Friday, July 31, 2009

Indahnya walaupun?

Gembira, teruja dan perasaan yang sewaktu dengannya adalah gambaran perasaan aku pada pagi ni (31 Julai 2009). Walaupun hanya beberapa minit bersua dengannya tetapi impak yang aku dapat rasakan indah sekali.hihihihi... Cerita ni bermula dengan kami berlima telah pergi ke sebuah tempat yang mana aku pun tidak tahu apa nama tempat tu, tetapi gambaran yang dapat dilihat macam sebuah studio rakaman , aku yang plan mengajak diorang pergi ke tempat 2. Point paling aku nak cerita ialah aku telah berjumpa dengan seseorg paling aku inginkan. Walaupun hanya beberapa minit tapi aku dapat rasakan kegembiraan itu. hahahahhaha...Dalam seronok berbual dengannya, aku terdengar seseorang memanggil nama salah seorg dari kami untuk mandi, rupa-rupanya aku dalam dunia mimpi, arrr siot tol la minah yang kejutkan member sebelah aku ni..sampai mimpi aku yang indah pun lari sekali....tetapi apa-apa pun aku gembira walaupun hanya dalam mimpi.Harap-harap mimpi ku menjadi kenyataan suatu hari nanti.

P/s : Ada orang cakap mimpi mainan tido tetapi ada juga mimpi memberi petunjuk yang paling berkesan sekali. Apa-apa pun kita jangan terlalu percaya dengan mimpi yang boleh memesongkan akidah.

Thursday, July 30, 2009

Ditemani lelaki kacak

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

So... jangan tinggalkan Al-Quran. Kepada yang rajin membaca Al_Quran teruskanlah sampai ke akhir hayat, kepada sesiapa yang dah lama tak buka Al-Quran - jangan sampai Quran anda berhabuk/bersarang labah-labah atas almari tu dan kepada yang tidak tahu membaca Al-Quran tu pergilah mengaji jangan malu-malu kalau dah berusia. Yang dah pandai pun pergilah juga mengaji membetulkan tajwid kita.

Tuesday, July 28, 2009

Tag tentang aku...

Tq kepada kawan2 kerana sudi bg tag ni kat aku.

1. Bekas kekasih saya adalah :

sape ek? hahahha

2. Saya sedang mendengar :
Org menaip sesuatu di keyboard pc...biasa la kan..aku sekarang duk di opis..mesti diaorg wak kje.

3. Mungkin saya patut :
Kahwin!!!! hahhahahha

4. Saya suka :
Mengusik org (lebih2 lagi org yang bg feedback & manja)

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Sape yang sudi jadikan aku sahabat baik dia

6. Saya tak faham :
Orang yang xphm tentang diri sendiri.

7. Saya kehilangan :
Setakat ni xpernah lagi kehilangan apa yang paling disayangi. Harap2 xder la.. Nauzubillah

8. Ramai yang kata :
Aku suka mengusik seseorg dan perangai budak2.hahaha

9. Makna nama saya :
Ntah.. xder dlm buku...tp ma aku ckp arwah nenek aku yang bg sbb dia minat sgt penyanyi Mazuin masa 2...hahhaha

10. Cinta itu adalah :
Cinta pada yang Maha Esa

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Teringatkan kenangan lalu

12. Saya akan cuba :
Kurus kan badan., xpun kasi perut slim ckit...

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever

14. Telefon bimbit saya :
Murah jer..

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Cari phone..nak tgk kol wape.

16. Saya paling meluat bila :
Orang 2 sengaja buat2 manja. Padahal dop pun.

17. Pesta/Parti adalah :
Bersama family

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
Xder..aku bukan pencinta haiwan

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Bayi kot...coz sume org pasti akan syg.

20. Hari ini :
Tuesday

21. Malam ini saya akan :
Tido dengan lena sekali..kawan2 jgn lupa tutup lampu.

22. Esok saya akan :
Keje xpun update blog

23. Saya betul-betul inginkan :
Dah dapat apa yang dihajati selama ini..horeyyyyy...

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
Pakai tudung agar dok senget.

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
Biasa klu kat Kl g sogo ngan Times Square dop pun masjid jamek, murah lagi...

26. Makanan barat atau Jepun :
Makanan Malaysia top 5 lg.

27. Bilik yang terang atau gelap :
Gelap...tido best

28. Makanan Segera adalah :
Biasa KFC dop pun beli kat kedai Mek & Roy..huhuhu

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
Sy bru lepas meeting..sori yer..

30. Siapa yang anda mahu TAG?
Aku rasa kawan yang aku nak bg ne sume dah tag kat blog masing2, so sape2 yang baca blog aku ni amik je la..Caw

Monday, July 27, 2009

Program Mentor mentee at Muzium Negara


Semalam dalam sejarah aku menjadi mentor.huhuhu. Program amal yang dianjurkan oleh SKALI turut disertai oleh hampir kesemua housemate aku buat julung kali nya. Asalnya aktiviti ni adalah ajakan kak erin yang merupakan kawan abg aidi( org kuat program) yang mengajak kami semua untuk sertai. Daripada tiada aktiviti untuk dilakukan hujung minggu baik kami sertai aktiviti amal ni, dapat gak tambahan ilmu dan juga kenal adik -adik baru.

Program ni adalah semperna pameran darurat yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960. Walaupun aku bukan kalangan yang menyukai sejarah tetapi dengan adanya program seperti ini dapat refresh balik apa yang aku belajar masa sekolah dulu. Ia juga sesuai untuk budak-budak yang nak amik SPM, harap2 budak2 2 dapat pengetahuan tambahan apa yang mereka tengok.

Semalam juga lebih kurang kul 8 pagi kami berkumpul bertempat di Plaza Sentul(opis kitaorg) dan urussetia program menperkenalkan kami semua dengan mantee masing-masing. Kesemua kami 40 org, so setiap mentor kena jaga 1 orang mantee. Aku telah dikehendaki menjaga NUR HANIM BINTI ROSLAN pelajar form 5 seorang pelajar di Sekolah Bandar Baru Sentul. Aku panggil dia hanim jer, kepala mentee aku sama ngan aku, fazi kata gaya kami berdua sama jer ganazzzzzzz....tu la bagus dapat mantee yang satu kepala, xlah janggal sangat bila bersama. Dia pun kaki bergambar.hahahhahahha.

Selama sehari program satu muzium negara kami ronda, tp sleck r ada lagi yang tertinggal, ingat dah masuk semua,maybe xperasan kot ada lagi, xper la kalu ada masa nk g lagi(bile xtau la). Apa-apa pun kami semua seronok dapat saling kenal mengenali dengan adik-adik baru kami.


Aku sertakan beberapa gambar kenagan kami semasa seharian di Muzium Negara.




Friday, July 24, 2009

Bukan Superman

3 permata hati Ahmad Dhani dari kumpulan paling senior iaitu Dewa dari indonesia. Band yang dinama The Lucky Laki. Single pertama yang telah mengangkat nama band tersebut adalah Bukan Superman. Aku tahu lagu pun melalui adik bongsu aku iaitu Aleeya semasa balik kampung 3 minggu lepas. Hari-hari dia menyanyikan lagu ni sampaikan aku yang tidah pernah dengar pun turut ikut skali menyanyi. Tp bile dapat lagu ni melalui Youtube sekali dengan video clip best gak. Patut la Aleeya suka sangat budak2 baya-baya dia yang nyanyikan. Anda sendiri layan lagu ni, best. teringat zaman-zaman Exist dulu-dulu. Layannnnnnnnnnnnnnn.





Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis


Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga


Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Wednesday, July 22, 2009

Jalan-jalan kenal Kl...huhu


Boring lepak kat umah weekend, xder apa nak buat fazi ajak teman kan dia hantar adiknya balik Kolej..so daripada abiskan masa menonton wayang dalam rumah baik keluar..boleh gak cuci mata..hahhaha..Perjalanan kami ne lain ckit..coz nak ajar adik fazi naik LRT..biar dia pandai naik lrt lain kali senang ckit kalu nak kemana-mana.

Tp ilmu ne dapat gak aku gunakan untuk diri sendiri coz aku pun xberapa pandai gak guna LRT ne, silap2 ntah kemana pergi nya. Pakar dalam mengajar kitaorg sapa lagi kalau buka umi..Umi mmg teror pasal jalan KL ne, maybe timba ilmu dari couple dia kot..kaki jalan la katakan.

Firt time naik LRT kat atas tanah(keretapi la kalu org kampung panggil). Dulu berangan sangat nak naik keretapi org cakap best..tp bile naik ok gak boleh la rasa, ia tidak lah selaju LRT kat atas atas udara 2. Lembab ckit..jnji dapat rasa.huhuhu...Apa2 best dapat release tension walaupun duit dalam poket 0. Sudah lumrah kaum wanita kalau xshopping xsah. melayang jugak duit untuk baju. skrg nie kan Mega Sale, rambang mata dibuatnya. xpe r sebulan sekali katakan , lagipun raya dah semakin dekat.

Kalau x bergambar x sah rasa nya perjalanan kami..hahahhaha...sabar je la..



Derma Darah 2009


20-07-2009 tarikh yang pasti aku akan ingat sampai bile2..nak tau knp? pada tarikh 2 wujud keberanian yang luar biasa aku rase..ntah mcm mana bile teman aku iaitu umi ckap jom kak awin kita derma darah!!! mase 2 aku diam jap tp bile umi ckp bile kita derma satu nyawa kita selamat,timbul satu kekuatan dalam diri, yer la kan bila lagi nak menolong kalau nak harap kan wang ringgit memang xmampu, so dengan adanya kempen sebegini elok la rasanya kita sama-sama melakukan apa yang termampu. Bukan jauh pun bawah Ground Floor opis aku jer..Company yang anjurkan. Tp sebelum aku ambil keputusan nak derma darah terpikir gak xsakit ker ne?yer la aku pantang nmpk jarum...isssssh takutttttt...berkat dorongan kawan2 yang sama2 nak menderma aku kuat kan diri, kalau aku xcuba mcm mana nak tahu sakit ke tidak kan, thanks umi kerana berjaya membuatkan kak awin hilang rasa takut.huhuhuhuhuhu..biar muka pucat pun..hhahahahha.

Ujian pertama yang terpaksa aku harungi adalah ujian darah untuk menentukan aku layak atau tidak untuk menderma, alhamdullilah semua aku lepas tp doktor bagi nasihat supaya jaga makan kerana kebarangkalian untuk darah tinggi tu ada. Aku rasa la sebab takut kot 2 yang meter darah aku jd naik..yer la sapa xtakut woi jarum pun dah besar straw vitagen....naik meremang bulu roma.. nasib la semangat nak menderma 2 kuat kalau x mmg xnya aku menderma.

Bile saat nurse amik jarum adik ke akak ntah duk sebelah aku 2 bg perangsang, "dia cakap ala cam semut gigit jer..xrasa apa2 la.." coz dia dah kali ke 4 menderma so mmg xrasa la kot. Aku ni baru first time dah la kaki penakut jarum. Masa nurse masuk kan jarum 2 baru aku dapat rasa kan tidak lah terasa sakit sangat, betul la kata org amik darah xsakit. Baru aku tahu cm mane org derma darah rupanya, tp bile siap darah diambil lebih kurang 10 minit berehat terus aku turun dari katil then tunggu umi plak. Dapat aku rasa kan sedikit loya dan pening2 ckit. At least lepas segala ketakutan yang menyelubugi aku sebelum darah diambil.

Apa-apa pun best la dapat menyelamat kan satu nyawa(bak kata umi)huhu..pas ni insyaallah kalau umur panjang aku pasti nak menderma lagi. Dah tau kan macam mane rasanya. Xsakit pun, pening2 ckit pas menderma 2 biasa r. So kawan2 sesiapa yang layak 2 jom kita sama2 membantu yang lebih memerlukan.

Semoga Allah membalas jasa anda semua.Aminnn.

Sempat lagi posing walaupun darah tengah mengalir....hahahaa


Teman yang banyak memberi sokongan semasa menderma.TQ fiends.


Yeye..darah siap diamik..huh lega nya..tp takut masa jarum nak dikeluarkan...adoiiiii, tengok darah aku penuh satu beg....


Sijil Certificate yang boleh aku derma dimana sahaja.

Tuesday, July 21, 2009

Doa pagi...semoga hari kita di berkati.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..

Friday, July 17, 2009

Armstrong pijak tanah bulan


GAMBAR fail menunjukkan seorang angkasawan Amerika Syarikat di bulan.

Entry pasal kesahihan Neil Armstrong pernah sampai ke bulan pernah aku post dalam blog sebelum ini, pada entry tersebut ramai yang musykil adakah betul beliau pernah sampai ke tidak. Akhbar kosmo hari telah mengeluarkan artikal yang menunjukkan angkasawan tersebut sebenarnya pernah memijak bulan buat pertama kali nya. Tapi kebenaran yang sebenar aku pun tidak tahu kerana banyak fakta dalam internet mengelirukan. Pening2...

Korang baca artikal terbaru pasal angkasawan pertama dunia ini....


WASHINGTON - Imej mengagumkan yang menunjukkan angkasawan Neil Armstrong mendarat di bulan 40 tahun lalu disiarkan buat pertama kali oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Klip selama 50 saat itu menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo II dari sisi kanan.

Dia kemudian melangkah buat pertama kali di bulan.

Armstrong kemudian mengungkapkan ayat yang menjadi antara paling popular di dunia iaitu: "Itu merupakan satu langkah kecil untuk seorang lelaki...satu langkah gergasi untuk umat manusia."

Namun, sebelum Armstrong yang kini berumur 78 tahun membuat langkah bersejarah itu, dia berbual dengan bilik kawalan menerusi radio bagi memberitahu jaraknya dengan bulan.

Bilik kawalan NASA kemudian berkata: "Okey Neil (Armstrong), kami kini boleh melihat anda turun dari tangga."

Armstrong melangkah kaki di permukaan bulan pada 21 Julai 1969. - Agensi

Sumber: Kosmo online .com

Westlife







Shane,Mark,Kian,Nicky,Brian tp kini tinggal ber 4 disebabkan penarikan brian yang tidak lagi meneruskan Westlife.
Masa zaman muda2 (skrg dah tua) huhu..kiranya band boy ni paling aku minat..first time aku beli album artis antarabangsa. Aku ingat lagi time tu aku dalam form 5. Kiranya time 2 westlife paling top kalangan kami dulu, siap tampal poster dalam bilik, minat tahap cipan la konon. tp still minat lagi skrg lagu lama diorang. lagu baru kureng ckit r coz maybe dop kena dengan jiwa kot.

Bila diingat balik kenangan dulu semacam tidak percaya sebabnya dah lebih 10 year westlife wujud. Dulu kalangan diorg bujang2 tp sekarang hampir kesemua dah kawin, umur pun semakin meningkat,dah dewasa la. Kalau korang nak tau album aku beli dulu masih lagi ada dalam simpanan walaupun tidak lagi digunakan.. macam mana nak guna skrg ne mana ada org guna 'kaset'. mcm iklan dalam tv la "zaman dah berubah dunia dah maju", sejarah dulu hanya tinggal sejarah..tak tau la 10 tahun akan datang macam mane bentuk CD .ntah2 dah xlaku coz skrg ne pun semua boleh dapat kat internet. Download lebih jimat kan.huhuhuhu..mudah dah menjimat kan masa xpayah kuar beli.

Best nya kalau masa boleh diputar kembali, banyak kenangan dulu bila dingat rindu yang teramat sangat.

Thursday, July 16, 2009

Mengapa awak cintakan saya?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Kredit to mfaizan.Com

Nothing's gonna change my love for you

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young
And we both know they'll take us
Where we want to go

Hold me now
Touch me now
I don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy,
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me

You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too


Note: Lirik yang amat menyentuh perasaan..Thanks kepada insan yang sudi bagi lagu ne kepada aku..huhuhu.

Wednesday, July 15, 2009

Tomok & Isma


Tomok bersama dengan Isma dimajlis kesyukuran.


SAYANGKAN PEMINAT... Tomok dan kakaknya, Isma bergambar bersama-sama dengan para peminat.

50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina.Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.

Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line.Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda,berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja.Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber... itu saja.

Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin.Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak!Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening!Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita.Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk menjauhinya.

Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal!

Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat..Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita..begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !
50 cara tersebut:

1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. Let's just be friends.
8. Terima kasih atas mesej awak. But,I am not available at present. Hope you find your real mate soon.
9. Saya dah berkawan dengan ramai orang..jadi terima kasih sajalah.."
10. Saya betul-betul tak berminat, terima kasih.
11. Awak tak memenuhi citarasa saya.
12. Maaf..saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru.
13. Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya.
14. Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you.
15. Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin hubungan.
16. �Seronok berjumpa awak..tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa.Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. �Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini..�
18. �Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak... jadi maaf ya!
20. Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai"
21. Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi."
22. Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita.Terima kasih.
23. Saya dah berjumpa orang lain.
24. Saya bukan perempuan normal"
25. Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi.
26. Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama"
27. Terima kasih..tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet.
28. Saya dah kahwin.
29. Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia..Hubungan ini tak akan menjadi!
30. Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku.
31. Saya mencari seseorang yg lebih tua"
32. Saya mencari seseorang yg lebih muda.
33. Terima kasih tapi terima kasih sajalah... . Good luck.
34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak.Kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!
37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.
38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat..dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam.Jadi,tak boleh nak chat!
42. " Oh..saya tak sangka awak menaruh minat pada saya..tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza.."
43. Maaf... saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!
44. Bila dia mula cakap merapu..soal cinta..perasaan dan sebagainya..buat tak layan saja! Cakap topik lain.
45. I'm sorry, you seem like a really nice person, but I'm not interested.
46. Maaf..hubungan kita pasti tak akan menjadi..Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap..Carilah orang lain.
47. Tak berminat..terima kasih. Harap awak tak tanya lagi!
48. Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin.
49. Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!

Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja.Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk.Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!

Hanya anda saja yang boleh mengatasi masalah ini..

Terima kasih dan kredit kepada penulis asal.

Kebajikan akan menghapuskan keburukan

Sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)

· Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
· Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
· Tolonglah orang yang dianiaya!
· Berilah makan orang yang kelaparan!
· Berilah minum orang yang kehausan!
· Jenguk orang yang sakit!
· Hantarlah jenazah!
· Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
· Pimpinlah orang yang buta!
· Berilah petunjuk orang yang bingung!
· Muliakanlah tetamu!
· Berbuat baiklah kepada tetangga!
· Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
· Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
· Sedekahkanlah wang anda!
· Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
· Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

Marilah kita sama-sama lakukan apayang diatas..Insyaallah selamat dunia akhirat..

Ihsan : isuhangat.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

Sejarah Michael Jackson 1958- 2009


Michael Joseph Jackson (lahir di Gary, Indiana, Amerika Syarikat, 29 Ogos 1958 - meninggal dunia di Los Angeles, California, 25 Jun 2009 pada usia 50 tahun.

Penyanyi dan penulis lagu ini terkenal sebagai "Raja Pop" dan mempopularkan gerakan tarian "moonwalk".

Albumnya yang dikeluarkan pada 1982, Thriller, adalah album terlaris di dunia, dengan penjualan melebihi 104 juta keping di seluruh dunia.

Michael memulakan kerjaya bernyanyi pada usia lima tahun sebagai anggota kumpulan vokal keluarga Jackson (kemudian menjadi The Jackson 5) sebelum mengeluarkan album solo pertamanya Got to Be There pada 1971. Sebagai anak ketujuh daripada keluarga Jackson, beliau membuat kemunculan sebagai penyanyi profesional pada usia 11 tahun sebagai anggota Jackson 5.

Pada awal 1980-an, beliau lonjak menguasai bidang muzik pop di Amerika terutama selepas MTV menyiarkan persembahannya antara lain dengan lagu "Beat It", "Billie Jean" dan Thriller yang dianggap mengubah video klip menjadi sebuah bentuk karya seni dan sebagai alat promosi.

Video seperti "Black or White" dan "Scream" membuat Michael menjadi tarikan utama MTV pada 1990-an. Selain nyanyiannya, Michael turut mempopularkan teknik menari seperti robot dan moonwalk. Suara dan gaya vokal Jackson mempengaruhi dan diikuti oleh banyak penyanyi hip hop, pop dan R&B.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi menjadikan beliau dikenali sebagai "Raja Pop". Bagaimanapun tanggal 25 Jun yang lalu dunia dikejutkan dengan berita kematian sebagai ikon muzik, fesyen dan tarian. Pemergianya meninggalkan zaman kegemilangan yang akan sentiasa diingati generasi seterusnya.

Tip menghilangkan mengantuk semasa memandu

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya (penulis asal), sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan
membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan
anda ditambah dengan ayat"

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.

Semoga bermenfaat!

Wallahualam..

Rujukan: isuhangat.blogspot.com

Thursday, July 9, 2009

Jangan Over!!!!!

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda..

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif

16. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee.he...

Wednesday, July 8, 2009

Makan ,makan,makan,, adoiiiii

kalau nak dikira pasal bab makan...memang xkan habis, makan la buat kita hidup dan kerana makan la buat kita xleh hidup lama..hahhaha..setuju x korang ngan pendapat aku?apa-apa pun makan itu wajib bagi setiap yang bernyawa.

Bukan apa aku buka story makan ni..sepanjang minggu lepas, aku n the geng asyik makan kat luar jer...ada yang belanja xkurang juga guna duit sendiri..tp paling best bila makan orang support r...pape pun thanks pada yang support aku makan..uhuhuhu..budi mu akan Allah saja yang dapat membalasnya..Amin...

Makan memang best tapi time timbang berat badan paling ngeri bagi aku,yer la apa x ngeri nya sekali timbang berkilo2 naik..arrrrrrrrrrrrrhhhhh...tension tol la...klu xmakan kan lapar plak..kalau ter"over" makan jadi cm ner la...Xper la aku akan berusaha turunkan berat badan yang paling idea...kena ngan ketinggian aku...hahahhahaha...

So walau apa pun yang berlaku kita hendaklah enjoy apa yang kita lakukan...

Fresh oren & Soya bean, mane satu aku nak minum ne...fening2...fazi tgk nape 2?renung kat sape?huhuhu


Nasi goreng seafood...yumiiii- Rm 5.oo , nasi tomyam Rm 6.90, nasi sup tomyam Rm 6.90


Antara restoran yang sempat di explore...



Kalau anda ter liur boleh la singgah mane2 restoran yang berdekatan..

Tuesday, July 7, 2009

Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Aku yakin kalau sesiapa ada terjumpa kat mane2 iklan macam ni..konfem ramai yang terfikir sejenak apa maksud disebalik makna nya kan...So mari lah kita renung sejenak apa yang kita akan lalui apabila diSANA nanti.
Rujukan: iluvislam.com

Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda:

لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

Info: Isuhangat.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

Hang Out..

Hari minggu pasti ditunggu oleh setiap yang bekerja , termasuklah aku..dah lama rasenya xkuar jalan2 ramai2 sejak 2 menjak ne..biasa la selain keje yang xpernah abis ditambah plak ngan masalah yang xdapat dielakan oleh masing2...

Dapat kuar ramai2 cm ni mmg best..kepala kurang serabut sangat..mcm2 gelagat dan ragam yang ada..release tension sekali sekala..tp kami kuar bukan la sesaja...ada dalam kalangan kami yang nak beli laptop baru....huhuhu..sori ek bocor rahsia...hahahhahahaha..sambil cuci mata dapat gak buat tinjauan untuk beli laptop...biasa la kan nak bile yang "baik punya" bukan senang...bukan murah beb..sayang duit kalau dapat yang xok...so kami bawak sekali pakar komputer datang...hahhaha.. Dia ada xlah kami buta sangat..kurang2 tokey kedai xleh nak kencing kami ne..."walaupun"...huhuhuhu..

Walaupun apa pun best la dapat kuar setelah penat memerah otak kat opis..so next month wait yer friends..kita hang out again...hahhahah..saving money first...hihihihi..





Inilah muka2 yang tidak pernah kenal erti penat dan giler berposing..