Tuesday, October 5, 2010

Amalan rezeki murah

1. Amalan dakwah

setiap amalan dakwah itu membuka kepada khazanah Allah dan pintu² rezeki

2. Taubat dan istighfar
satu dosa menutup satu pintu rezeki... satu istighfar membuka 10 pintu rezeki

3. Amal jariah melalui sedekah
setiap satu sedekah, Allah janji akan pulangkan kembali

4. Doa dan solat hajat
segala doa dan hajat, pasti Allah akan sambut dan qabulkan... samada Allah qabulkan di dunia, atau Allah simpan di akhirat

5. Solat dhuha dan solat isyraq di awal pagi
Allah janjikan segala keperluan yang cukup untuk satu hari itu bagi mereka yang solat sunat ini

6. Surah al-waqiah setiap malam
mafhum hadith Nabi memberitahu bahawa orang yang baca surah ni setiap malam tidak akan ditimpa kefakiran

7.Ayat seribu dinar
ayat yang menarik keberkatan dan terbukanya pintu rezekii

8. Perkahwinan dan pernikahan
kerana setiap perkahwinan itu membuka pintu rezeki

9. Kelahiran anak
setiap satu anak itu akan membuka kepada pintu rezeki yang baru

10. Membelanjakan harta dan diri untuk fisabilillah
kerana Allah menjanjikan ganjaran yang tidak berbelah bahagi kepada mereka yang berbelanja di jalanNya, di dunia mahupun akhirat... buktinya, lihatlah kepada para Sahabat r.anhum, bagaimana mereka dilimpahi dengan nikmat duniawi semasa kegemilangan Islam, walaupun hati zuhud mereka langsung tidak condong kepadanya...

Subhanalllah!

No comments: