Monday, October 4, 2010

Pengaruh Facebook

Gara2 facebook macam2 boleh jd...dri kes kecik sampai kes berat2 hanya kerana facebook...ari ni satu lg kes gara2 facebook..

Belasah rakan angkara Facebook

LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46.

Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan. Untuk berita selanjutnya.

Sumber : metro online


No comments: