Wednesday, November 3, 2010

Persaingan Sengit Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 menyaksikan 30 buah lagu layak dipertandingkan yang mana dapat disaksikan muka-muka baru dalam industri muzik tanah air. Sudah pasti malam Separuh Akhir akan menjadi hebat dan menjanjikan persaingan yang sengit. Kalau dilihat lagu-lagu yang dicalonkan kebanyaknya mempunyai sejarah dalam acara berprestij ini.

Separuh Akhir Muzik-Muzik akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 8, 15 dan 22 November 2010. Ia akan disiarkan dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pukul 10 hingga 11.30 malam.

Hanya 12 buah lagu sahaja yang layak ke Anugerah Juara Lagu adalah berdasarkan permakahan juri yang akan diumumkan sejurus selepas separuh akhir muzik-muzik bahagian tiga.

Gambar ihsan dari FB Tomok
Tomok mempertaruhkan lagu "berlari" dimalam separuh akhir nanti


Antara lagu yang akan bersaing adalah seperti berikut:

1. Inikah Cinta - Akim
2. Sejujur Hatimu - Adibah Noor
3. Sorea jane - Black
4. kau Harus Ada - Hujan
5. Adrennalin - Faizal Tahir
6. Tika Masanya - Mirwana & Hujan
7. gerak Hati - Azlan & The Typewriter
8. Pelita - A.P.I
9. Cinta Sempurna - Yuna
10. Nadiku - Sabhi Saddi
11. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
12. Ku Ada Kamu - Adira
13. Manifestasi Cinta - Fiq & Mirwana
14. Hanyut - Faizal Tahir
15. Jahat - Stacy
16. Cinta - Mohd
17. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
18. Mencari Konklusi - Hujan
19. Selamat Malam - Faizal Tahir
20. Drama King - Meet Uncle Hussain & Black
21. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali
22. Extravaganza - Bunkface
23. Oh Juwita - Nubhan
24. Menggegar Dunia - Adam & Stacy
25. Susun Silang Kata - Aizat
26. Cinta Kosmik - The Fabulous cats
27. Realiti Dewi - Alyah
28. Noktah cinta - Hafiz
29. Berlari - Tomok
30. Bersamamu - Joe Flizzow

Kredit : Tupai.com

p/s: Tulisan berwarna hitam yang aku jangka akan mara ke FINAL nanti..apa-apa pun itu sekadar ramalan peribadi jer.....korang cm ner lak????


No comments: