Tuesday, January 18, 2011

Aamir Khan jarang mandi


AAMIR bakal muncul menerusi filem sulung arahan isterinya, Kiran yang berjudul, Dhobi Ghat.


KEDENGARAN agak pelik tetapi memang benar aktor terkenal Bollywood, Aamir Khan sebenarnya jarang mandi. Malah, itulah satu-satunya sikap Aamir yang tidak disukai oleh isterinya yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Kiran Rao.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak suka tentang Aamir adalah dia jarang mandi.

"Percayalah, dia tidak mandi dengan kerap," akui isterinya tentang habit suaminya itu.

Menyedari tabiat buruknya itu didedahkan, Aamir cuba berdalih dengan mengatakan: "Saya mandi setiap kali keluar rumah untuk bekerja.

"Saya cuma tidak mandi jika saya tidak keluar rumah atau dalam percutian."

Filem lakonan terbaru Aamir hasil arahan pertama isterinya yang berjudul Dhobi Ghat bakal ditayangkan di India bermula 21 Januari ini.

P/s : macam2 hal dengan dunia artis ni..kelakar pom ada...ada ke patut isu mandi pom boleh jd bahan berita...hahhahaha..lawak2.....

No comments: