Tiket untuk teater ne sponser by Istana Budaya (IB) untuk kawan aku fiza (aku panggil zan jer) coz dia pegang akaun tuk portal IB ni.. Memang hasrat untuk menonton teater sudah lama terpendam coz siapa yang xnak tgk kan..kalau siapa yang suka seni mmg inilah tempat yang paling diorang suka..aku rasa lah.. Alang2 tiket free untuk 4 orang apa lagi semalam kiteorg pn dengan exited p tgk .
Mula2 boring gak coz cerita ne berkisarkan zaman dahulu kala tp versi moden..satu lagi bahasa yang digunakan langsung aku xphm..yer la nama pun teater mesti bahasa yang digunakan begitu simbolik a.k.a sastera. Ingat kan aku jer yang xphm rupa2 nya umi ngan zan pn sama..mmg buta seni tul la kiteorg ne..hahahhaha..tp pertengahan cerita dah mula phm ckit2 ...seronok la ckit kerana apa yang nak disampaikan tu aku boleh hayati..rupa2 nya best gak...cerita ne xlah street sgt kerana para pelakon pandai mainkan peranan dan ada unsur2 lawak ckit2..
Walaupun ini adalah first time aku tonton teater boleh katakan teruja la nak ulang sekali lagi..kalu ada yang nk sponser tiket lg...(zan phm2 je la pas ne konsert Siti plak eh..) hahahha ...orang kate nak menaikkan martabat orang melayu inilah tempatnya...Imiginasi pegarahnya buatkan aku kagum kerana boleh luah kan idea sebegini indah...tahniah aku ucapkan tuk pegarah dan juga pelakon2.
Mainan pentas jga menarik.. baru aku tahu kebenaran kata2 orang IB antara pentas tercanggih didunia. Sound system juga menarik kerana itulah kekuatan sesebuah persembahan. Syabas untuk IB.
Antara pelakon utama yang menjayakan teater ' Mana Setangginya'
1. Azizah Mahzan
2. Sabrina Ali
3. Tony Yussoff
4. Shaharuddin Tamby
Ini adalah gambar yang sempat dirakam selepas selesai menonton...
No comments:
Post a Comment