Norhaslinda Jaffar, 34, ditemui mati dalam keadaan berulat dan berbau busuk oleh rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar negeri kira-kira pukul 5.30 pagi.
Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
"Rakan mangsa yang berusia 40an terhidu bau busuk ketika masuk ke dalam rumah, terkejut apabila menemui mayat mangsa yang sudah berulat di dalam bilik air,” katanya.
Arjunaidi berkata, mangsa dipercayai telah mati lebih tiga hari lepas.
Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Bernama
Awien Heritage --> Jangan biarkan orang tersayang keseorangan dirumah...sentiasa pantau terutama ibubapa yang telah uzur, takut2 kejadian yang tidak diingin berlaku.....pesanan untuk diri sendiri juga...
No comments:
Post a Comment