemelut.

Yang mana, dia ditinggalkan kekasihnya dengan hutang yang banyak, pada waktu yang sama kekasihnya tidak dapat terima perubahan dirinya sebagai seorang wanita, disebabkan hutang yang banyak, dia diugut oleh Along, ibu bapnya pula tidak dapat terima perubahannya, bapanya sakitnya dan akhirnya meninggal dunia, sebelum meninggal dunia bapa sempat berpesan supaya dia yang mandikan jenazah.

Semua emosi itu dapat dizahirkan dengan baik dan berkesan..

Keberanian yang ada pada Wan Raja juga seharusnya dipuji kerana sangat berani melakukan babak memakai seluar dalam walaupun beberapa saat dari babak itu terpaksa dipotong atas permintaan pihak penapisan filem.

Apa yang pasti, kekuatan filem ini yang mempunyai jalan cerita yang berbentuk keinsafan juga diukur pada kewibawaan 3 sifu lakonan iaitu Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid yang mana mereka mampu mendorong emosi penonton untuk hanyut dalam karektor mereka.

Lebih-lebih lagi Ogy yang mampu membuatkan bos penulis iaitu Ellyna Ali sebak sehingga menitiskan air mata sebaik saja menonton adegan Ogy bersama Diana Danielle.

Menyentuh soal teknik pengarahan Khir Rahman dan sinematografi filem ini, penulis merasakan ia banyak menggunakan teknik pengarahan yang berbentuk artistik yang mana ia turut mengundang penonton untuk berfikir sambil menyelami setiap babak yang ditonjolkan dalam filem ini. Namun, bentuk editingnya kadangkala mampu membuat segelintir penonton tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Khir.

Kecuali mereka yang benar-benar peka dengan setiap perwatakan serta jalan ceritanya.

Pun begitu, ....Dalam Botol bukanlah sebuah filem yang agak berat untuk diterima. Jauh sekali untuk difahami. Sebaliknya, ia hanya menuntut penonton untuk memahami visualnya dalam bentuk bahasa filem yang agak subtle dan mudah.

Beberapa babak dalam filem ini dilakukan dengan cukup sempurna. Pertama, babak Arje bersama ibunya. Kedua, babak Arja bersama bapanya dan ketiga, babak Diana Danielle bersama ibunya.

Beberapa babak lain meninggalkan kejutan serta momen-momen yang menarik. Misalnya. antara Arja dan Wan Raja ketika mereka sedang bergaduh, Arja ketika meninggalkan kewanitaannya dan waktu dia bersama Diana Danielle.

Cuma yang paling banyak dipertikai adalah teknik make-up yang digunakan pada Arja Lee sewaktu dia berubah menjadi wanita. Sepatutnya sentuhan dandanan itu sepatutnya lebih menampakkan Arja sebagai wanita yang betul-betul cantik. Ini tidak, wajah Arja sama saja dengan wajah dia menjadi lelaki sejati.

Apa sekalipun, filem ini sewajarnya ditonton oleh masyarakat kita untuk menyedarkan meraka akan kewujudan golongan sebegini yang mana berkemungkinan besar berlaku di kalangan orang yang dikenali serta rapat.

Sipnosis

Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja), pasangan bercinta sejenis. Demi cinta, Rubidin menjalani pembendahan jantina dengan menukar identitinya menjadi Ruby. Namun, Ghaus akhirnya menyingkirkan Ruby. Kerana wasiat ayah, Ruby pulang ke kampung dan kembali menjadi Rubidin. Tanpa diduga, gadis bernama Dina (Diana Danielle) datang menghiasi hidup Rubidin. Mereka bahagia sebagai pasangan normal dan membuat keputusan berkahwin. Dapatkah kebahagian dikecapi apabila Dina ketahui kelelakian Rubidin berada dalam botol?

Sumber penuh dari murai

Awien Heritage==> mcm best jer.....

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri


Hadith:

DARIPADA Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai).

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik. Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka.

Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini.

Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan perkara khurafat dan syirik kepada Allah sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT adalah dosa syirik.

Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit.

Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia / MStar Online

Bayi tanpa tempurung kepala



KEADAAN bayi perempuan yang lahir tanpa tempurung kepala di Hospital Medan, Sumatera Utara.


MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.

"Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.

Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.

Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.

"Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq. - Agensi

Awien Heritage ==> Subhanaallah....

