Tuesday, June 30, 2009

Aduhai .......

Jam menunjukkan jarum pada detik 1.00 pagi...aku ngan team(Ba, Haris, Amy dan Bos En.sharul) masih lagi melekat kat cni...xtau la kol berapa nak blik umh ne...bantal ngan tilam dah nampk kat depan mata, arrrrrrrrrrrrrrr.....tension tol la....dekat 2 minggu kna stayback....weekend pn melekat kat cni....xder muka lain ker?huhuhuhu...bile la nak abis ne...sume dah nak muntah ne...mcm2 hal ..pas satu2 wak hal.

....Keranamu aku dapat banyak ilmu
....keranamu aku xcukup tido
...keranamu hari minggu ku x menjadi
...kau juga byk mengajarku erti kesabaran
...kau menguji tahap kesabaran ku
...kau la segalanya......

Inilah yang boleh dapat aku luahan apa itu ....... yang telah menyelubungi hidup ku dan kawan2.

Monday, June 29, 2009

Lepaskan Stress..........

Baru lepas luahan perasaan di post sebelum ne...kepala tengah berserabut, haris ngan Ba ajak makan kat kedai mamak kat bawah opis...Apalagi tanpa berpikir panjang kami bertiga turun..Masa kat kedai mamak 2 sempat lagi aku bg cadangan kalu perkena KFC best gak ne lagipun sebelum Haris ajak turun umi ngan ajan da ajak g KFC, tp mase 2 ingat nak siapkan keje dulu..Dah alang2 turun terus kami amik teksi n enjoy....kepala yang berserabut pun hilang....lama benar rase xmsuk KFC walaupun baru sebulan x jenguk..hahahhahha..

Cup Cake khas tuk seseorg design from ajan..
Apa yang telah ajan buat nee...,,tu sape tu jan?Sebelum balik opis kita posing dlu...nasib ada haris tukang jg cameraman...
Walaupun datang keje weekend , Saat paling gembira bile dapat good news masa meeting Bos ckp blh amik ct 1 day bile2 masa sahaja....yahoooooooo...kesian kat kiteorg kot...hahahha...Thanks BOS.....kerana memahami perasaan kami team QA....last note....I caw u...sambung wak kje yang tinggal ckit je lagi...bye2.....

Sunday, June 28, 2009

Weekend Bored....

Minggu ne aku rasakan minggu paling memboringkan selama aku kje kat cini...coz separuh dri housemake blik kg, aku plak dah cantik plan nak g JB last2 dpt task yang tak dijangka n last minit kna wak smpai siap...than terpaksa la weekend kna kje.ahhhhhhhh....boring tol la......

Nasib baik orang kat JB paham komitmen aku dan tak salah kan aku kerana terpaksa batalkan tuk kesana....selama 2 ari kat opis nasib ada haris,ba, amy,en.shahrul(BIG Bos)..klu xder diorg malas gak aku nak wak kje..dah la aku paling xsuka bt kje ne...sori Boss .luahan perasaan ckit..hahahha.. Apa2 aku aku dah niatkan kje kerana ALLAH..Walaupun aku xsuka itu adalah tanggunjawab aku tuk company, tempat aku mencari rezeki.

Harap2 minggu depan aku dapat rehat kan otak...and enjoy...JB tunggu aku datang tau...huhuhuhu...

Monday, June 22, 2009

Kau hero dihati kami...

21 Jun merupakan tarikh keramat bg insan-insan yang bergelar lelaki apatah lagi insan tersebut memegang gelaran ayah. Kite mungkin terlupa atau lalai dalam mengigati tarikh tersebut tetapi ia merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam hidup kerana tanpa dia kita tidak mungkin akan mengenal dunia ciptaan yang maha Esa.

Disini juga aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari bapa kepada abahku Che Ku Zangi Binti Che Ku Omar...thanks abah kerana dengan kurdat 4 kerat mu dapat membesarkan kami 6 beradik dengan sempurna..walaupun hidup kita tidak semewah orang lain, kami bersyukur dengan kehidupan sekarang. Semoga Allah senantiasa memberi kesihatan dan keberkataan dalam hidupmu..insyaallah...amin . we love you ABAH.

Kawan yang baik.....

Bukan nya senang nak cari kawan yang baik

Bukan senang juga nak jadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya

Kawan yang baik tak pernah cemburu dgn kejayaan kawan baik nya

Sebalik nya kawan yg baik lah yg paling banyak menbantu kawan baik
nya untuk mencapai kejayaan

Kawan yg baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya utk membuat
perkara yg buruk dan sia-sia

Kawan yg baik adalah org yg selalu menasihati kawan baik nya utk
berbuat kebaikan

Kawan yg baik adalah org pertama yg akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yg tidak dapat
diluah kan kepada kawan biasa

Kawan baik tak pernah memaksa kawan baik nya utk sentiasa berada
disisi nya

Kawan yg baik tak pernah melarang kawan baik nya utk berkawan dgn
kawan baik

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai
ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yg paling baik utk
kawan baik nya

Kawan yg baik akan sentiasa mendoa kan kesejahtera an dan kebahagian
kawan baik nya di dunia dan di akhirat didalam doa nya

Kita adalah kawan yg baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukan lah seorang yang sempurna

Kita adalah kawan baik jika kita menjadi kawan yg baik kepada kawan
baik kita

Kita bukan lah kawan yg baik jika kita tidak menghargai kawan baik
kita, kerana kawan yg baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya

Kita bukan lah kawan yg baik jika kita tidak memberitahu perkara yg
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yg baik akan selalu
menyampai kan
perkara yg baik kepada kawan baik nya

Kawan yg baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawan nya,
bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi utk menjadi
pedoman oleh kawan-kawan nya supaya dapat menjadi kawan baik kepada
kawan baik nya

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yg baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yg baik...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yg baik...!!

Amin Ya rabbil Alamin."

Thursday, June 18, 2009

Luqman dan tiga pelacur

Cuba anda hayati cerita ini kerana bukan sesuatu yang payah untuk menyedarkan manusia..hanya kekuatan dan ketaqwaan kepada Allah sahaja boleh mengatasi segala-galanya.

KISAH Luqman yang bijaksana ada termaktub dalam surah al-Luqman dalam al-Quran. Pengarang kitab Al-Kasyaf menjelaskan, dia adalah Luqman bin Baa'ura'. Hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya. Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.

Diriwayatkan oleh Sai'id bin Amir, ia berkata: " Telah bercerita kepada kami, Abu Ja'far, 'Luqman Al-Habasy' adalah seorang budak milik seorang lelaki. Suatu ketika dia dibawa ke pasar untuk di jual kepada seorang lelaki yang hendak membelinya, Luqman berkata:"Apa yang akan kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu beli nanti)?" Jawab lelaki itu, "Kamu akan ku suruh melakukan ini dan itu." "Aku mohon kepadamu agar mengurungkan niatmu untuk membeliku!" pinta Luqman. Sikap ini selalu diperlihatkan oleh Luqman kepada para calon pembelinya hingga datanglah calon pembeli lainnya. "Apa yang hendak kamu lakukan terhadap diriku (setelah kamu membeliku nanti)?" kata Luqman. "Kamu akan kuberi tugas sebagai penjaga rumahku," jawab lelaki calon pembelinya itu. "Jika demikian, aku mahu kamu beli!" kata Luqman.

Laki-laki tersebut kemudian membayar dan mengajak Luqman pulang ke rumahnya. Majikan Luqman mempunyai tiga orang anak gadis yang menjadi pelacur di desa itu. Pada suatu ketika majikannya ingin pergi ke kebunnya. Sebelum berangkat dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan mereka di dalam bilik. Sepeninggalanku, kuncilah pintu ini dan kamu harus berjaga di sini pula. Dan janganlah sekali-kali kamu membuka pintunya sebelum aku kembali ke rumah!"

Sejenak kemudian ketiga-tiga puteri majikannya datang dan berkata kepada Luqman, "Bukalah pintu ini!" Kerana telah menerima pesan dari majikan dan diamanahi untuk tidak membuka pintu dan namanya amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak, maka Luqman pun menolak untuk membukanya. Akhirnya ketiga-tiga gadis itu marah dan mencederainya. Luqman kemudian membersihkan darah yang membasahi tubuhnya dan kembali berjaga di depan pintu. Ketika majikan pulang dia tetap merahsiakan perilaku ketiga puteri majikan terhadapnya.

