Sunday, October 31, 2010

Proton Inspira



Bagi aku Kereta ni boleh dikategorikan sebagai menarik. Kalau dapat satu ni dah dikira bangga dah tu....

Walaupun Inspira merupakan rebadge daripada kereta Mitsubishi Lancer, kami tetap bangga dengan produk keluaran tempatan dan akan meletakkan Inspira di dalam senarai ‘Must Have Car 2010′ bagi rakyat Malaysia.(pinjam ayat oh bulan.com).

ok tgk rekabentuk dalaman Inspira ni k....





kredit kepada google dan oh bulan.com

Tujuh kalimat - Patut dijadikan amalan

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Mengayuh basikal menunaikan haji

Saudi Arabia

Nathim Caircross,28 dan Imtiyaz Ahmad Haron,25 dari Afrika Selatan mengayuh basikal merentasi Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria, dan Jordan dengan mengayuh basikal dari Afrika Selatan ke Arab Saudi iaitu sejauh lebih kurang 7600 km!

Setiap hari mereka berbasikal sejauh 80-100 km, bermula dari Cape Town, Afrika Selatan.


“Mengayuh basikal ke Arab Saudi dari Cape Town adalah pengalaman yang memenatkan. Kami melakukan perjalanan dengan cara begini supaya kita bersedia untuk menjalani kerasnya ibadah haji,” kata Cairncross, yang bekerja sebagai perancang bandar.

Di Cape Town mereka adalah bekas penuntut undang-undang Islam di sebuah universiti. Mereka mengatakan berasa bahagia setibanya di sempadan Arab Saudi.

Mereka memulakan perjalanan pada 7 Februari 2010. Ini adalah perjalanan haji pertama mereka. “Kami boleh naik kapal terbang, tetapi kami menghargai perjalanan yang berbeza. Jadi kami memilih untuk menggunakan basikal kami. Berbasikal adalah kegiatan yang paling kami sukai,” kata Cairncross.

Menjelang senja, mereka akan mencari masjid untuk berehat. Selepas Subuh, mereka meneruskan perjalanan semula. Sepanjang perjalanan mereka menemui ramai orang ramai yang ramah dan menyambut baik mereka. Orang ramai menghormati perjalanan haji mereka dan menawarkan makan minum serta wang ringgit sebagai bekalan mereka. Ini kerana mereka membawa bekalan yang minimum.

Di sempadan Arab Saudi, pegawai keselamatan juga menyambut mesar dua jamaah ini yang terpaksa juga turun naik pergunungan dengan mengayuh basikal.

Mereka merentasi sembilan negara selama sembilan bulan, mereka sering menukar tayar dan memperbaiki rantai basikal mereka.

Masalah bahasa kadangkala menggangu perjalanan mereka namun mereka dapat mengatasinya. Selesai menunaikan haji, mereka akan pulang melalui Afrika Barat. Subhanallah!

p/s : Acu kita rakyat malaysia cuba amik cabaran macam ni..ada bran?????..hehhe...

kredit isuhangat.net

Sejarah tercipta- The Red Warriors tamat badi 40 tahun

Kelantan menjadi negeri ke 14 menjulang Piala Malaysia semalam. Havoc abis penyokong "kelate gomo" hampir separuh penyokong kelantan memenuhi Stadium Bukit Jalil. Tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain yang menujukan belang nya semalam....Ikuti berita yang dipaparkan dibawah..kredit untuk Berita Harian Online 30/10/2010.


pix_gal0

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.
Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.

Kredit Berita Harian Online 30/10/2010

Peringatan pada kaum hawa. mesti baca!!!!!

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.

Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..



lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?



sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..


satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.

Kredit kawan-kawan FB yang share info ni...

Saturday, October 30, 2010

Kereta James Bond dilelong RM12.8 juta

Fuhhh..kereta paling glamor didunia..huhu, itu lah Aston Martin DB5 yang pernah menjadi kegilaan anak muda pada masa itu. Sekarang ia dilelong oleh owner nya dengan harga RM 12.8 juta..perh kalau la aku ada duit sebanyak tu..maunya aku beli wak hiasan didepan rumah...hehehe...berangan jer la awien...hehehe


GAMBAR menunjukkan kereta Aston Martin DB5.


LONDON - Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Sean Connery dalam filem Goldfinger dan Thunderball dilelong di sini kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).

Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy.

Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam.

Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik.

Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.

Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).

Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa.

Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine, Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen.

Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.

Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi.

Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain.

Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal. - Agensi

kredit kosmo online

Soal Jawab : Wanita boleh bersolat dengan berpakaian tentera

Soalan:

SAYA seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang aktif dan bergiat dalam pasukan Askar Wataniah.

Kegiatan ini memerlukan saya mengikuti latihan di kawasan hutan.

Waktu juga terhad kerana saya terpaksa mengikuti jadual latihan yang padat. Kadangkala waktu untuk mengerjakan solat terbatas dan terganggu kerana saya hanya menggunakan pakaian yang dipakai ketika latihan.


Ini kerana saya tidak berkesempatan menukarkan pakaian bersih.

Kemudian jarak antara kawasan latihan dan penginapan tidak terlalu jauh sebagaimana yang disyaratkan untuk melakukan solat jamak dan qasar perlu lebih dua marhalah.


Adakah sah solat saya dengan pakaian yang kotor terkena lumpur, tanah (tidak pasti kebersihannya) dan mengambil kira faktor masa yang terbatas, adakah dibolehkan untuk saya melakukan solat jamak atau qasar?

NURUL AIN
Kedah


Jawapan:

SOLAT fardu tetap wajib dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada bermukim, bermusafir atau dalam latihan ketenteraan.

Memandangkan anda kadang-kadang kesuntukan masa, berpakaian tentera sepenuhnya tidak menghalang anggota wanita untuk bersolat.

Anggota wanita boleh berpakaian tentera untuk bersolat tanpa perlu menukar kepada pakaian khusus solat. Aspek utama yang perlu dipastikan ialah menutup aurat.

Syarat sah solat yang perlu dipatuhi iaitu

(1) suci daripada hadas besar dan kecil,

(2) suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan

(3) menutup aurat iaitu bagi wanita seluruh tubuh badan termasuk rambut kecuali muka dan dua tapak tangan.

Pakaian yang semata-mata terkena lumpur dan tanah tidak najis. Mengenai solat qasar dan jamak pula dalam masa latihan terbabit diberi beberapa panduan.

(1) Solat qasar tidak boleh ditunaikan kerana anda bukan dalam musafir.

(2) Solat jamak hanya boleh ditunaikan dalam keadaan tertentu seperti musafir, sakit, hujan lebat dan kesuntukan masa kerana terlalu sibuk.

Bagaimanapun, solat jamak mempunyai syarat tertentu dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukannya secara berterusan sebagaimana solat qasar dalam musafir.

Lebih afdal menunaikan solat secara biasa dan bukan jamak kecuali keadaan amat memerlukan. Biasanya lakukan jamak takdim dan bukan jamak ta’khir.

Kredit metro online

Bersesak dalam kandang lembu

Masih ada lagi insan yang dilanda kemiskinan dinegara maju ini....kita yang mempunyai rumah yang selesa harus bersyukur dengan nikmat ALLAH yang besar ini...Diharap pihak yang berkemampuan tampil memberi sedikit keceriaan kepada keluarga terbabit... ikuti berita dibawah...kredit untuk metroline


DAIF...Salma bersama empat daripada lapan anaknya.
DAIF...Salma bersama empat daripada lapan anaknya.

BACHOK: Akibat kesempitan hidup, 12 beranak terpaksa bersesak dalam kandang lembu diubah suai menjadi bangsal mereka di Kampung Pak Mali, Bakong dekat sini, sejak setahun lalu.

Walaupun hidup dalam keadaan sukar dan serba kekurangan, itu hakikat terpaksa dilalui keluarga Salma Mamat, 36, dan Zakaria Abdullah, 42, selepas dihalau pemilik rumah sewa mereka di Pekan Gunong sebelum ini kerana tidak mampu membayar sewa.


Salma berkata, suaminya yang bekerja sebagai buruh hanya mampu menyediakan makan minum ala kadar untuk keluarga. Teruskan membaca.

Lagi melibatkan kemalangan bas - Tragedi balik bercuti

Sejak 2 menjak kita sering diberitakan dengan berita yang tragis yang mana melibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa melibatkan bas...dimanakan silapnya??? haruskan Pemandu bas dipersalahkan atau melibatkan perkara yang lain....Semalam satu lagi kes kemalangan yang melibatkan sebuah bas express yang membawa sekumpulan pelajar dari baling ker ibu kota...Al-Fatihah kepada semua mangsa yang meninggal dari awien heritage.

MALANG...bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands.
MALANG...bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands.

MALANG...anggota bomba mengangkat seorang mangsa yang terbunuh.
MALANG...anggota bomba mengangkat seorang mangsa yang terbunuh.

GOMBAK: Tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya. Teruskan membaca

kredit metro online 30/10/2010

Friday, October 29, 2010

Persamaan aneh Abraham Lincoln & John F. Kennedy

Antara persamaan aneh kedua2 presiden Amerika Syarikat.





Abraham Lincoln masuk kongres tahun 1846.

John F. Kennedy masuk kongres tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih jadi presiden tahun 1860.
John F. Kennedy terpilih jadi presiden tahun 1960.
Keduanya sangat peduli hak-hak sivil.
Kedua istri mereka kehilangan anak saat di gedung putih.
Kedua presiden ditembak hari Jumat.
Kedua presiden ditembak di kepala.
Sekretaris Lincoln bernama Kennedy .
Sekretaris Kennedy bernama Lincoln .
Keduanya dibunuh oleh orang dari daerah selatan.
Keduanya digantikan oleh orang selatan yg bernama Johnson.
Andrew Johnson, yg menggantikan Lincoln , lahir tahun 1808.
Lyndon Johnson, yg menggantikan Kennedy, lahir tahun 1908.
John Wilkes Booth, yg membunuh Lincoln , lahir thn 1839.
Lee Harvey Oswald, yg membunuh Kennedy, lahir thn 1939.
Kedua pembunuh terkenal dengan tiga namanya.
Nama keduanya terdiri dari 15 huruf.
Lincoln ditembak di teater bernama ‘Ford.’
Kennedy tertembak di mobil ‘ Lincoln ‘ dibuat oleh ‘Ford.’
Lincoln tertembak di teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang.
Kennedy tertembak dari sebuah gudang dan pembunuhnya bersembunyi di teater.
Booth dan Oswald terbunuh sebelum diadili.
Seminggu sebelum Lincoln tertembak, dia berada di Monroe , Maryland
Seminggu sebelum Kennedy tertembak, dia bersama Marilyn Monroe.

kredit bloghensem .blogspot.com

Lukisan dinding bangunan yang kreatif








sumber : nuezz, phlegm, osgemeos, bloghensem.blogspot.com

Gambar makam sahabat Rasulullah SAW

Sahabat Rasulullah S.A.W. (Arab الصحابه;) adalah bermaksud mereka yang hidup semasa zaman baginda, mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengembangkan Islam.

Para sahabat Rasulullah telah berjuang sehidup semati bersama Rasululllah SAW, yang telah membela Islam dan Nabinya dengan jiwa, raga dan hartanya dan telah berjasa mengembangkan Islam. Seperti Nabi Muhammad SAW, kita tidak pernah mengenal wajah-wajah mereka tapi kita mencintai mereka, para sahabat Nabi pilihan Allah SWT.

Berikut antara makam-makam mereka para sahabat yang mulia ini .Mudah-mudahan, nanti kita semua yang hina dan banyak dosa ini, diampuni dosa, diberi syafaat Nabi dan dikumpulkan bersama Nabi dan para sahabatnya yang mulia ini. Amiin ….

sahabat Rasulullah SAW

Makam Bilal bin Rabbah, sahabat Nabi dari negeri Habsyi (Ethiopia). Budak hitam yang diangkat menjadi muazin Rasulullah SAW. Kisah terkenal dari Bilal Bin Rabbah ialah kisah Bilal yang ditindih dengan batu besar di atas perutnya oleh kafir Quraisy, walau kesakitan tapi bibirnya hanya mengucapkan “Allahu Ahad … ahad …. Ahad.”

sahabat Rasulullah SAW

Makam Sahabat Nabi yang terkenal, Ubay bin Kaab. Nama lengkapnya Ubay bin Kaab bin Qis bin Ubaid al-Ansari al-Khazraji. Beliau adalah Sayyid al-Qurr’o (pemimpin para pembaca al-Quran). Biasa dipanggil Abu Thufail. Beliau adalah termasuk dalam golongan sahabat yang awal masuk Islam, setiausaha Nabi yang mashur, ketika kecil sudah turut menyaksikan perjanjanjian Aqabah, dan turut dalam banyak peperangan besama Rasulullah SAW. Beliau dikenali sebagai sahabat yang meriwayatkan hadis.

sahabat Rasulullah SAW

Makam Abu Adbullah Jabir Al-Anshary. Sahabat Nabi yang terkenal pandai dan kuat dalam hafalan pengumpulan dan periwayatan hadits. Berguru dan berbai’at sejak kecil dengan Rasulullah SAW. Diriwayatkan darinya terkumpul sekitar 1,540 hadis. Ia masih kecil semasa Perang Badar dan Uhud berlaku. Beliau adalah diantara yang ikut sumpah setia kepada Rasulullah di Bai’ah Ridwan.

sahabat Rasulullah SAW

Makam sahabat Nabi yang agung, Abu Dzar Al-Ghifari. Sahabat kebanggaan Nabi yang dikenali akan memberi kritikan pedas kepada pemimpin yang menyimpang dan pada siapa saja tanpa rasa takut dihukum.

sahabat Rasulullah SAW

Makam sahabat yang terkenal Anas bin Malik. Ia adalah sahabat kesayangan Nabi. Ia adalah sahabat yang dikatakan Abu Hurairah, “aku belum pernah melihat orang yang solat menyerupai solatnya Rasulullah SAW kecuali Ibn Umm Salim (Anas bin Malik).” 10 tahun ia menjadi khadim (pelayan) Rasulullah dan dialah yang meriwayatkan hadis bahawa selama 10 tahun bersama Nabi. 2287 hadis terkumpul darinya selama ia bersahabat dengan beliau. Wafat pada tahun 91 Hijrah, berumur 99 tahun.

sahabat Rasulullah SAW

Gambar di atas bukan makam tapi runtuhan rumah Abu Ayub Al-Ansari, sahabat Nabi yang dikenali kekayaan dan kedermawanannya. Rumah ini adalah rumah yang dikunjungi Rasulullah SAW ketika setelah baginda berhijrah ke Madinah.

sahabat Rasulullah SAW

Makam Jaafar Ibn Abi Talib di Jordan, sepupu Rasulullah SAW.

sahabat Rasulullah SAW

Makam sahabat Nabi, Salam al-Farisi. Salman al Farisi dikenal sebagai “Imam”, “Pewaris Islam”, “Hakim yang Bijaksana”, “Ulama yang Berpengetahuan Luas”, “Ahlul Bayt”. Semua gelaran trersebut diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad saw.

Wallahualam, maaf jika ada kesalahan dan mohon diperbetulkan, semoga menambah kecintaan kita pada Rasulullah SAW dan para sahabat.sekadar berkongsi ilmu.

kredit isuhangat.net


Thursday, October 28, 2010

Hikayat suka duka P. Ramlee




Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat.

Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman.

Umum pastinya mengetahui bahawa P. Ramlee dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh.

Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbabit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu.

Biarpun sudah 37 tahun P. Ramlee pergi meninggalkan warisan yang tidak ternilai, namun namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat.

Pencapaian beliau melalui bidang seni telah menjadikan beliau sebagai idola serta sumber inspirasi kepada penggiat seni tanah air pada hari ini.

Mengenai penglibatan P. Ramlee dalam bidang ini, karier beliau bermula pada tahun 1948 melalui lakonannya dalam filem Chinta dengan memegang watak antagonis.

Selepas itu, karier lakonan dan nyanyiannya semakin berkembang serta semakin dikenali ramai dan terus diberi kepercayaan membintangi filem-filem Melayu di bawah arahan pengarah terkenal, Datuk L. Krishnan.

Beliau yang bernaung di bawah Malay Film Production (MFP) di Jalan Ampas, Singapura terus mengecap populariti sebagai pelakon. Setiap filem lakonannya mendapat sambutan hangat peminat filem-filem Melayu. Beliau bukan sekadar berbakat sebagai seorang pelakon, malah turut berkebolehan untuk menyanyi dan mencipta lagu, selain bermain alat muzik.

Kemuncak kepada karier seninya ialah apabila beliau diberi kepercayaan sebagai pengarah filem Penarik Beca selain turut memegang watak utama.

P. Ramlee juga memahatkan nama sebagai pengarah Melayu kedua selepas Haji Mahadi. Paling membanggakan, selain filem lakonan dan arahannya terus mendapat sambutan, beliau turut mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat Asia terutamanya melalui Festival Filem Asia Pasifik.

Pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran ketika era di Jalan Ampas, P. Ramlee juga sebenarnya pernah melalui zaman kejatuhan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Segala-galanya bermula setelah beliau keluar dari MFP dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dengan menyertai Studio Merdeka, Hulu Kelang. Filem terakhir arahan beliau sebelum berhijrah adalah filem Tiga Abdul yang dilakonkan bersama Haji Mahadi dan S .Kadarisman.

Bagaimanapun, karier P. Ramlee di Kuala Lumpur tidaklah seperti yang diharapkan. Beliau dilihat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan ketika di Jalan Ampas dahulu. Filem pertama arahan beliau yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Si Tora Harimau Jadian tidak mendapat sambutan peminat.


FIGURA ini akan sentiasa dikenang sebagai pencipta sejarah dunia seni tanah air.


Kekecewaan terus melanda seniman agung tersebut apabila filem-filemnya selepas itu semakin kurang mendapat sambutan serta ada yang mendapat kritikan para wartawan.

Dikatakan antara punca filem-filem beliau tidak lagi digemari adalah disebabkan selera penonton ketika itu yang telah beralih kepada filem-filem asing seperti filem Hong Kong, Hindustan dan Indonesia.

Lebih memeritkan lagi, nasib dan kehidupan P. Ramlee juga sudah jauh berubah. Malah, ketika meninggal dunia pada 29 Mei 1973, beliau sepatutnya pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan satu kes yang mana beliau menjadi penjamin kepada seseorang individu yang membuat pinjaman bank.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kehidupan seniman agung tanah air itu, semuanya akan didedahkan melalui program biografi P. Ramlee yang akan disiarkan melalui saluran History (Astro 555) pada 31 Oktober ini.

Biografi berkenaan mendedahkan kisah menakjubkan mengenai tokoh perfileman Melayu itu dari zaman awal pembabitannya dalam dunia seni sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun.

Biografi yang berdurasi selama dua jam itu akan disiarkan pada pukul 9 malam dan diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta diarahkan oleh Datuk Shuhaimi Baba.

Program berbentuk dokumentari ini turut menampilkan sedutan eksklusif yang tidak pernah disiarkan di kaca TV seperti temu ramah bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat P. Ramlee sebelum ada antara mereka yang sudah meninggal dunia.

Sehubungan itu, Naib Presiden Pengaturcaraan dan Penerbitan AETN All Asia Networks yang mengendalikan saluran History, Michele Schofiel berkata, penyiaran biografi tersebut adalah sebagai satu penghormatan kerana P. Ramlee merupakan seorang seniman yang bukan sahaja berkebolehan menghibur, malah kesungguhannya untuk menceritakan kisah-kisah yang boleh membangkitkan emosi.

“Kisah kehidupan beliau yang dipaparkan melalui program biografi ini juga merupakan satu kisah penuh emosi yang menceritakan mengenai harapan, ketabahan dan karisma yang akan membolehkan penonton melihat perjalanan hidup P. Ramlee dalam menjadi seorang ikon pujaan ramai. Kami sungguh gembira kerana telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Finas dalam menerbitkan program yang cukup istimewa ini. Pada masa yang sama, kami juga percaya bahawa para penonton pastinya akan terpesona dengan kisah yang akan diceritakan dengan lebih terperinci lagi,” ujarnya.

Menurut Michele lagi, untuk memenuhi permintaan penonton, program biografi itu akan disiarkan dengan suara latar di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta turut disertakan sekali dengan sarikata bahasa Malaysia dan bahasa Cina.


WAJAH seorang penglipur lara filem Melayu yang sukar dicari penggantinya hingga ke saat ini.


Sementara itu, Datuk Shuhaimi Baba yang telah bertindak selaku pengarah pula meluahkan rasa lega setelah rancangan biografi tersebut siap dihasilkan. Asalnya, beliau dikatakan ingin menjadikannya sebagai sebuah filem dokumentari mengenai kehidupan seniman agung tersebut.

“Saya sudah mula membuat kajian dan mencari pelbagai maklumat mengenai P. Ramlee semenjak dari tahun 1998 lagi. Memang pada mulanya saya ingin menjadikan projek ini sebagai sebuah filem, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan bajet.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila biografi ini siap dan akan mula menemui penonton tidak lama lagi. Saya beruntung kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Finas serta rakan-rakan dan keluarga terdekat allahyarham,” ujarnya.

Tambah Shuhaimi, dia berpandangan seniman agung itu seorang individu yang mendahului zaman. Ujarnya, ia dapat dilihat menerusi karya-karya yang telah dihasilkan terutamanya filem-filem beliau yang masih tidak bosan untuk ditonton berulang-ulang kali.

Menurutnya lagi, cuma apa yang agak mengecewakan dirinya ialah mengenai kehidupan P. Ramlee selepas berhijrah ke Kuala Lumpur. Selain sambutan terhadap filem-filemnya yang semakin suram, terdapat juga beberapa impian beliau yang tidak tercapai.

Hanya selepas pemergiannya, barulah jasa dan sumbangan beliau dalam dunia seni dan perfileman tanah air kembali dikenang. Pelbagai anugerah yang telah diberikan sebagai menghargai jasanya sehingga diangkat sebagai tokoh perfileman Melayu, termasuklah pengurniaan bintang kebesaran darjah Panglima Setia Mahkota dengan membawa gelaran 'Tan Sri' yang dikurniakan oleh Yang Di-pertuan Agong pada tahun 1990.

kredit kosmo online 28/10/2010

Tuesday, October 26, 2010

Persoalan penting yang timbul adalah Bilakah Doa kita akan dimakbulkan?

Renungan kali ini tentang doa..bagaimana kita memahami konsep doa?berapa kali kita berdoa?dan..setiap kali kita berdoa..kita akan mengharapkan apa yang dipohon disebalik doa yang dilafazkan dimustajabkan dan diperkenankan oleh Allah s.w.t..

Persoalan penting yang timbul adalah Bilakah Doa kita akan dimakbulkan?


Apabila Allah cepat makbulkan doa kita,maka dia menyayangi kita...
Firman Allah,maksudnya:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka):Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka):Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin menguji kita...
Menurut al-Khatabi:"Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,menggantinya dengan pahala."

Menurut Hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon,atau ia menolak denagn musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang yang dipinta,atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah),Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua itu),sedang kamu tidak (Surah Al-Baqarah 216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t,maksudnya:Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)

Kredit untuk : kenalidiriinsafidiri-imam-ashrafksel.blogspot.com/

Monday, October 25, 2010

Jawapan dari Surah Quran :Mengapa aku diuji? dan Jawapan nya.....

