Saturday, November 13, 2010

Terengganu catat prestasi terbaik untuk tahun ke 10

Bangga , teruja menjadi anak terengganu yang penuh dengan warisan. Semalam umum tahu UPSR telah diketahui dan tambah membangga kan Negeri Terengganu muncul negeri terbaik buat kali ke 10 berturut-turut dlm UPSR. Syabas kepada anak-anak Ganu Kiter..mung seme terbaekkkkk rrr...Teruskan kecemerlangan k...

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Terengganu terus mengungguli keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun ke-10 apabila muncul negeri terbaik dalam peperiksaan itu tahun ini apabila seramai 3,560 atau 15.4 peratus daripada 23,147 murid mendapat 5A dan 7A.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu, Razali Daud berkata,
walaupun jumlah calon berkurangan tahun ini, berbanding 23,944 calon tahun lalu, murid mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat 0.1 peratus berbanding 15.3 peratus tahun lalu manakala calon yang mendapat keputusan 4A/6A+1B pula seramai 2,138 atau 9.2 peratus. Katanya, seramai 11,542 calon pula memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) meningkat 3.9 peratus, manakala mereka yang mendapat keputusan minimum C meningkat sebanyak 1.5 peratus.

“Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) dan Bahasa Inggeris pula menunjukkan penurunan sebanyak 6.9 peratus dan 1.5 peratus,” katanya. Teruskan membaca.

Sumber : Berita harian

2 comments:

zacky786 said...

whaoaaa best yerr tgk dieorg gumbira..!

Awien Heritage said...

huhuhu..terengganu the best..:)