Kembangkan ilmu agar sinarnya gemersik
Jua usah alpakan ia dari sukmamu
Kerana ia akan bersemadi
Bersama kesinaran di alam maya ini
Sinarilah dirimu
Dengan titis-titis keimanan
Dan banjirilah
Ia dengan ketaqwaan
Pelajaran, cita-cita dan keimanan
Boleh diibaratkan seperti
Air, baja dan cahaya
Yang boleh menyuburkan tanaman
Basahi lah bibirmu dengan
Berzikir kepada tuhan
Tenangkanlah jiwamu dengan
Membaca Al-Quran
Bercintalah dengan pelajaran
Berkahwinlah dengan kejayaan
Jangan berbulan madu dengan kegagalan
Inilah lumrah kehidupan manusia...
No comments:
Post a Comment