Thursday, March 24, 2011

Persoalan yang biasa ditanya dan Al- Quran menjawabnya....

Info yang menarik untuk diri sendiri, sahabat2 serta pembaca blog ini...artikal ini diambil dari email aku sendiri..tergerak hati untuk membuka email yang dah lama tidak disentuh, dan terjumpa artikal menarik ini.....renung2kan...


KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman",
sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
dusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA
YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.

RASA KECEWA?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah
(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-
orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu
orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap
siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beruntung

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh
berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-
orang mu'min, diri dan harta mereka dengan
memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat
Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu
penghormatan, maka balaslah penghormatan itu
dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang
serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan
segala sesuatu.

Pesan Hasan Al-Banna:
"Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak
dari waktu yang tersedia, untuk itu bantulah
saudaramu dalam menyelesaikannya serta
sederhanakanlah apa yang bisa disederhanakan"

saat tak seorangpun paham perasaanmu,
berlarilah padaNya..Maka, ingatlah, bahawa Allah sentiasa disamping
kita......Banyakkan mengingati Allah.

Bila Lamborghini Kemalangan

Korang pernah terpikir x nk merasa bwk Lamborghini???? konfem bg peminat2 kereta akan terniat untuk mencuba kan...skrg korang tengok macam mana Lamboghina kemalangan...konfem garu kepala syarikat insurans untuk cover kos kerosakan...hihihihi....bukan standard harga kancil bro.....meh2 tgk same2 k....

Mesti kereta kat atas bangga dpt lepak atas Lamboghini....hehe

GAMBAR KERETA LAMBORGHINI


GAMBAR KERETA LAMBORGHINI


Tersalah landing daaaaa...

GAMBAR KERETA LAMBORGHINI

GAMBAR KERETA LAMBORGHINI


Satu lgi akan merasa bangga..

GAMBAR KERETA LAMBORGHINI


GAMBAR KERETA LAMBORGHINI

Kredit kepada Syok.my

Awien Heritage ==> minta dijauhkan dari sebarang kemalangan..amin....

Wednesday, March 23, 2011

R.I.N.D.U

Puisi Rindu

Saat kutapaki jalan itu
Seakan kusadari ada dirimu
Berjalan disampingku, Bisu ...

Saat kutatap langit biru
Kubayangkan angan dan mimpiku
Untuk selalu bertemu denganmu

Saat kudengar sebuah lagu
Kuinginkan nada dan irama musikmu
Kau dendangkan hanya untukku

Saat kumasuki tidur malamku
Kumimpikan kau dan aku menyatu
Lalu ingin kukatakan ;
... Aku Rindu Kamu ... "

Sumber dari fenomena-cinta

Awien Heritage ==> tetiba rasa rindu dihati membuak2...mungkinkah perasaan yg sama dirasai oleh orang yang dirindui itu?????? itu yg menjadi persoalan.... wahhhh...terjiwang plak...:)

10 SENARAI ORANG TERKAYA DI DUNIA BAGI TAHUN 2011


Majalah Forbes Amerika Syarikat telah menyiarkan senarai 10 orang terkaya di dunia 2011 pada 10 Mac 2011 lalu, yang disusun berdasarkan penilaian tahunan kekayaan dan asset yang dimiliki.

Urutan yang disusun tahun ini menunjukkan penambahan jumlah orang kaya, iaitu 1,210 orang. Dalam senarai orang terkaya di dunia terbaru 2011 nampaknya orang terkaya di dunia masih didominasi orang-orang lama seperti Carlos Slim, Bill Gates, Warren Buffet dan beberapa yang lain. Namun ada pendatang baru yaitu Christy Walton yang merupakan wanita terkaya di dunia dari senarai orang terkaya di dunia 2011

Untuk urutan pertama orang terkaya di dunia 2011 ini masih dipegang oleh Carlos Slim dari Mexico dengan jumlah kekayaannya mencapai USD 74.0 Billion, pertambahan sebanyak USD 20.5 Billion dari tahun 2010.

10 ORANG TERKAYA DI DUNIA TERBARU 2011

1. CARLOS SLIM HELU
Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children



2. BILL GATES

Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children


3. WARREN BUFFETT

Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children


4. BERNARD ARNAULT
Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children


5. LAWRENCE ELLISON

Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children


6. LAKSHMI MITTAL

Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children


7. AMANCIO ORTEGA

Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children


8. EIKE BATISTA

Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children


9. MUKESH AMBANI

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children


10. CHRISTY WALTON

Net Worth : $26.5 Billion
Fortune : Walton Family
Source : John T.Walton
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Jackson, Wyoming
Industry : Walmart, First Solar
Education : University of Arkansas, College of Business Administration
Marital Status : Married, 1 children


Sumber : www.forbes.com

Awien Heritage ==> berangan2 je....:)

Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat

RASULULLAH saw bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.