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Kredit : my-sensasi.blogspot.com

Adik ipar Blair peluk Islam

BOOTH  berdiri di hadapan Big Ben  di Medan Parlimen  London ketika tunjuk perasaan membantah Akta Jenayah Terancang 2005 yang baru.
BOOTH berdiri di hadapan Big Ben di Medan Parlimen London ketika tunjuk perasaan membantah Akta Jenayah Terancang 2005 yang baru.
Dapat hidayah ketika kunjungi masjid

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

p/s : Alhamdullillah seorang lagi telah mendapat nur daripada ALLAH...semoga beliau kekal sebagai muslim sejati...amin

kredit : Berita harian 25/10/2010


Sunday, October 24, 2010

Kisah Rezeki Allah

Selepas sedekah rezeki datang mencurah-curah..

Aku cuma nak kongsi cerita..

Alkisahnya, hari tu, aku memang tengah pokai gilerr... maklum la, gaji lambat masuk sebab aku baru keje gomen... dah tau pokai, pandai-pandai lak tu bagi sedekah kat student yang ayah dia meninggal.... RM20 aku bagi kat student tu, so, dalam purse tinggal lagi RM10, aku fikir memang cukup² je la utk isi minyak keta yang dah nak habis untuk 1 hari setengah... nak mintak duit kat adik bradik, abah or kengkawan memang aku segan sebab tak mau biasakan diri berhutang dan tak mau susahkan depa... so, aku pun pegi la
bank BCB utk kuar duit seadanya...

Tak sangka lak masih ada baki ciput dalam akaun... alhamdulillah dalam bank BCB aku, maksima boleh kuar RM10 (betapa sengkeknya aku..) dan aku try an error keluar duit dari Bank Islam dapat RM10 gak... tak sangka lak boleh kuar RM10 dari BIMB tu sedangkan masa dia tunjuk baki duit aku yang memang dah nak kontang, memang satu sen pun aku tak layak nak kuarkan duit tu.... so, alhamdulillah, syukur sangat rasanya...
punya la aku happy dapat RM30.. cukupla RM20 utk makan seminggu lebih lagi sementara tunggu gaji masuk...

Tup tup, elok je aku pusing belakang nak masuk kereta balik, seorang Tok Guru dari Thailand mohon derma untuk pembinaan surau kat Thailand (siap ada resit dan suratJAIP)... aku lak memang jenis suka sedekah, tapi sebelum nak bagi tu, aku terfikir, "isk... camne ni? duit minyak RM10, duit makan RM10... ahh... tawakkal aje lah.. mungkin sebab tu Allah mudahkan urusan aku untukkuarkan duit tadi sedangkan kalo ikut baki duit aku, memang aku tak layak kuar duit tu... mungkin rezeki Tok Guru tu agaknya.."

So, tanpa berfikir panjang, aku terus hulur RM10 (dah itu je duit kertas yang ada.. nak bagi RM 1 rasa macam sikit beno la pulak sebab Tok Guru tu pun datang dari jauh, jalan kaki lak tu dari kedai ke kedai... bukan apa, aku pun pernah kutip derma, so aku faham dan lagipun aku derma tu utk amalan aku gak kan..

Dan alkisahnya... Tok Guru tu pun punya la ceria dan happy terima sedekah aku.. Tok Guru tu siap bagi aku ayat pelaris lagi dan doakan aku cepat kawin....hehehe....sedangkan hati aku masa tu masih lagi berkecamuk sebab takut tak cukup duit nak survive sementara nak dapat gaji.... RM10 je??? nak makan ape utk seminggu??... tapi aku tawakkal aje... sebab niat aku ikhlas untuk sedekah kan...

Dan alkisahnya, minyak kereta yang aku sangkakan kritikal, jarum meter penunjuk minyak tu sangatlah lambat turun ke E, sedangkan selama ni, tak sempat nak sampai rumah pun kalo jarum meter dah sampai ke had itu...
masa tu, aku berulang alik keje agak jauh dari rumah, so memang biasanya nampak ketara penurunan jarum meter tu... cuma aku pelik dan bersyukur dengan peristiwa tu... mungkin berkat doa Tok Guru tu jugak kot..

Dari sehari ke sehari aku menempuh alam ke"sengkek"an aku, aku sentiasa dapat makan free... hari-hari ada aje jamuan staf yang dibuat kat ofis membuatkan aku tetap kenyang sampai ke malam dan tak perlu
membelanjakan wang RM 10 aku, kalo makan kat luar pun kawan yang belanja... dan sampailah aku dah dapat gaji pun, masih tak luak duit RM10 tu sebab still dapat makan free 6 kali sehari semasa berkursus 4 hari...
dan kalo biasanya aku dengar keje gomen sekarang ni, paling cepat dapat gaji pun sebulan setengah, tapi alhamdulillah, Allah bagi gaji aku tepat di hujung bulan.... seolah-olah macam keje swasta pulak, tak de delay gaji....
punya la aku syukur sesangat.. apa yang aku nampak di sebalik peristiwa ini, "bahawa bila kita bersedekah dan niat kerana Allah, nescaya Allah tak kan kurangkan rezeki kita malah akan memberi kita rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka"... so, kalo ada sesiapa yang mohon sedekah, hulur-hulur ah.... tak kan berkurang rezeki kita tu kalo apa yang kita buat tu niat ikhlas
kerana Allah...

Tapi aku tak suka peminta sedekah yang tak buat apa-apa dan semata-mata minta sedekah di jalan / pasar malam , sebab nampak sangat depa malas berusaha... unless kalo depa tu minta derma utk pembinaan surau, sekolah etc... tapi kalo utk peribadi, aku lebih suka sedekah pada yang org menjual something mcm tisu ke, minyak cap kapak ke.. bukan nak beli sangat pun, tapi just terharu dengan usaha diorang.. sebab aku sure bagi duit lebih dari harga barang yang dijual dan most of the time aku tak ambik pun barang yang dijual sebab apa yang penting, aku suka tengok dia berusaha...

Aku bukan nak riak dengan amalan sedekah aku nih, sebab sure pahala aku pun hilang kalo disertakan dengan rasa riak ni....tapi tujuan aku bercerita kat sini ikhlas nak kongsi kisah aku... bukan apa, aku tengok, masih ramai lagi yang takut nak bersedekah sebab menganggap dengan bersedekah, duit depa akan berkurang, sedangkan sebenarnya tidak.... kalo kita niat ikhlas kerana Allah, DIA tentunya akan membantu kita...

Aku dah banyak kali kena macam ni, sedekah masa tengah sengkek dan Allah bagi aku rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, tapi bagi aku, kisah ni yang paling tersimpan di sudut hati aku sebab aku sedar betapa
dekatnya Allah dengan diri aku... betapalah DIA sangat menjaga kebajikan aku.... dan sesungguhnya memang benar "bila kita merungkaikan kesusahan orang lain, Allah akan merungkaikan kesusahan kita pulak..."

So, jangan la takut nak bersedekah... kekadang rezeki orang lain pun ada dalam rezeki kita... so, jangan sekat rezeki mereka kerana rezeki tu Allah yang bagi.... DIA yang memberi rezeki pada bila-bila masa dan DIA jugak yang berhak mengambilnya pada bila-bila masa...

wassalam

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....

Sumbangan : Mami Ros

kredit untuk http://herianti.wordpress.com/2007/05/22/rezeki-datang-dari-jalan-yang-tak-disangka/

Mutiara kata 2


Koleksi Mutiara kata 1

* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.


* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.


* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satperkara iaitu USAHA.


* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.


* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.


* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.


* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.


* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.


* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.


* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.


* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.


* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan

membawa kepada impian.

kredit dari koleksi google.

Mutiara kata indah....

"perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan"


"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani"

Khalifah Ali bin Abi Talib

Saturday, October 23, 2010

17 bilionair baru India


REKOD bilangan usahawan bergelar bilionair di India bertambah ketika jurang ekonomi semakin melebar dan kebanyakan rakyatnya masih dihimpit kemiskinan.


MUKESH AMBANI mengekalkan gelaran sebagai individu terkaya di India ketika perkembangan pesat ekonomi melahirkan 17 bilionair baru pada 2010.

Tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 69 orang, berdasarkan senarai individu terkaya yang disiarkan majalah Forbes baru-baru ini.

Ambani, pengerusi syarikat persendirian terbesar India, Reliance Industries, mempertahankan kedudukannya sebagai individu terkaya di India untuk tiga tahun berturut-turut dengan kekayaan bernilai AS$27 bilion (RM83.2 bilion), petik majalah Forbes India.

Bilionair itu diekori rapat pengasas syarikat keluli terkemuka yang berpusat di London, Lakshmi Mittal dengan kekayaan bernilai AS$26.1 bilion (RM80.4 bilion).

"Jumlah bilionair yang direkodkan belum lagi menunjukkan petanda jelas betapa seriusnya peningkatan itu di India dan China pada dekad mendatang," kata Indrajit Gupta, editor Forbes India.

Menurutnya, usahawan dari India menunjukkan kemampuan mereka memanfaatkan peluang mencipta kekayaan yang tidak pernah berlaku di kalangan masyarakat lain di dunia.

Jurang ekonomi

Peningkatan jumlah bilionair itu terjadi ketika kumpulan antikemiskinan memberi amaran mengenai pelebaran jurang yang berterusan antara golongan kaya dan miskin di negara berpopulasi 1.2 bilion penduduk itu.

Sebahagian daripada 836 juta penduduk India hidup dengan pendapatan kurang daripada 20 rupee (RM1.30) sehari. Dalam satu laporan kerajaan, statistik di India mengenai tahap kesihatan, kematian bayi, nutrisi dan pendapatan adalah lebih buruk daripada mereka yang menetap di sub-Sahara Afrika.

Ketempangan pertumbuhan ekonomi, kes rasuah yang berleluasa dan kelemahan pentadbiran awam, dilihat sebagai pencetus pemberontakan Maoist di daerah miskin negara itu.

Taikun teknologi informasi, Azim Premji yang mengawal syarikat pembekal Wipro, merampas kedudukan tangga ketiga senarai itu dengan kekayaan bernilai AS$17.6 bilion (RM54.24 bilion), menggantikan adik lelaki Ambani, Anil, yang mengetuai telekomunikasi, kewangan dan perniagaan utiliti Reliance.

Anil Ambani, yang baru berdamai dengan abangnya itu selepas perbalahan ekoran pembahagian aset keluarga, jatuh di tempat keenam dengan AS$3.3 bilion (RM10.6 bilion). Kejatuhan saham syarikat telah menyebabkan kekayaannya itu susut sebanyak 24 peratus.

Jumlah kekayaan 40 bilionair terkaya di India ketika ini bernilai AS$243 bilion (RM748 bilion), naik daripada AS$229 bilion (RM705 bilion) tahun lalu. Namun, catatan itu masih belum menghampiri rekod AS$351 bilion (RM1,081 trilion) yang dicatatkan pada pada tahun 2007.

Namun begitu, jumlah kekayaan mereka adalah lebih dua kali ganda daripada kekayaan 40 orang individu terkaya di China tahun lalu, iaitu sebanyak AS$106 bilion (RM326 bilion).

Golongan kaya di India mengalami kerugian besar pada 2008. Ketika itu gabungan kekayaan bersih 40 individu tersebut turun 60 peratus dan hanya 27 individu bergelar bilionair akibat terkena tempias krisis kewangan global.

Kerugian besar membabitkan nilai kekayaan di India pada 2008 pantas menjadi kenangan. Pencapaian itu disokong lonjakan pasaran saham dan pertumbuhan ekonomi hampir sembilan peratus.

Pasangan adik-beradik Shahi dan Ravi Ruia, peneraju Kumpulan Essar yang memegang kepentingan dalam industri besi, penyulingan minyak dan tenaga, berada di tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$15 bilion (RM46.2 bilion), manakala Savitri Jindal, pengerusi Jindal Steel and Power, kekal di tempat kelima dengan kekayaan AS$14.4 bilion (RM44.4 bilion).

Gelombang kedua

Senarai tahun ini juga merupakan isyarat gelombang kedua bagi kapitalis India mengumpul laba besar selepas permulaan yang tidak menentu awal dekad lalu.

Ketika gelombang pertama bilionair dikaitkan dengan perniagaan teknologi maklumat, keluli dan tenaga, gelombang kedua pula dijangka membabitkan syarikat-syarikat gergasi dalam bidang farmasi dan hartanah.

Pencapaian peratusan tertinggi pula diraih Raja Media, Kalanithi Maran, pemilik syarikat Sun TV Network, yang mempunyai lebih daripada satu pertiga saham di syarikat penerbangan tambang rendah domestik SpiceJet. Kekayaan bersihnya naik 74 peratus iaitu AS$4 bilion (RM12.4 bilion).

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang terjejas. Raja Hartanah, Kushal Pal Singh, pemilik DLF yang sarat dengan hutang, kehilangan hampir satu pertiga daripada kekayaannya. - AFP

kredit kosmo online 23/10/2010

Friday, October 22, 2010

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.


Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Gambar Dalam Kaabah

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Dalam Kaabah

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

p/s: subhanALLAH.....alangkah bertuahnya kita bila menjadi salah seorang yang terpilih untuk memasuki Kaabah....INSYALLAH DENGAN HATI SUCI DAN IKHLAS PASTI ADA JALAN UNTUK MENDAPAT NUR DARINYA.AMIN.

Kredit Ustaz Haron Din

HADIS-HADIS TENTANG KELEBIHAN MEMBACA & MENDENGAR BACAAN AL-QURAN

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
– Hadis Riwayat Muslim.


Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
Hadith riwayat Bukhari.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”

Hadith Riwayat Muslim.

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”.
Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih)


Sabda Rasulullah s.a.w:
‘ Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ‘
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Bacalah olehmu akan al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat memberi syafa’at kepada pembacanya”
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran”
(Riwayat al-Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari qiamat”
(Riwayat Ahmad)

Sekadar untuk perkongsian ilmu bersama...semoga Allah tempatkan kita semua kelak disisiNYA yang terbaik.amin.