Monday, June 15, 2009

Antara Cinta dan Persahabatan

Andainya diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya,
akan ku pilih kedua-duanya sekali.
Kerana bagiku ia sama penting dan bernilai dalam hidupku.

Cinta…..
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya.
Kerana di sebalik keindahan lukisan cinta itu,
akan tesirat seribu khayalan yang pastinya akan merentap
ketenangan jiwa tatkala ikatan di lamar kekusutan.
Namun, ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan.
Hakikatnya rasa CINTA adalah suatu kurniaan Ilahi yang lahirnya ia adalah
untuk setiap insan yang berakal, berhati dan berperasaan.


Persahabatan………
Suatu ikatan yang lahir dari keinginan untuk bersahabat,
berkongsi tangis dan tawa, berkasih sayang serta bermuafakat.
Sesungguhnya, sahabat adalah tempat berbicara tulus tentang impian dan pengertian hidup.
Persahabatan yang suci adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
dihiasi dengan keikhlasan dan diwarnai dengan pelangi ketulusan.
Sekirannya terjadi gunting dalam lipatan….maka pincanglah keluhuran sebuah PERSAHABATAN.

Teman…mengertilah maksudku.
Sesungguhnya apa yang tersurat,
itulah yang tersirat di hati ini sejak sekian lamanya tugu persahabatan terbina.
Hanya yang ku pinta, cuma sedikit perhatian dan gurau tawa dari teman yang
paling ku sayangi dan kusanjungi selamanya.
Ku relakan perginya CINTA andai ia dapat membeli sebuah PERSAHABATAN yang sejati dan abadi selamanya.

Walaupun tidak diungkapkan dengan kata2 tetapi ia tidak bermaksud tidak sayang atau cinta.
Tinggal Teman… Tinggal Senyuman……………….

2 comments:

Princessgathis a.k.a CinTa said...

for me, i choose "BOTH"
CINTA: die membangkitkan semangat n menjatuhkn semangat seseorg..dari segi +ve die akan membuat seseorg bahagia seperti bunga yg sedang berkembang...dari segi -ve, terpulang pada org itu mencorakkan cinta mereka. i thing u know what i mean...

SAHABAT: sama seperti CINTA, tp sahabat akan kekal selamanya...sahabat n kawan lain mknanya bg aku, sahabat bermksd suka duka bersama, kawan bermksd suka je bersama, duka ?????

so, jd la SAHABAT yg ikhlas untuk membangkitkan aura CINTA yg sejati....

Awien Heritage said...

tul 2..sy stuju sahabat biasanya ssuh senang bersama..kwn??? tau jer la cm ner.....