Sumber : Mstar Online

Awien Heritage ==> Semoga amalan yg dilakukan akan mendapat berkat dari ALLAH...amin....

Tuesday, March 22, 2011

[ Q & A ] Letak Penghadang Ketika Solat

Hadith:

DARI Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya: 'kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda: "Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu."

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

Disunatkan kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya haram.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, March 16, 2011

Dapat tiket free....

Gambar sekadar hiasan

Tarikh : 19 mac 2011
Masa : 2.00ptg
Tempat : Primula Beach Resort
Artis : TOMOK & AKIM

Teruja....nk tau knp tentatif tu??

pepagi masuk opis td..tetiba ada 2 tiket dari hotlink kat atas meja..wow....biar betikkkkkk...belik punya belik...rupa2nya tiket konsert ekslusif Tomok dan Akim.....tp bukan tuk aq...tiket tu untuk bos...coz dia ahli untuk kelab di Primula Beach Resort..sedih pom ada....uwaaaaaaaaaa...terlepas.....:(

xlama lepas belik2 tiket tetiba bos masuk opis...aq tunjuk la tiket tu...nk tau ape dier ckp...
"Awien pegi la..sy bukan minat pom tgk bdk2 nyanyi ni".....hhahaha...ibarat bulan jatuh ke riba...Tomok tuuuuuu...yahuuuuuuu.....dlm hati berkata " tibalah masa aq dpt posing ngan dia" huhu..perasan...tp boleh ker aq pergi???? ni ngah duk pikir2 ni.....coz hari sabtu tu ada hal lebih penting jugak.....


Mood skrg....ngah terpikir2 nk g x? klu xpegi terasa rugi tu...

Alahai....lalalalalalala......

Tomok Rindu Terhenti MP3 Lirik,free mp3,free mp3 download,free,mp3,download,lyrics,video,audio,music,tab,ringtone,youtube,downloads,players,new,ipod,song,english,malay,lagu,japan,korea,baru,flash,all,of,index,search,online,top,theme song,hari raya




Tuesday, March 15, 2011

Juara All England: Chong Wei Terima Saham RM100,000

Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England setelah menundukkan pemain China Lin Dan 21-17, 21-17.

Chong Wei juga turut menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Lee, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini, Selasa.

Sementara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Lee itu.

Untung kan kalau kita cemerlang dalam sukan...tengok Nicol An David pelbagai pengiktirafan diterima sepanjang terlibat dalam sukan squash.

Nissan GTR

Kalau korang nak tau ni la sport car Datuk Lee Chong Wei..hebat kan taste datuk kita ni....orang muda dan ada duit apa pun boleh jd.....kan kan kan...

Awien Heritage==> masa skolah dulu sgt2 la mls klu bab2 bersukan..hehe.. xder bakat kot atau badan berat sgt..hihi

Perihal MEMAAFKAN...

Memaafkan itu indah

Memaafkan itu sedekah

Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya

Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya


Memaafkan itu nikmat

Memaafkan itu lazat

Memaafkan itu melapangkan perasaan

Memaafkan itu melapangkan kesusahan


Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta

Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia

Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia

Memaafkan itu membuka pintu-pintu syurga

Memaafkan itu melepaskan masalah

Memaafkan itu melepaskan rasa susah

Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah

Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah


Memaafkan itu melancarkan pernafasan

Memaafkan itu melancarkan hubungan

Memaafkan itu menambah ketampanan

Memaafkan itu menambah kejelitaan


Memaafkan itu mengikhlaskan

Memaafkan itu menyihatkan

Memaafkan itu mendewasakan

Memaafkan itu mencerdaskan


Memaafkan itu membersihkan diri

Memaafkan itu mengundang rezeki

Memaafkan itu menenangkan hati

Memaafkan itu mengundang redha Ilahi

Wallahu a'lam

Awien Heritage ==>Moralnya..jgn la kita kedekut untuk memaafkan orang lain....(peringatan untuk diri sendiri) :)

Monday, March 14, 2011

Sunnah Rasul - Kasut / selipar/sandal

The Capistrano Flip Flop Sandal
Gambar sekadar hiasan

Hadith:

DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi.

Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain.

Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Info : Panas Gigitan Asmara atau Love bite Menyebabkan Gadis Kena Strok !!

Go to fullsize image

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.


Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Awien Heritage==> Mcm2...setiap yg dilarang mesti ada sebabnya kan....renung2kan..:)


Sunday, March 13, 2011

Beckham sahkan bakal dapat anak perempuan

LOS ANGELES: Khabar angin tersebar luas sejak beberapa minggu lalu bahawa David Beckham (gambar) dan isteri, Victoria, akan memperoleh anak perempuan.

Khabar angin itu akhirnya disahkan sendiri oleh bintang bola sepak LA Galaxy berkenaan pada satu majlis makan tengah hari pasukan berkenaan.


“Kami begitu bernasib baik kerana akan memperoleh seorang lagi anak dan ini kali pertama saya akan berkata: ‘Ia anak perempuan,” kata Beckham.

“Kami masih terkejut. Selepas mempunyai tiga anak lelaki, kami inginkan seorang lagi anak dan apabila mengetahui anak yang dinanti-nantikan itu perempuan, ia memang mengejutkan. Kami begitu gembira,” katanya.


Beckham dan dan Victoria sebelum ini enggan mengesahkan khabar angin mengenai jantina anak yang dalam kandungan itu. - DM


Bersama hero-hero nya.
!
!
!
!
!
!
Awien Heritage==> nk selit skit ni..antara fenomena yang melanda fesyen rambut kat malaysia ni adalah kerana Beckham ni la..aku minat MAN U pom disebabkan Beckham...huhu...Jom tgk antara fesyen rambut beckham semasa zaman kegemilangan nya dulu...layannnnnnnnnnnnnn....

Celebrity Hairstyles, David Beckham,David Beckham Hairstyles,Mohawk Hairstyles,punk Hairstyles


[Gambar] Ikan berkumpul berhampiran pantai akibat fenomena Tsunami

Kejadian ini berlaku di Acapulco, Mexico apabila beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul setempat dengan padatnya berhampiran pantai. Para nelayan disitu menganggap fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini.

A man photographs a shoal of sardines off the shore of Acapulco

Fishermen flocked to the water to take advantage of the surge

Some experts believe the phenomenon is directly related to the Japanese tsunami

Fishermen in Acapulco say they have never see such large schools of fish so close to the coast

The fish were so tightly packed they looked like an oil slick from above

Some bathers steered clear of the mysterious event and kept out of the water

Untuk info lebih lengkap sila klik ke laman ini

Awien Heritage ==> Allah maha mengetahui segalanya....Allahuakbar...


Saturday, March 12, 2011

Tangisan Rasulullah SAW

Suatu malam Rasulullah saw menangis semalam suntuk. Beliau terus dalam keadaan solat hingga waktu Subuh sambil terus menerus membaca ayat berikut ini :

“Jika Engkau seksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Bijaksana”

“Ya Allah, jika Engkau mengazab mereka, maka Engkaulah penentunya, mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan Engkaulah adalah pemiliknya. Sedangkan pemilik berhak menghukum hambanya yang bersalah. Tetapi jika Engkau memaafkan mereka, maka sesungguhnya Engkau pulalah penentunya. Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maka Engkau pun berkuasa untuk memberi maaf. Engkau pun Maha Bijaksana, maka memaafkan mereka juga sesuai dengan kebijaksanaan-Mu “ (Bayanul Qur’an)


Imam Adham rah.a diriwayatkan pernah pada suatu malam terus menerus membaca ayat :

“Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa.”
(QS. Yasin 59)

Hikmah : Ayat ini mengandung makna bahwa pada hari kiamat orang-orang yang durhaka diperintahkan untuk berpisah dari orang-orang yang berbakti kepada Allah dan tidak diperbolehkan bergaul dengan para solehin sebagaimana yang pernah dilakukan mereka ketika di dunia.

Membayangkan peristiwa yang akan terjadi, maka mereka yang bertaqwa sering menangis kerana takut dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang engkar kepada Allah pada hari hisab kelak.

Ayuh kita muhasabah diri kita hari ini. Di mana kah kita hari ni?

Kredit to AL-Hikmah

Awien Heritage==> Takut dengan siksaNYa...Subhanaallah....