Thursday, November 11, 2010

Bakso, nasi goreng, semuanya enak - Obama

Presiden AS masih lg mengingati pengalaman semasa beliau berada di negara tersebut suatu masa dahulu...semoga kunjungan beliau dapat mengubah pandangan negara barat terhadap islam. Peace...


BARACK OBAMA berjabat tangan dengan pelajar-pelajar Universiti Indonesia di Jakarta semalam.


JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bercakap dalam bahasa Indonesia semasa mengucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan oleh rakan sejawatannya dari Indoensia, Susilo Bambang Yudhoyono pada jamuan makan malam kelmarin di Istana Merdeka, lapor sebuah akhbar semalam.

"Terima kasih untuk bakso, nasi goreng, emping, krupuk. Semuanya enak," kata Obama selepas memakan hidangan yang digemarinya sewaktu di tinggal di Jakarta semasa kecil pada 1960-an bersama ibu kandung beliau dan bapa tirinya.

Obama tiba di Jakarta kelmarin dalam lawatan selama 20 jam sebelum beliau berlepas semalam ke Korea Selatan untuk menghadiri mesyuarat Kumpulan 20 yang dianggotai negara maju dan membangun.

Presiden AS itu turut menyatakan, pemandangan di Jakarta sudah berubah sejak beliau berada di bandar raya tersebut pada 1967. Teruskan membaca

sumber : kosm0Link

No comments: