Walaupom bdk2 skrg lebih masa ngadap FB pada buku tp ternyata budk2 skrg semakin hebat..Harap2 kecemerlangan yang ditunjukan kini akan lebih bersinar dimasa hadapan...insyallah..jadikan MALAYSIA negara contoh dari segi pendidikan dan juga lain2 pencapaian yang hebat.
PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.
"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.
Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.-Bernama
Sumber : Metro online
No comments:
Post a Comment