Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kekosongan itu disebabkan graduan atau pencari kerja terlalu memilih dan berpendapat pekerjaan ditawarkan itu tidak menepati minat mereka.
Beliau berkata selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Kolej East West (EWC) dan organisasi penganugerahan sijil vokasional terkenal United Kingdom, City&Guilds.
Melalui perjanjian itu, pemegang Sijil Kemahiran Mara hanya perlu menduduki peperiksaan khas City&Guilds bagi membolehkan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan mencari pekerjaan di luar negara.
Maznah berkata, statistik pengangguran di negara ini menurun daripada 3.5 peratus pada suku tahun pertama tahun lalu kepada 3.1 peratus penghujung Disember lalu.
P/S : Ayuh anak-anak muda sekalian..sama-sama kita menjana ekonomi negara kita..jgn harap sgt warga asing.....kita tonggak harapan bangsa di masa2 akan datang...
Sumber Berita Harian
No comments:
Post a Comment