Tuesday, January 11, 2011

Bahaya hias kereta dengan anak patung

Awien Heritage berkata==> Peringatan ini saya dapat dari salah seorang kawan melalui email saya tadi....Sebagai langkah berjaga-jaga elok la kiranya kita khasnya wanita mengambil serius apa yang diceritakan oleh salah seorang daripada kita.....

Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”

“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”

“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.


“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!

Kredit kepada pemberi maklumat....info yang amat baik untuk dikongsi.....

3 comments:

myranaqi said...

berguna ar info ni..mtk share bleh??

Awien Heritage said...

silakan...sebarkan untuk peringatan bersama...:)

Awien Heritage said...

silakan...sebarkan untuk peringatan bersama...:)