Tuesday, December 28, 2010

Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu????

Pekung laser Indonesia terdedah

Perang Twiter dan Facebook mengenai 'Piala Suzuki AFF 2010' dimana semua tahu Malaysia mencatat kemenangan 3 o ke atas Indonesia...Perang tersebut menyalahkan peminat Malaysia yang sengaja menganggu permainan dengan pancaran laser keatas penjaga gol.....Rata2 akhbar negara jiran melaporkan berita tersebut....ini sedikit mencacatkan perlawanan....Tetapi apa yang pemerhati nampak peminat Indonesia yang mulakan dulu...ikuti berita dari Kosmo.


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.

No comments: