Friday, December 31, 2010

Selamat tahun baru 2011

Tinggal beberapa jam lg kita akan melangkah ke tahun 2011...AWIEN HERITAGE ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia dan juga semua pengikut setia blog AWIEN....

Semoga ditahun baru kita semua lebih berjaya di dunia mahupun akhirat........

2011 AWIEN HERITAGE LEBIH BAIK INSYALLAH

Thursday, December 30, 2010

PM Najib dan Pemain MU Rio Ferdinand ucap tahniah


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF adalah sesuatu yang membanggakan.

“Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia. Pasukan muda memberikan kita kebanggaan dan kita mesti bina kejayaan ini untuk menggerakkan bola sepak maju ke depan pada tahap yang lebih tinggi.


“Ini bagi memastikan apa yang kita capai malam ini bukan satu yang sepintas lalu, tapi permulaan dalam sejarah bola sepak kita sebagai yang besar,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, malam tadi.

Beliau melahirkan harapan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia akan menjadi inspirasi kepada belia negara.


Najib juga mengucapkan tahniah kepada jurulatih pasukan Malaysia, K Rajagobal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan semua penyokong bola sepak negara.


Malaysia menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia, malam tadi.

dan ini pula petikan kata-kat pemain hebat Manchester United Rio Ferdinand mengucapkan tahniah...cam xcaya lak...hehehe....apa2 MALAYSIA MEMANG HEBAT!!!!!!!!

“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.

Malaysia JUARA Piala SUZUKI Agregat 4 - 2

HARIMAU MUDA HERO MALAYSIA YOU ALL THE BEST IN THE WORLD!!!!!!!!!!!!!!!!

Itu perkataan yang layak diberikan kepada hero2 kita.....Sudah lama rasanya Rakyat Malaysia sepi memperkatakan tentang bola sepak kita....Nah sekarang K.Rajagopal membuktikan keupayaan membawa perubahan pada skuad yang dah lama menyepi di mata peminat Malaysia...Dengan mengetengahkah barisan yang boleh dikatakan muda2 K.Rajagopal berani mengambil risiko...Dan ternyata ia membuahkan hasil yang sungguh menakjubkan kita semua....tahniah sekali lagi diucapkan....ANDA SEMUA THE BEST!!!!!!!!!!

Khairul fahmi, Safe Sali, Nor Shahrul Idlan Talaha, Safek Rahim antara nama2 yang meniti dibibir peminat2 Malaysia...Ayuh buktikan kepada kami semua anda boleh lakukan yang lebih baik dimasa2 akan datang......KORANG HERO DIMATA KAMI SEMUA......

MALAYSIA 4 Indonesia 2

Wednesday, December 29, 2010

Sekadar Ramalan Malaysia 2 Indonesia 1

Tajuk Entry sekadar Ramalan AWIEN HERITAGE.....huhu...kalau MALAYSIA lg banyak score pom ok gak...AYUH rakyat MALAYSIA kita pakat Sokong wira kita berjuang....Usah layan komen2 Negatif Penyokong Fanatik Indonesia...Biar kita menerima kutukan itu dengan tenang.....

AYUH HERO2 HARIMAU MELAYA BANGGAKAN RAKYAT MALAYSIA, KEMBALIKAN MARUAH BOLA SEPAK KITA DIMATA DUNIA.......

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 1 MALAYSIA

Menawan Kalbu!!!!!!!

Nantikan kemunculan di Malaysia....Kalau dapat duduk sebelah driver pom dah dikira bertuah...hehehe.....klau boleh bawak lg cun...huhuhu....

Gambar ihsan dari FB Linda Onn....

Lelaki 110 tahun ingin kahwin lagi


AHMAD menunjukkan kad pengenalannya bagi membuktikan tarikh lahirnya semalam.


ALOR SETAR - Anda mungkin terkejut apabila seorang warga emas yang berusia lebih 100 tahun masih berkeinginan untuk berkahwin bagi mengubat kesunyian.

Biarpun mata kabur dan pendengaran kurang baik, namun Ahmad Md. Isa, 110, yang lahir pada 7 Oktober 1909 masih sihat dan mengingati kisah silamnya kelihatan bertenaga seolah-olah umurnya 70 tahun.

Beliau memberitahu, walaupun dia dijaga dengan baik oleh anak perempuannya, Fatimah, 64, namun dia masih berhajat untuk berumah tangga kerana mahukan teman untuk berkongsi hidup.

"Saya terasa sunyi tanpa teman. Tidur malam berasa takut, jika ada teman tidaklah berasa sunyi boleh bersembang dan bercerita kisah suka dan duka.

P/S: Masih nmpk sihat jer Atuk ni..Mcm mne ek dia jaga kesihatan????Sape boleh tye apa atuk ni mkn?????hehehe...l

Sumber Kosmo

Tuesday, December 28, 2010

Cara Hidup Orang Berjaya..Warren Buffet

Yang menarik pasal Warren Buffet

Cara diorang berfikir boleh kita ambil sebgai panduan untuk lebih berjaya dan bersaing secara positif...Jom kita lihat info menarik mengenai Warren Buffet seorang Pelabur Lagenda yang berjaya.

Artikel berikut adalah merupakan rangkuman satu jam wawancara CNBC dengan pelabur legenda nombor satu dan orang yang terkaya di dunia.

* Berikut 9 aspek kehidupan Waren Buffet yang sangat menarik: *

1. Buffet sudah bermula melabur sahamnya pada usia 11 tahun, dan dia sangat menyesal memulakan pelaburan saham di usia yang terlambat.

2. Dia membeli sebuah tanah pertanian kecil pada usia 14 tahun dari hasil tabungannya menjadi berita di akhbar.

3. Dia tetap hidup sederhana dengan gaya hidup yang tidak berubah, memiliki rumah dengan 3 bilik tidur kecil di kota kecil omaha, yang dia beli setelah dia berkahwin 50 tahun yang lalu, rumahnya tidak memiliki pagar.


4. Dia memandu keretanya sendiri tanpa seorang pemandu ataupun bodyguard di sebelahnya.

5. Dia tidak pernah menggunakan jet peribadi, walaupun dia memiliki perniagaan jet peribadi terbesar di dunia.

6. Syarikatnya, Berkshire Hathaway, memiliki 63 cawangan perniagaan. Dia hanya menulis 1 surat setiap tahun ke ceo perniagaannya tersebut, memberikan mereka hala tuju bisnes yang harus dicapai setiap tahun. Dia tidak pernah mengadakan meeting atau menelefon ceo2 tersebut, ia hanya memberikan 2 buah peraturan:

1. Rule number 1: Jangan pernah membawa kerugian kepada para pemilik saham
2. Rule number 2: Jangan pernah lupa aturan nombor 1
(hehe…canggih juga ya…)

7. Ia tidak pernah bersosial di kelab-kelab orang kaya. Waktu luangnya setelah ia tiba di rumah ia gunakan untuk membuat popcorn, dan menonton tv.

8. Bill gates, bekas orang terkaya di dunia, tidak pernah berminat untuk menemui Buffet kerana tidak melihat adanya kesamaan yang mereka miliki, namun 5 tahun yang lalu Bill mencuba membuat agenda untuk bertemu dengan Buffet hanya selama 30 minit.Namun meeting tersebut menjadi 10 jam.

9. Buffet tidak pernah membawa hanphone dan pc/laptop di mejanya.

Nasihatnya untuk anak muda :

Jauhi kad kredit dan laburlah sendiri dan ingat!

1. Wang tidak menciptakan manusia. Namun manusia boleh menciptakan wang….

2. Jalani kehidupan anda sesederhana diri anda sendiri. Yang penting diri anda selesa…

3. Jangan lakukan apa yang orang lain katakan. Dengarkan saja mereka, namun lakukanlah hanya apa yang membuat anda merasa senang (feel good)

4. Jangan membeli barang kerana jenamanya.pakailah pakaian yang memang membuat anda merasa selesa.

5. Jangan menghabiskan wang anda untuk barang-barang yang tidak penting. Gunakanlah wang anda secara bijaksana untuk keperluan yang memang benar-benar anda perlukan.

6. Akhirnya, ini semua adalah kehidupan anda.
Hidup ini hanya sekali. Mengapa anda harus memberikan orang lain kesempatan untuk mengatur hidup anda?. Hiduplah dengan gaya anda sendiri, yang penting anda senang, anda puas, anda selesa & anda bahagia…

Sedikit tambahan :

Ia menghabiskan wang simpanannya untuk memborong saham-saham fmcg seperti coca-cola, wrigley`s, unilever, gilette, & p&g…

Yang menarik dari warren buffet adalah:

Ia sangat2 konservatif

Dia tidak pernah mau melaburkan wangnya ke saham-saham teknologi. Da bersikeras tidak mahu membeli satu unit pun saham2 google, amazon, & microsoft…

“saya hanya mahu melabur pada bidang industri yang saya faham. Jujur saja, saya tidak mengerti industri it, yang saya tahu selama orang-orang masih mengunyah gula-gula getah dan menggunakan sabun untuk mandi maka saham-saham perniagaan tersebut pasti akan terus naik ….”

*warren buffet*

Sumber artikal dari isuhangat.net

Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu????

Pekung laser Indonesia terdedah

Perang Twiter dan Facebook mengenai 'Piala Suzuki AFF 2010' dimana semua tahu Malaysia mencatat kemenangan 3 o ke atas Indonesia...Perang tersebut menyalahkan peminat Malaysia yang sengaja menganggu permainan dengan pancaran laser keatas penjaga gol.....Rata2 akhbar negara jiran melaporkan berita tersebut....ini sedikit mencacatkan perlawanan....Tetapi apa yang pemerhati nampak peminat Indonesia yang mulakan dulu...ikuti berita dari Kosmo.


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.

Monday, December 27, 2010

10 Bandar Pulau di Dunia

Jom saksikan Bandar-bandar di tengah-tengah Pulau...Menakjubkan..Subhanaallah.....Agongnya CiptaanMu Ya Allah....

Lindau
- Germany
Lindau

Santa Cruz del Islote - Colombia
Santa Cruz del Islote

Mexcaltitan - Mexico
Mexcaltitan

Trogir - Crotia
Trogir

Nesebar - Bulgaria
Nesebar

Flores - Guatemala
Flores

Malé - Maldives
Malé

Manhattan - United States
Manhattan

Venice - Italy
Venice

Bayar jika ingin ke luar negara

Hutang2....Tajuk diatas bg peminjam PTPTN..Bagi peminjam Mara plak cam ner ek?? hehe...


SYARAT baru PTPTN tidak membenarkan peminjam disenarai hitam keluar negara kecuali menjelaskan sebahagian hutang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bayar RM2,000 atau RM3,000 dahulu jika peminjam yang disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin ke luar negara.

Itu syarat baru yang ditetapkan oleh PTPTN kepada semua peminjam yang disenarai hitam bagi membolehkan peminjam terbabit ke luar negara tetapi untuk satu perjalanan sahaja.

Kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said, pihaknya hanya membenarkan peminjam membersihkan namanya daripada disenarai hitam untuk ke luar negara bagi urusan rasmi sahaja.

“Contohnya untuk tujuan perubatan dan melanjutkan pelajaran, dan segala pelepasan itu mestilah disertakan dengan bukti keperluannya untuk ke luar negara,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau menambah, jika sebelum ini peminjam yang disenarai hitam hanya membayar ansuran sekurang-kurangnya RM50, tetapi apabila ingin ke luar negara, sejumlah wang itu perlu dijelaskan dahulu.

Sumber Kosmo

Bekalan Selesa 3 - 0


LINCAH...Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
LINCAH...Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

“Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik. Teruskan Membaca

Sunday, December 26, 2010

Jom Sokong Harimau Muda Kita......Malaysia Boleh

Inilah barisan kita

pix_gal0
Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang final pertama di Bukit Jalil - Rajagobal

HANYA ada satu matlamat apabila pemain melangkah ke dalam padang Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok - kemenangan!
Mengerti betapa kelebihan bermain di gelanggang sendiri dalam final pertama ini harus dimanfaatkan sepenuhnya, jurulatih K Rajagobal menegaskan anak buahnya yang akan berdepan Indonesia dalam final pusingan pertama Piala AFF Suzuki, turun untuk mencari kemenangan sebelum mengalih tumpuan kepada final kedua di gelanggang lawan.
“Selaku jurulatih dan beraksi di gelanggang sendiri, sudah tentu saya tidak mempunyai pilihan lain, selain menundukkan lawan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Rajagobal gembira kerana matlamatnya itu dikongsi barisan pemain muda negara yang berjanji akan turun dengan semangat juang tinggi untuk memburu kemenangan bagi mencari bekalan selesa sebelum pusingan kedua di tempat lawan, Rabu depan.

“Pemain sudah bersedia menyahut cabaran final,” katanya. “Lebih menggembirakan saya, mereka menunjukkan semangat luar biasa dan tidak sabar untuk menanti pertembungan itu,” katanya.

Ditanya tumpuannya dalam sesi latihan menjelang perlawanan, Rajagobal mengakui memberi fokus kepada beberapa aspek permainan tetapi enggan mengulas lanjut.
“Walaupun lawan nampak kuat di semua bahagian, saya percaya mereka mempunyai kelemahan. Perkara itu yang kita beri tumpuan khusus supaya kelemahan itu dapat dieksploitasi sepenuhnya,” katanya.

Mengenai keadaan dua tonggak yang cedera - Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri - Rajagobal berkata, kedua-dua semakin pulih terutama Amirulhadi.

“Masih ada masa dan saya yakin Amirul sempat pulih untuk diturunkan,” katanya.

P/s : Awien Heritage skor Malaysia 2 Indonesia 0...Jom Hero kami..Banggakan Rakyat Malaysia....

Sumber : Berita Harian

Dua beradik buat Onar

Keratan Akbar dri Metro

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.


Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.Teruskan membaca

P/s : Setitik air mata ibu jatuh azab api neraka kita rasa...astarfirullah al azhim...Jauhkan aku dan adik beradik ku dari melukakan hati nya Ya Allah..

Thursday, December 23, 2010

Koleksi Kereta Pelik dan Unik


Terpikir dlm kepala otak aku.....ada ker orang bwk kereta-kereta ni kat tengah jln...Kalau kat Malaysia etahu aku xpernah lagi nih....hehehhe...Korang ada nmpk?????? Klu ada nk gak aku bergambar...hehehhe...tu yang pastinya....:)

Jom kita tgk same2..kot2 la terjupe kat mana2 di Malaysia ni...Semua gambar ni adalah di Luar negara...



















Kereta Peronda terbaru PDRM

Stylo Dorrr..konfem best bile kejar penjenayah ni...setaraf hollywood.....Malaysia Boleh....


Sumber gambar dari Mediamalaya

Wednesday, December 22, 2010

Ferrari Theme Park

Ferrari Theme Park kat Abu Dhabi. Baru bukak dalam October 2010 ….

agak-agak berapa USD nak masuk nih?

Wow..bila la agak2 nya boleh melawat tempat ni ek??????Teruja nih....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sumber Amazingnara.com

Malaysia boleh..Ayuh Harimau Muda..Kamo Semua Boleh......

Siaran langsung di RTM- Jom Kita Sokong Hero2 kita...


PEMAIN negara gigih berlatih di padang Wisma FAM semalam sebagai persediaan menghadapi Indonesia, Ahad ini.


RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perlawanan dijangka bermula pada pukul 8 malam.

“Kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha untuk membuat siaran langsung,” katanya selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di Kuala Lumpur semalam.

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung lewat 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak tempatan.

Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan.

Begitupun, penyokong diharap terus memenuhi Stadium Nasional di Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada skuad muda negara menghadapi Indonesia.

Indonesia perlu diberi pengajaran selepas menewaskan skuad bimbingan K. Rajagobal itu 1-5 pada perlawanan peringkat kumpulan 1 Disember lalu.

Sumber : Kosmo

Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Ciplak Konsep 1 Malaysia



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari negara lain.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

"Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketikaberucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, Selasa.

Dalam nada tegas, Najib berkata, kerajaan melangkah ke hadapan berasaskan kepada realiti dan bukannya sesuatu yang menjadi satu igauan atau yang direka.

"Amat mudah untuk kita buat sesuatu sebagai 'politik janji' tetapi apakahperkara itu yang berdasarkan pendekatan yang amat populis akhirnya akan menguntungkan kita atau sebaliknya?," soal beliau sinis.

Najib berkata, untuk membangunkan negara dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harus mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang juga penuh tanggungjawab.

"Kerajaan bertanggungjawab memerlukan dasar-dasar yang bertanggungjawab...bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti sebenar," katanya.

Najib sebelum ini dibidas beberapa pihak, khususnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya kerajaan, melalui firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide menciplak konsep 1Malaysia, berdasarkan konsep OneIsrael yang dicipta syarikat itu untuk Israel pada 1999.

Dakwaan itu menyebabkan Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimenmendapati dakwaan itu tidak benar.

Selain Anwar, tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) turut menerima nasib sama setelah didapati menghina dewan atas isu yang sama.

Dalam pada itu, menyentuh isu bonus kepada penjawat awam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan akan diberikan sebaik mungkin sekiranya kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh.

Dengan nada berseloroh, beliau berkata, kerajaan faham apa yang dimahukan oleh Ceupacs, tetapi katanya kerajaan harus bersikap realistik dalam perbelanjaannya.

"Kita akan buat yang terbaik (untuk rakyat) tetapi terbaik itu dalam konteks yang termampu...saya paling suka kalau boleh bagi bonus kerana saya dapat lihat 1.3 juta penjawat awam seronok, muka ceria, senyum...tetapi kita harus bersikaprealistik...kita tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan," katanya.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan tidak mahu terpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semata-mata untuk membayar gaji penjawat awam.

"Kalau kita buat itu, tunggu masa kita akan menjadi negara yang ditadbir oleh IMF. Kalau IMF sudah mentadbir tidak ada gunanya kemerdekaan yang telah diperjuangkan, tidak ada maknanya kalau kemerdekaan dan kedaulatan kita dikuasai oleh badan antarabangsa seperti IMF," kata beliau.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 1,171 perwakilan yang hadir, Najib turut mengingatkan penjawat awam, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan supaya memahami Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan.

Katanya, ia penting kerana layanan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan itu merupakan cermin kepada imej kerajaan.

"Yang bertugas di barusan hadapan ini mesti tahu bahawa layanan yang diberikan itu adalah cerminan imej kerajaan. Kalau kita buat program transformasi tetapi di peringkat barisan hadapan ini tidak berlaku perubahan kerangka minda, maka akan berlakulah rasa kecewa.

"Mereka (rakyat) akan rasa kecewa dengan kerajaan kerana apa yang dilaungkan peringkat tertinggi sebagai dasar untuk dilaksanakan tidak sampai ke peringkatbarisan hadapan dalam kerajaan," katanya yang turut menggesa Ceupacs memainkan peranan memastikan berlakunya perubahan di peringkat berkenaan.

Selain itu katanya, penjawat awam juga harus melakukan perubahan minda untukmenerima secara terbuka dan mempermudahkan kemasukan warga asing untuk berkhidmat dalam kerajaan.

Katanya, penjawat awam tidak harus memendam rasa curiga kepada warga asing itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mendapatkan kepakaran warga asing tersebut untuk memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara luar.

p/s : Jom kita sokong konsep 1 Malaysia.....cayok2 Datuk Seri..Malaysia Boleh.......