Pada hari berikutnya majikannya sekali pergi ke kebunnya. Sebagaimana sebelumnya dia berpesan kepada Luqman: "Aku telah menyiapkan makanan dan semua keperluan. Oleh kerana itu jangan membolehkan mereka membuka pintu ini!" Demikianlah, selepas pemergian ayahnya, ketiga puteri majikannya itu bergegas menemui Luqman dan berkata kepadanya: "Bukalah pintu ini!" Sementara itu Luqman masih tetap memegang amanah yang dibebankan kepadanya tetap tidak bersedia membukakanya sebagaimana pesan dari majikannya. Akan tetapi, ketiga gadis itu kembali menyerang dan melukai Luqman yang tetap duduk di tempatnya. Si majikan telah pulang ke rumah, Luqman sekali lagi tidak mahu menceritakan perihal perilaku ketiga puterinya.

Melihat keteguhan hati Luqman, puteri tertua majikannya kemudian rasa simpatinya datang dan berkata: "Mengapa budak Habasyi ini lebih mengutamakan ketaatan kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi Allah, aku akan bertaubat!" Dan puteri sulung majikan Luqman itu pun bertaubat kepada Allah S.W.T. Si bungsu berkata, "Mengapa budak Habasyi dan kakak sulungku lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T? Demi Allah, aku juga akan bertaubat." Demikianlah si bongsu akhirnya mengikuti jejak kakak sulung dan keduanya dengan bertaubat. Setelah mengetahui bahawa kakak mahupun adiknya telah bertaubat, puteri kedua majikannya berkata "Mengapa dua orang saudaraku dan budak Habasyi ini lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding aku? Demi aku, aku akan bertaubat juga!" Akhirnya dia pun bertaubat.

Setelah ketiga puterinya yang berkerja sebagai wanita penghibur itu bertaubat, maka rakan yang sama bekerja denganya di desa berkata,"Mengapa budak Habasyi dan ketiga gadis itu lebih mengutamakan taat kepada Allah S.W.T berbanding kami?" Hal tersebut mendorong mereka untuk bertaubat sebagaimana ketiga-tiga rakannya sehingga jadilah mereka sebagai orang yang beribadat di desa itu.

Demikianlah bahawa hidayah datangnya bukan lewat, dakwah berupa ucapan tapi juga tindakan, atau amalan yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim dalam memegang teguh amanah yang sudah menjadi tugasnya. Sehingga fitrah seorang manusia untuk selalu beribadah kepadaNya menjadi terpukul tatkala melihat seorang yang mampu menjalankan ibadah itu dengan baik.

Sebuah cerita untuk dijadikan iktibar dan pedoman untuk semua .

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

p/s : Khas untuk kaum Adam renung la kata2 diatas..

Rujukan : http://drmaza.com/home/?p=468

Venture dalam kenangan 2005 - 2007

Video ne aku tujukan khas untuk kawan- kawan semasa kje kat venture (Johor) dlu...byk kenangan pahit dan manis selama 2 tahun disana...

video

Wednesday, June 17, 2009

Mana Setangginya@ Istana Budaya (IB)

‘Di Mana Setangginya’ karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan yang mengangkat cerita mengenai kemanusiaan sejagat dengan latar luar Negara dan juga Malaysia. Didalamnya terangkum komuniti yang berpecah-pecah disebabkan kelemahan manusia sendiri seperti irihati, dengki dan tamak haloba. Nilai tradisi moden dipentaskan dalam sebuah karya teater yang penuh dengan nilai simbolik. Ini adalah sinopsis teater di mana setangginya yang sempat aku dan kawan-kawan tonton semalam(20090616).

Tiket untuk teater ne sponser by Istana Budaya (IB) untuk kawan aku fiza (aku panggil zan jer) coz dia pegang akaun tuk portal IB ni.. Memang hasrat untuk menonton teater sudah lama terpendam coz siapa yang xnak tgk kan..kalau siapa yang suka seni mmg inilah tempat yang paling diorang suka..aku rasa lah.. Alang2 tiket free untuk 4 orang apa lagi semalam kiteorg pn dengan exited p tgk .

Mula2 boring gak coz cerita ne berkisarkan zaman dahulu kala tp versi moden..satu lagi bahasa yang digunakan langsung aku xphm..yer la nama pun teater mesti bahasa yang digunakan begitu simbolik a.k.a sastera. Ingat kan aku jer yang xphm rupa2 nya umi ngan zan pn sama..mmg buta seni tul la kiteorg ne..hahahhaha..tp pertengahan cerita dah mula phm ckit2 ...seronok la ckit kerana apa yang nak disampaikan tu aku boleh hayati..rupa2 nya best gak...cerita ne xlah street sgt kerana para pelakon pandai mainkan peranan dan ada unsur2 lawak ckit2..

Walaupun ini adalah first time aku tonton teater boleh katakan teruja la nak ulang sekali lagi..kalu ada yang nk sponser tiket lg...(zan phm2 je la pas ne konsert Siti plak eh..) hahahha ...orang kate nak menaikkan martabat orang melayu inilah tempatnya...Imiginasi pegarahnya buatkan aku kagum kerana boleh luah kan idea sebegini indah...tahniah aku ucapkan tuk pegarah dan juga pelakon2.

Mainan pentas jga menarik.. baru aku tahu kebenaran kata2 orang IB antara pentas tercanggih didunia. Sound system juga menarik kerana itulah kekuatan sesebuah persembahan. Syabas untuk IB.

Antara pelakon utama yang menjayakan teater ' Mana Setangginya'
1. Azizah Mahzan
2. Sabrina Ali
3. Tony Yussoff
4. Shaharuddin Tamby

Ini adalah gambar yang sempat dirakam selepas selesai menonton...










Tuesday, June 16, 2009

Apa perasaan bila cinta anda berbalas?

Apakah perasaan anda apabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini aku berikan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

* Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
* Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
* Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
* Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
* Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
* Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Renung2 kan lah...

Monday, June 15, 2009

NOSTALGIA

Kembangkan ilmu agar sinarnya gemersik
Jua usah alpakan ia dari sukmamu
Kerana ia akan bersemadi
Bersama kesinaran di alam maya ini

Sinarilah dirimu
Dengan titis-titis keimanan
Dan banjirilah
Ia dengan ketaqwaan

Pelajaran, cita-cita dan keimanan
Boleh diibaratkan seperti
Air, baja dan cahaya
Yang boleh menyuburkan tanaman

Basahi lah bibirmu dengan
Berzikir kepada tuhan
Tenangkanlah jiwamu dengan
Membaca Al-Quran

Bercintalah dengan pelajaran
Berkahwinlah dengan kejayaan
Jangan berbulan madu dengan kegagalan

Inilah lumrah kehidupan manusia...

Antara Cinta dan Persahabatan

Andainya diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya,
akan ku pilih kedua-duanya sekali.
Kerana bagiku ia sama penting dan bernilai dalam hidupku.

Cinta…..
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya.
Kerana di sebalik keindahan lukisan cinta itu,
akan tesirat seribu khayalan yang pastinya akan merentap
ketenangan jiwa tatkala ikatan di lamar kekusutan.
Namun, ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan.
Hakikatnya rasa CINTA adalah suatu kurniaan Ilahi yang lahirnya ia adalah
untuk setiap insan yang berakal, berhati dan berperasaan.


Persahabatan………
Suatu ikatan yang lahir dari keinginan untuk bersahabat,
berkongsi tangis dan tawa, berkasih sayang serta bermuafakat.
Sesungguhnya, sahabat adalah tempat berbicara tulus tentang impian dan pengertian hidup.
Persahabatan yang suci adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
dihiasi dengan keikhlasan dan diwarnai dengan pelangi ketulusan.
Sekirannya terjadi gunting dalam lipatan….maka pincanglah keluhuran sebuah PERSAHABATAN.

Teman…mengertilah maksudku.
Sesungguhnya apa yang tersurat,
itulah yang tersirat di hati ini sejak sekian lamanya tugu persahabatan terbina.
Hanya yang ku pinta, cuma sedikit perhatian dan gurau tawa dari teman yang
paling ku sayangi dan kusanjungi selamanya.
Ku relakan perginya CINTA andai ia dapat membeli sebuah PERSAHABATAN yang sejati dan abadi selamanya.

Walaupun tidak diungkapkan dengan kata2 tetapi ia tidak bermaksud tidak sayang atau cinta.
Tinggal Teman… Tinggal Senyuman……………….

KEK KEJAYAAN

Bahan-bahan:
2 kilo usaha yang gigih
2 sudu disiplin
1 cawan teknik belajar
1 kilo kesabaran yang penuh
3 sudu daya saingan
2 kilo tidak putus asa
3 cawan keyakinan diri

Bahan-bahan untuk membuat krim:
1 kilo dorongan ibubapa dan guru
2 sudu tidak putus asa, amal ibadat yang cukup

Cara-cara membuat kek:
1) Masukkan 2 kilo usaha yang gigih kedalam acuan.
Kemudian campurkan bahan tadi dengan
2 sudu disiplin dan kacau sehingga sebati.
1 cawan teknik belajar dan 1 kilo kesabaran yang penuh
dimasukkan ke dalam acuan tadi. Selepas itu,
3 sudu daya saingan dimasukkan perlahan-lahan.
Campurkan pula 2 kilo tidak putus asa dan 3 cawan keyakinan diri.
2) Setelah dikacau rata, adunan ini sedia untuk dimasukkan
ke dalam SEMANGAT dengan suhu 100%.

Cara membuat krim:
3 sudu dorongan ibubapa dan guru dimasukkan ke dalam acuan,
kemudian 2 sudu tidak putus asa serta amal ibadat yang secukupnya
dicampurkan kedalam bahan tadi dan kacau sebati.
Sekarang adunan ini sedia untuk disapukan pada
kek di atas yang telah dipastikan sejuk.

Selamat mencuba untuk kawan2 ku...

Thursday, June 11, 2009

Kenangan terindah

Pantai batu buruk...Klu tye pd anak2 ganu nama tu mesti tau tempat ne, kira tempat famous la kat ganu..2 minggu lepas masa blik ganu tuk majlis sambut menantu abg aku sempat la aku luangkan masa ke sana.. Org kata nak hilangkan tekanan bile sesekali jengah kampung. Aku pergi sana coz salah satu tujuan nya adalah tunaikan hasrat adik2 isteri abg aku yang terbang jauh dari Palembang tuk menikmati pantai kat malaysia.

Hepi aku tgk diorg main air..cm xpernah jupe pantai lak..hahahhaha...sori Melda ngan Amai coz kutuk korang dlm blog aku....xper korg maybe xtau ..hhahha...kiranya aku langsaikankan hutang aku mase kat Palembang kan..penat korang layan kerenah kami semasa kat sana (Palembang), hampir separuh Palembang korg wak kami ronda2. Itu adalah kenangan terindah bg kami.
Kami juga sempat bergambar bersama tanda kenangan.. harap2 lain kali boleh jupe lagi korang..


Amai adik bongsu Kak Nia, Wajahnya ala2 korea ckit ,bile nyanyi suara ala2 aril peterpan.hahaha.Pic kat bawah 2 Amai ngan Melda Adik no 2 kak nia.. Diorg ne kepala sama la ngan aku giler ckit..hahahha.. Klu jupe xsah klu xbising..

Shah Indrawan




NAMA SEBENAR: Shah Indrawan Ismail

TARIKH LAHIR: 17 Mei 1984

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

TINNGI: 175 cm

BERAT: 55kg

ZODIAK: Taurus

HOBI: Memancing, Futsal

PROFESION: Penyanyi, Komposer, Produser

STATUS: Bujang

ADIK BERADIK: 6

CITA-CITA:

ALBUM: New Boyz 1999, Akur 2000, Wirama 2002, Inspirasi 2004, Bermulanya Satu Evolusi 2005, Semula Padaku 2007

AZAM TAHUN BARU: Ingin berjaya dalam industri muzik

WARNA KEGEMARAN: Biru, Hitam, Putih

MAKANAN KEGEMARAN: Patin Masak Tempoyak

MINUMAN KEGEMARAN: Chocolate Shake

JENAMA KEGEMARAN: Nike

MINYAK WANGI CK

PENYANYI PUJAAN: P.Ramlee

PELAKON PUJAAN: Rosyam Nor

FILEM YG DIMINATI: The last samurai

CIRI2 LELAKI IDAMAN: ???

SIKAP YG TIDAK DISUKAI:
Hipokrit

TEMPAT YG DIGEMARI: Kolam Pancing

TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI:

MUZIK YG DIGEMARI:
Rock

TENTANG TOMOK: Tomok dan NB baru sahaja keluar dengan 2 single baru, terbitan sendiri. Tomok juga merupakan Juara dalam rancangan OIAM musim ketiga 2009.


Wednesday, June 10, 2009

Sekuntum Mawar Merah


Cerpen Yang Membuat Kamu Menjadi kagum tentang seseorang...


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang
selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka
membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis nama
& alamat seorang gadis di salah satu muka
suratnya.Tertulis disitu
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat
kepada si gadis. Setelah pulang
ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk
memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si
jejaka mendapat balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju
untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar
bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu
masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan
begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan
sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh
bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati
kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si
gadis. Maka diutuskannya surat
berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh
kita, dan kamu masih sayang
padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi
di Bandar kamu pada hari perang
diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai
pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan
mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan
malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang
setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si
jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal
sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang
gadis yang agak berisi dan duduk
di kerusi roda sambil melihat sekeliling.
Kakinya kudung dan tangannya
cacat sebelah... sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar
berwarna merah... Si jejaka agak terkejut
tetapi dia memberanikan diri
menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka
dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si
gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan
pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang
terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini
kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu
bahawa di sedang menunggu kamu di
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan
bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati
jejaka ini? Dia melihat kepada
hati dan bukan kepada rupa.. dia telah
mengotakan janji nya dan tetap
berpegang kepada perasaan sayang
walaupun pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina...
Sesungguhnya semua manusia harus
berfikir seperti dia...

Friendship Award

Mekasih Umie Coz bg Award nie...this is Friendship Award...Thanx a lot

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.
1. seorg yang matang fikiran
2. Boleh dibawa berbincang
3. Senang berkomunikasi
4. Obses ngan pink caler
5. Seorg yang chubby..huhu

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih.
1. Gembira dengan hidup skarg.
2. Minat dengan seorg artis dri beliau kecik lg..huhu
3. Red caler
4. Suka buli org..hahahha
5. Suka suasana yang bersih
6. Suka layan kerenah aleeya (adik bongsu sy la)
7. Sgat sygkan family
8. Seorg yang paling degil dri 6 org adik beradik
9. Suka bwk kete laju2 bile keseorangan.
10. Aktif sebagai blogger skarg ne...

Anda perlu memilih 4 penerima award dan describe tentang mereka.
1. Fazi- ( Org yg paling aku suka kacau)
2. Ajan-(Peminat setia Keliwon)
3. Amyliana- ( Kakak kesayangan Fahmi)
4. Umi- ( Chubby Girl)


For those who are selected, congratulations. Please take your award by copy and paste the above information together with the image, after that just change the information in numbers only to match your own descriptions.

Tuesday, June 9, 2009

Kerja Oh Kerja

Sebagai renungan bersama…

KALAU KITA FIKIR KITA SUSAH, MASIH ADA LAGI ADA ORG YG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA..

CUMA KITA SEBAGAI ISLAM WAJIB SEDAR, JANGAN LAH SAMPAI KESUSAHAN KITA, MENGHAMPIRI KEKUFURAN..

USAHA SELAGI DAYA BERUSAHA, SEMENTARA ALLAH MEMBERIKAN KITA KESIHATAN DAN KEWARASAN AKAL..

REZEKI ADA DI MANA-MANA, YANG PENTING KITA BERUSAHA SELAIN BERDOA, BERTAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T

Syurga di bawah tapak kakinya

Mak merenung jauh. Melihat nasib tuanya. Hatinya sungguh sayu. Sekiranya aruah ayah masih hidup, sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak. Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya. Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah. Samakah situasinya? Hatinya tertanya-tanya. Apa bezanya. Hatinya kian bercelaru.

Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya. Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah aruah ayah adalah seorang guru. Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu. Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu, dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua. Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak. Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya. Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya. Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang. Bukannya apa sebabnya sebelum ini Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang. Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya. Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh. Begitulah impian aruah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain. Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga. Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini. Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara. Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.

Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya. Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini. Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya. Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini. Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu. Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi. Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini. Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya. Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara. Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini. Adakah salah mak mendidik mereka? Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka? Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu. Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari. Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi. Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka. Menitis air mata mak ke bumi. Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu. Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini. Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan. Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak. Gugur dan jatuh ke bumi. Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah, Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain. Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka. Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.

Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik. Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya. Anak-anak mak semuanya berjawatan besar. Semuanya berpendidikan besar. Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan. Memandang mak bagaikan satu kehinaan. Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian. Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain. Sangkaan mak benar-benar meleset. Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet. Malu katanya dengan mak. Malu dengan pembawaan mak. Malu dengan pemakaian mak. Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak. Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya. Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah us ia ini. Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.

Sejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh. Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga. Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama. Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata, mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya. Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama. Air mata mak menitis lagi. Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi. Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang. Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah. Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya. Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia. Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni. Sepi dengan segala-galanya.

Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik aruah ayah), malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya. Hanya air mata terus mengalir menemani mak.

