Oleh : Amirullah bin Othman
Pergerakan Puteri Umno Bahagian Marang menganjurkan Program Ramah Mesra
Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Terengganu Bersama Ketua-Ketua
Puteri Cawangan Dalam Bahagian Marang di Dewan Sivik Kampung Atas Tol,
baru-baru ini.
Ketua Puteri Umno Bahagian Marang, Puan Laila Md Daud berkata, program
berkenaan bertujuan untuk mewujudkan serta mengeratkan silaturahim di
antara pemimpin Puteri peringkat Negeri dengan kepimpinan Puteri
peringkat Bahagian dan Cawangan.
“Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sasaran utama Puteri adalah
untuk menambahkan bilangan ahli yang berumur 18 hingga 35 tahun.
“Dan kita juga ingin menjadi jentera penggerak dan penyumbang utama
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti supaya kerajaan Barisan
Nasional dan Umno terus kekal memerintah negara tercinta,” ujarnya.
Katanya, buat masa ini program peringkat akar umbi menjadi keutamaan dan
program dalam kumpulan yang kecil adalah menjadi sasaran Puteri.
Dalam pada itu, seramai 150 orang menghadiri program itu dimana majlis
perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Marang, YB A.
Latiff Awang.
Sumber : http://teganukita.blogspot.com
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Sunday, January 12, 2014
Pergerakan Puteri Umno Bahagian Marang anjur Program Ramah Mesra
Sunday, December 22, 2013
Thursday, November 14, 2013
Saturday, November 9, 2013
Wednesday, October 23, 2013
Cara " Mendidik" Anak Semasa Mengandung
at
10/23/2013
Labels:
Info
Tuesday, October 22, 2013
Amalan-Amalan Terbaik Untuk Seharian Kita
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan –
Riwayat Tirmidzi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH S.W.T akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat farhdu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi S.A.W membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian memakai pakaian terbaik dan wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin ‘Affan R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya- Riwayat Tirmidzi
11. Nabi S.A.W tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan- Riwayat Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi S.A.W makan dengan menggunakan 3 jari(ibu jari telunjuk dan tengah)-Riwayat Muslim. Jarang sekali baginda makan dengan menggunakan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walaupun sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH S.W.T seperti yang dihadapi oleh para Nabi.
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wuduk setiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat.
Hadith:
Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya- Riwayat Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17. Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
19. Nabi S.A.W tidak makan sambil bersandar- Riwayat Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi mengelakkan dirinya terlalu kenyang dan memudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali setiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH S.W.T akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
21. Nabi S.A.W sering beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya). Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
22. Setelah bersolat Nabi S.A.W memohon ampun ( astagfirullahal’aziim) tiga kali-Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi S.A.W adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
23. Sesiapa yang menamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, ALLAH S.W.T akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
24. Apabila Nabi S.A.W tidur, ia mendahulukan baring mengiring sebelah kanan – Riwayat Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH S.W.T segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
26. Tika Nabi S.A.W tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Riwayat Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH S.W.T.
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi S.A.W menyarankan, cukup dengan membersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi S.A.W berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Riwayat Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafa’at (pertolongan) daripada baginda S.A.W.
32. Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Riwayat Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
34. Setelah bersolat Nabi S.A.W memohon ampun (astagfirullahal’aziim) tiga kali – Riwayat Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi S.A.W. adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi S.A.W memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Riwayat Bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas menunaikan solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi S.A.W bersin, beliau meletakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) – Riwayat Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
39. Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Riwayat Abu Naim
40. Nabi S.A.W tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah dan amat menghargainya – Riwayat Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH S.W.T akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya – Muttafaq ‘Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) – Muttafaq ‘Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi S.A.W sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH S.W.T– Riwayat Abu Dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH S.W.T akan hajatnya.
47.Memberi salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi S.A.W (apabila mendatangi rumah sahabat) memberi salam hingga 3 kali – Riwayat Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, baginda beredar.
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah- Riwayat Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH S.W.T sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Sumber : dariambeuntukdeme
at
10/22/2013
Labels:
Info
Tip Untuk Bahagiakan RumahTangga
As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Di antara tip utk bahagiakan rumahtangga ialah:
1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki.
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg.
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & org syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.
Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua. Aameen, Wassalam.
Sumber : Facebook Dato'Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
at
10/22/2013
Labels:
Info
Monday, October 21, 2013
Thursday, October 10, 2013
40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak
Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Merekalah pewaris kita yang
akan mendoakan kita jika kita sudah meninggalkan dunia yang fana ini.
