Bahan-bahan:
2 kilo usaha yang gigih
2 sudu disiplin
1 cawan teknik belajar
1 kilo kesabaran yang penuh
3 sudu daya saingan
2 kilo tidak putus asa
3 cawan keyakinan diri
Bahan-bahan untuk membuat krim:
1 kilo dorongan ibubapa dan guru
2 sudu tidak putus asa, amal ibadat yang cukup
Cara-cara membuat kek:
1) Masukkan 2 kilo usaha yang gigih kedalam acuan.
Kemudian campurkan bahan tadi dengan
2 sudu disiplin dan kacau sehingga sebati.
1 cawan teknik belajar dan 1 kilo kesabaran yang penuh
dimasukkan ke dalam acuan tadi. Selepas itu,
3 sudu daya saingan dimasukkan perlahan-lahan.
Campurkan pula 2 kilo tidak putus asa dan 3 cawan keyakinan diri.
2) Setelah dikacau rata, adunan ini sedia untuk dimasukkan
ke dalam SEMANGAT dengan suhu 100%.
Cara membuat krim:
3 sudu dorongan ibubapa dan guru dimasukkan ke dalam acuan,
kemudian 2 sudu tidak putus asa serta amal ibadat yang secukupnya
dicampurkan kedalam bahan tadi dan kacau sebati.
Sekarang adunan ini sedia untuk disapukan pada
kek di atas yang telah dipastikan sejuk.
Selamat mencuba untuk kawan2 ku...
No comments:
Post a Comment