"Opah! Opah!" "Assalamualaikum!" "Opah! Opah!" Hati mak tersentak. Sudah meninggi matahari rupanya. Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir. "Hah..Kamarul masuklah"

Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu. Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah, anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.

"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu," Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.

"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?" Kamarul mula merapati mak.

Hati mak tersentuh lagi. Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah, anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini. Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya. Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya. Apakah malang nasibnya. Ada anak yang mengambil berat tentangnya, menantunya pula tak suka. Hiba.

Mak memandang jauh keluar jendela rumah. Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik. Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.

Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja. Hati mak begitu teringin melihat cucunya. Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir. Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti. Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu. Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini. Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu. Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu. Mak benar-benar kepingin.

"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni. Janganle nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah. Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi.

"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, sekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah. "Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak nak! Tak nak le! Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje. Malu orang tengok mak nanti," Hati mak semakin hiba. Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan. Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.

Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam. Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat. Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini. Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini. Air mata mak mengalir lagi. Sebak di dadanya tiada ubatnya. Keruan hatinya semakin melarat. Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.

Hati tuanya kian terusik. Pusara ayah diziarahinya. Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk. Air matanya mengalir. Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini. Air mata itu semakin deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan. Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya. Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini. Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini. Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu. Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras. Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami. Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.

"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.

Hati mak semakin merekah kesedihan.

"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.

"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke? Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!" dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya. Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.

"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi. Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah. Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini. Nanti siapa yang susah!"

"Apa yang kamu susahkan. Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?" Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus. "Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.

"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji. Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?" Air mata mak semakin tidak boleh disekat. Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya. Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini. Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak. Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.

"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!" Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak. Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah. Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang. Menipu keadaan memaksa perasaan. "Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua. Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.

"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku? Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?" Air mata mak tidak dapat dikekang lagi. Mengalir sekali lagi. Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi. Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.

"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama. Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung. Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku. Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku. Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku. Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka. Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak. Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,"

Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah. Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari. Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan. Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum. Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.

"Mak!!!!!!!" Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.

#p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan pemergian mereka ke pangkuan Ilahi.


Source : isuhangat.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

Hepi Besday My bro and My Sis...

Assalamualaikum..

Bulan 5 dan 6 boleh dikira bulan yang begitu bermakna bg kami sekeluarga kerana pada bulan tersebut merupakan bulan kelahiran bg abg dan 3 adik aku. Bermula dengan Adik aku Nor yang besday nya jatuh tanggal 23 mei diikuti adik aku yang bongsu Aleeya 30 mei , Abg aku ,2 Jun dan satu-satunya adik lelaki aku Awang (panggilan manja kami sekeluarga) huhu yang jatuh selang 1 hari dari abg iaitu 3 jun.

Disini aku ingin ucapkan selamat hari lahir bt mereka ber4 semoga anda semua menjadi insan yang berguna untuk ibubapa, bangsa dan juga agama.

Pada hari ahad lepas sempat kami sekeluarga bt sambutan tuk Aleeya semperna hari lahirnya yang ke 8.



Aleeya begitu teruja menyambut besday..hahha
Pengantin Baru sempat meluangkan masa menyambut besday girl sebelum pulang ke JBSuapan dari seorang kakak..


Aleeya diapait peminat MU.. Sori jgn marah
Sebelum potong kek aleeya ngan nor sempat berposing.
Bakal pengantin 2020
Happy Birthday Alleya Ke 8

Monday, June 1, 2009

Selesai sudah segalanya...

Askum... harap sume chat la hendaknya.. Post kali ne plak ak nak cerita pasal smbut menantu kat ganu. Penat, xckup tido, gembira semua ada, tp alhamdulillah semua selamat dengan apa yang dirancang. thanks pada semua yang ringan tulang menolong kami sekeluarga.

Majlis yang dimulakan pada pukul 11 pg berjalan lancar dengan kehadiran para tetamu yang dijemput dan kehadiran kaum keluarga jauh dan dekat. Majlis akhirnya selesai pada pukul 6 ptg dengan itu selesai sudah segala majlis perkahwinan abang aku.

Dengan kehadiran org baru diharap bertambah la ceria kehidupan kami sekeluarga. Welcome to Ku Zangi Family to Devi Kurnia. huhuhu

Acara bungkus free gift tuk tetamu

Org penting kat dapur
Saat daging dilapah oleh kaum adam

Mak saudara Ku
3 penyeri Ku Zangi Team ..huhuhu
Muka2 Ceria


Devi Kurnia
Azuwal & Nia