Kesilapan mendidik anak-anak membawa padah yang besar. Menurut Pakar
Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam
mendidik anak-anak. Iaitu;
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
Sumber :kalamjingga
at
10/10/2013
Labels:
Info
Monday, October 7, 2013
Betul Ke Lelaku Kahwin Lewat Anak Kurang Bijak????
at
10/07/2013
Labels:
Info
Thursday, October 3, 2013
Sunday, September 29, 2013
10 Orang Terkaya di Malaysia 2013
Pada
16 Februari 2013 yang lalu, pihak BERNAMA telah mengeluarkan senarai
penuh 20 orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Tidak banyak
yang berubah berbanding senarai tahun lalu, hanya 2 tempat sahaja
bertukar kedudukan.
#1. Robert Kuok Hock Nien
- Dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru.
- Merupakan pemilik syarikat Kerry Group/Kuok Group.
- Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 0.88% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini : RM46.1 Bilion
#2. T. Ananda Krishnan
- Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur.
- Merupakan Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd.
- Mencatatkan penurunan aset terbesar iaitu sebanyak 23.5% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini : RM32.90 Bilion
#3. Tan Sri Teh Hong Piow
- Dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930.
- Merupakan Pengerusi Public Bank Berhad.
- Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 8.62% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini: RM13.73 Bilion
#4. Tan Sri Quek Leng Chan
- Dilahirkan pada tahun 1941 di Singapura.
- Merupakan Pengerusi Hong Leong Group.
- Mencatatkan peningkatan aset terbesar sebanyak 38.63% berbanding tahun lepas.
- Naik 2 anak tangga berbanding tahun 2012.
- Jumlah aset terkini: RM11.09 Bilion
#5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
- Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1952.
- Merupakan pengasas Al-Bukhary Foundation
- Mencatatkan peningkatan aset sebanyak 11.23% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini: RM10.60 Bilion
#6. Tan Sri Lee Shin Cheng
- Dilahirkan pada tahun 1929 dan membesar Kuala Lumpur.
- Merupakan Pengerusi Eksekutif IOI Group.
- Mencatatkan penurunan aset sebanyak 7.04% berbanding tahun lepas.
- Turun 2 anak tangga berbanding tahun 2012.
- Jumlah aset terkini: RM10.56 Bilion
#7. Tan Sri Lim Kok Thay
- Dilahirkan pada tahun 1951, merupakan anak kedua mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
- Merupakan Pengerusi Genting Group.
- Mencatatkan kenaikan aset sebanyak 7.12% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini: RM8.12 Bilion
#8. Puan Sri Lee Kim Hua
- Dilahirkan pada tahun 1918 di China , merupakan balu kepada mediang Tan Sri Lim Goh Tong.
- Merupakan pemilik Genting Group.
- Mencatatkan kenaikan aset sebanyak 10.03% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini: RM7.24 Bilion
#9. Tan Sri Tiong Hiew King
- Dilahirkan pada tahun 1935 di Sibu, Sarawak.
- Merupakan Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group.
- Mencatatkan penurunan aset sebanyak 0.94% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini: RM6.35 Bilion
#10. Ong Beng Seng
- Dilahirkan di Sabah pada tahun 1944.
- Merupakan Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Hotel Properties Ltd.
- Mencatatkan penurunan aset sebanyak 18.29% berbanding tahun lepas.
- Jumlah aset terkini: RM4.02 Bilion
Kebangkitan Usahawan Melayu
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih lagi merupakan satu-satunya
usahawan Melayu yang mampu menempatkan diri dalam senarai 10 terkaya di
Malaysia ini. Walaupun begitu, 4 orang usahawan Melayu ini turut berjaya mencatatkan nama mereka dalam senarai 20 terkaya di Malaysia.
- Tan Sri Azman Hashim -Arab Malaysian Corp – RM3.84 Billion (Tempat ke-11)
- Datuk Mokhzani Mahathir – Sapura Kenchana – RM2.67 Billion (Tempat ke-13)
- Datuk Shahril Shamsuddin – Sapura Group – RM1.64 Billion (Tempat ke-19)
- Datuk Shahriman Shamsuddin – Sapura Group – RM1.64 Billion (Tempat ke-20)
Menurut BERNAMA lagi, menjelang 2015 nanti, jumlah individu terkaya akan bertambah lebih sekali ganda dari 32,000 orang kepada 68,000 orang. Jumlah nilai bersih masing-masing juga dijangka meningkat sebanyak RM434 bilion sehingga RM 1.023 Trilion pada tahun 2015 nanti.
Sumber dari blogsukasukidot
13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI UTK BAHAGIA
1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”
2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri
3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.
4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.
5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.
6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.
7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.
10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.
11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.
12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.
13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.
Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..
Sumber dari Facebook
Thursday, September 26, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)