Tuesday, November 2, 2010

KRU tetap NO 1 dihatiku...





Jenama kebanggaan tiga beradik (dari kiri), edry abdul halim, norman abdul halim dan yusry abdul halim.

SEJAK kemunculan mereka pada tahun 1992, tiga beradik yang menggelarkan diri mereka KRU pantas meraih populariti. Bermula dengan album perdana mereka, Canggih, KRU terus menakluk industri muzik tempatan dengan mencetus pelbagai revolusi menerusi muzik mereka.

Dengan mempertaruhkan irama hip hop dan rap ketika itu, kehadiran KRU dilihat sedikit canggung sementelah pasaran muzik yang lebih didominasi genre pop dan rock.

Tetapi, berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat dan mahu mengubah trend industri muzik, KRU tidak ambil peduli apa kata orang.

Diketuai oleh Norman Abdul Halim selaku ketua kumpulan bersama-sama dua adiknya yang lain, Yusry dan Edry hanya mengambil segala yang positif untuk menjadi bekalan azimat buat mereka.Teruskan membaca

Kredit Utusan Malaysia Online 02/11/2010


Catitan penulis: KRU merupakan kumpulan idola Awien Heritage sejak dari dulu kini dan selamanya..album KRU ialah album pertama awien beli. Dengan kejayaan KRU hari diharap boleh membakar semangat anak muda melayu supaya boleh berjaya sepertinya...Awien Heritage mahu setanding denganya..Insyaallah.

No comments: