Saturday, November 6, 2010

Lagi membabitkan bas - 'Bas ni terlalu laju...aku seram'

Kemalangan membabitkan bas makin menjadi2 plak...tidak sampai sebulan berita kemalangan bas ..semlm satu lg kisah sedih menlanda negara membabitkan kehilangan nyawa..alahai pemandu.ape yg korang kejar sampai bawa bas mcm nak berlumba ni......ikuti kisah dari Metro dan kosmo...


MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.

MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.


MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.
MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.

PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.


Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.Teruskan membaca

Juga berita dari Kosmo

p/s: takziah pada keluarga mangsa....


No comments: