Tuesday, November 2, 2010

Bayar saman JPJ di pejabat pos mulai Nov.

JERANTUT 31 Okt. – Pesalah lalu lintas yang dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh membayar saman masing-masing di kaunter pejabat pos seluruh negara bermula akhir November ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, sebelum ini saman agensi itu hanya boleh dibayar melalui dua saluran sahaja iaitu kaunter JPJ dan e-Khidmat.

“Ia mungkin menyukarkan pengguna jalan raya khususnya penduduk luar bandar untuk membayar saman. Oleh itu, JPJ mengadakan perbincangan dengan Pos Malaysia Berhad untuk membolehkan bayaran dibuat menerusi agensi itu.

“Sebelum ini orang ramai hanya boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen di pejabat pos,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (PSKS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh dan Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man.

Solah memberitahu, sebagai percubaan sistem pembayaran itu mula dilaksanakan di lima pejabat pos di Selangor dan Kuala Lumpur esok iaitu di Shah Alam, Wangsa Maju, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bangunan Dayabumi dan di Jalan Sultan Salahuddin.

“Ia adalah percubaan dan akan diteruskan ke 688 pejabat pos seluruh negara menjelang akhir November ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, mereka yang ingin membayar saman polis boleh berbuat demikian di kaunter JPJ dan saman agensi itu juga boleh dibayar melalui kaunter polis.

Katanya, pelaksanaan kaedah itu tidak lagi menyusahkan orang ramai kerana ia lebih efisien.

Kredit utusan malaysia online 01/11/2010

P/s : Jom pakat ramai2 bayar saman secara ansur2...tq JPJ...tp kalau bayaran dikurangkan lagi bagus...hehehe...:) Peace....

No comments: