Wednesday, November 25, 2009

Selamat berjaya Zatty


Kenangan bersamanya...
Sedikit cebisan tentang Zatty.. Merupakan budk praktikal dekat SKALI..dibawah department QA..merupakan pelajar UKM.

25 / 09 /2009 tarikh last Zaaty kat SKALI. Ucapan tuk Zatty..Ingin memohon kemaafan kalau ader tersilap kata, gurauan melampau ker..diharap Zaaty akan terus berjaya di masa hadapan..jgn lupakan kami semua di SKALI eh..

Cenderamata yg dihadiah kan oleh Zatty kepada team QA..aku punya mestilah kaler Merah..huhu..Thanks Zatty..Miss U 4 ever...



P/s : Study Smart k.....

Tuesday, November 24, 2009

Best Moment 2009

Gambar ni aku curik dlm Facebook..hehhee..apa yg pasti aku suke tgk...cm gedik jer belake2..hehhehe...kepada shidah halal eh gambar ni..huhuhu...sekadar berkongsi dengan semua..


Tip Untuk kaum IBU dan bakal IBU


Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(”Abqaro” ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

P/s: kredit untuk Isuhangat.net

Anak kecil lebih takutkan Api Neraka

Sebagai renungan kita bersama, ini bukan lirik lagu warisan anak kecil main api tetapi anak kecil yang takutkan api neraka.
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”


Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”


Sumber: Isuhangat.net

Monday, November 23, 2009

Rindu Terhenti versi Separuh akhir AJL 24

Kepada sesiapa yg terlepas tonton baru ni..sila la tgk eh...selamat berhibur..hahhhaha




P/s: Harap2 blh jd Juara Lagu 2009 la plok..hhehehe..kawan2 jgn marah ea...coz letak video ni..hehehe

JUARA LAGU KE-24..Kembali lg..



SELAMA tiga minggu peringkat separuh akhir Muzik-Muzik berlangsung yang menyaksikan 30 lagu berentap untuk merebut 14 tempat ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang bakal berlangsung pada 10 Januari 2010.

LAGU YANG BERJAYA KE ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

LAGU PENYANYI/ KOMPOSER/ PENULIS LIRIK



1) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
2) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta)
3) Situasi (Bunkface/ Sam)
4) Pergi (Aizat/ Pete Teo)
5) Aurora (Estranged/ Estranged)
6) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
7) Kau Aku (Aizat/ Aizat)
8) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
9) Aku Skandal (Hujan/ Noh)
10) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)
11) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)
12) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
13) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)
14) Pakai Buang (Stacy/ Edry)




Kredit sape yg edit this photo..

P/s : Lagu yg highligt Merah ialah febret ku..moga2 salah satu tu bakal juara la yer...hehehhe..


Friday, November 20, 2009

Sejenak bersama BAM aka Basriah

Sesaat bersama BAM a.k.a Basriah...saje dia dtg amik ape yg patut kat opis ni..sebelum meningglkan SKALI selamanya...selamat berjaya sekali lg bt BAM.

Si cute BAM

Saat2 mengemas dan clear ..amik apa yg patut saje yer...


Hari2 yg paling sukar tuk BAM..hakhakhak..

Kenangan terakhir di SOFTLAKES

Jom layan SURAYA






P/s: Lagu yg aku layan sekarang..hehehe...

Manusia Umpama Pinggan

Gambar sekadar hiasan

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Semoga bermanfaat…

Kredit untuk Isuhangat.blogspot.net

Thursday, November 19, 2009

Kenangan SPIKE batch 3

Kenangan di Pantai Batu Buruk..



Restoran Sri Wangsa..selepas balik dri Dale Carnegie
Design by Ct Fatimah(SMEB)

kalau Betul2 CINTA


Semoga ramai lagi lelaki yang sedang hangat bercinta bersifat seperti di bawah.

Saya suka tengok jari awek saya…
Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang…
Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di depan yang maha Esa…

Saya suka tengok rambut awek saya… Cantik betol… Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung…
Bukan sebab jeles orang lain tengok …. Tapi takut terbakar dek api neraka
Saya suka tengok body awek saya… Cantik betol… Sungguh!

Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.

Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye…
Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya…
Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya? Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan Nya dari saya…
Bahagie nye dapat pakwe macam die… Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya… “Makan, minum, drive elok-elok ..
Nanti awak sakit saye susah ati ” katenya… Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun…
Berdosanye saya….saya memang sayang dia…

Nak jumper die .. Yang forever punye forever… Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama…
Bahagia selamanya… Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti… Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni…
Semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
Cinta tu anugerah Allah… Pandai-panda­i la kita menjaga nikmat Allah itu ye..

P/s: Kalau la ramai lelaki jenis mcm diatas aman dan bahagia la wanita2 kat dunia ni..xkan ader lg maksiat dan pembuangan bayi2 merata2....renung2 kan....

Tuesday, November 17, 2009

Hanya Tinggal Sejarah..

Saje letak entry pasal lagu nih...teringat kenangan masa mula2 jejak kaki kat KL nih..ssh senang bersama..skrg nih tinggal beberapa org jer lagi..ramai kwan2 dah dpt keje kat ganu...so lagu ni aku dedicate buat syuhada, umi,mira, kak ra...biar korg dop wahi pun lagu ni..nok v gop..ahaks..



P/s: kawan2 aku tau kalangan korg xsuke lgu ni..hehhehehe

SPM bakal menjelma lg..


SPM..korg ingat x cm mane kita lalui saat2 itu..apa yg aku rase dulu amat menakutkan..yer la SPM bakal menentukan kita ke mana hala tuju selepas itu..tp xsemestinya result yg baik akan berjaya dan yg lemah akan gagal..itu semua terletak semua pd dri..pandai amik peluang cerah lah masa depan kan..hehehhehe...

So kepada adik2 yg bakal berhadapan ngan penentu masa depan anda buat la yg terbaik sok ehh..jgn gelabah bila menjawab..tenangkan fikiran dan istifar byk2..insyaallah..anda boleh menjawab dengan selamat.

Kepada Nor Zulaikha juga menduduki SPM sok (adik aku la tu) buat yg terbaik...Masa depan di tangan mu..Jgn hampakan harapan Abah ngan Ma...ceriakan mereka dengan result yg baik.



P/s : Nor, kami sekuarga mendoakan yg terbaik untuk masa depan kamu..jawab dengan baik k.. Kalau dpt result yg baik insyaallah ada hadiah bakal mu terima...


Monday, November 16, 2009

Menatap Matamu..

Jom layan lagu Aril..



Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun


P/s : Lagu ni ader makna bg aku...maksud yg amat mendalam..hehhee...mekasih pada yg bg lagu ni...

Friday, November 13, 2009

yeyeye..dpt coklat lg..

Cmt pagi kwn2..arap2 korg hepi sepanjang hari ni yer...aku ingin kongsi ngan korg semua...smlm aku dpt coklat lg..bru lg rase dpt coklat dr harris ..smlm ader lg org bg..hehhehe..rezeki kot..dia ckp hadiah..hadiah ape ntah..nk kate besday dah hampir sebulan dah lepas....hehehehehe..ape2 mekacih kepada bibiana untuk coklat dan belanja mkn semlm..sedih nya coz pg ni dia dah balik JB..ntah bila plak blh jupe lgi..harap2 dlm mase terdekat ni..xpun aku akan p sana plak...(janji sekadar janji B yg kata) hakhakhakhak..untuk B..enjoy dpt jupe ko..ingt kenangan terindah kita eh...semoga persahabatan kita kekal selamanya..Miss u...

Coklat ni B ckp dtg dri Arab..dia dpt masa kat exhibition..mula2 aku ingat kurma..almaklumlah bila tgk gambar unta kat padang pasir pada kotak dia pun tau..hehehe..tp dia ckp .."coklat la nok"..hakhakhak..



Thursday, November 12, 2009

Lepak Versi 2...hehhe

Lepak Versi 2...hehhe...saje jer..nk letak gmbar hari ke 2 kitaorg kuar...kwn aku dri JB tu ajak g Putrajaya..dia bgatu nak tgk suasana mlm kat sane..maybe dia dgr2 dri org tempat tu best kot..so xnak menghampakan dia habis satu putrajaya kami pusing..lepak2 pastu pegi mkn kat Restoran Tasik Idaman kat Bangi kot..lupe la kawasan mane...Klu korg nak tau tempat tu kat mane klik disini hehehhehe..Romantik gak sesuai untuk pasangan bercinta, family gathering tuk majlis kahwin pun blh wak kat sana gak...ok..enjoy..

Sori la gmbar x clear sgt..
Terkejut tgk big burger..hahhahha..
Burger ni korg tau x berapa harga? RM 5 jer..terkezut gak bila order ingat burger biasa jer..tp bila sampai amik..mcm2 ader...siap ngan buah-buahan dan sayur...kenyang klu mcm ni..hahhahaTak larat la nak abis ni..skdar tgk jer...hasil setelah berhempas pulas nak menghabiskan..kecian kan...

sebelum balik meh kita posing abih2..hakhakhak



Wednesday, November 11, 2009

Lepak

hai..mmm..smlm aku dpt kol dri mmber lma dri JB,dia nak jupe..so aku ngan adik aku pun g amik dia kat Hotel Plaza kat Jalan Raja Laut dan bwk dia ronda2 Kl dan lepak kat dataran. Hampir setahun kot xjupe last jupe mase dia ader exhibition kat MATRADE ari tu. Sebelum tu kitaorg g mkn kat Kg.Baru..ape yg best nya time mkn tu ader la 2 mamat(penyanyi jalanan kot) dtg nyanyi dlm Restoran tempat kami mkn. Peh semua lagu2 yg diorg nyanyi kene ngan jiwa aku..tangkap leleh siot..hehhe..semua lgu dri band indon..nk mkn pun dah rase kenyang tgk diorg 2..aku rase ni la first time aku mkn ader org dtg nyanyi..hahhahahha..cm romantik lak (kata kwn aku)huhuhu...Apepun best la..kenangan terindah tu..hahhahahha. korg layan je la picture yg sempat aku snap yer...enjoy sgt2..hihihi..

2 org mamat yg kami layan lagu time makan.tp suara dia best gak..korg jd penyanyi je..sure laku album..hehhee


Ni la kawan aku..Bibiana namanya..hehehe
Cri ape tu cik kak oii..tangkap leleh ngan penyanyi 2 ker..hikhikhik
Kenangan bersama...
adik aku..merangkap driver..hehhe..sori jgn mrh eh..

Tuesday, November 10, 2009

Ibu terkecil dunia hamil lagi

LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.

Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.

Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan.

"Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.

Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.

Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.

Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.

Kosmo! Online

Sumayyah rela mati disula kerana ALLAH dan Rasul.

Sumayyah r.anha iaitu ibu kepada Ammar. Sebagaimana Ammar r.anha
dan juga suaminya Yasin r.anha, beliau juga menghadapi azab
dan penderitaan dengan penuh ketabahan dlm berbgai-bagai
bentuknya semata-mata kerana islam dan mempertahankan iman.
Walaupun apa pun penderitaan yg menimpanya tidak sedikit pun cintanya luntur
terhadap Allah dan RasulNya.

Suatu hari Sumayyah r.anha sedang berdiri, lalu tempat itu dilewati oleh
Abu Jahal. Dia memaki-maki Sumayyah r.anha. Akhirnya beliau dilembing pada
bahagian rahsianya.Lantaran luka itu beliau pun syahid sebagai org yg pertama sekali
syahid demi untuk islam.

Kesabaran, ketabahan dan pergobanan yang ditunjukkan oleh wanita ini merupakan
sesuatu yg decemburui,penderitaan dan siksaan tidak menjadi apa-apa kepada mereka apabila
iman telah bertapak kukuh di dalam dada dan mereka bersedia untuk menghadapi apa shaja keadaan.

Kita juga telah kerap dengar org yg rela mati kerana suatu perkara atau lainnya. Tetapi kematian
yg membawa kegembiraan dan keselesaan yg abadi hanyalah kematian yg diarahkan ke jalan ALLAH. Org yg hilang
nyawanya lantaran duniawi sebnarya dua kali rugi didunia dan juga diakhirat.

Kredit kepada penulis

Membersih pinggan mangkuk

Suatu tabiat yang kurang baik, bahkan dianggap pemalas ialah membiarkan
pinggan mangkuk berlonggok di dapur, ditempat basuhan atau bilik air tanpa
membasuhnya. Perbuatan itu bukan sahaja dipandang tidak menyenangkan bahkan islam juga melarangnya.

Pinggan mangkuk yg telah diguna selepas makan, disunatkan membasuh segera
Sekiranya dibiarkan sisa2 makanan sehingga busuk,mungkin ia menjadi haram kerana baunya boleh menggangu
jiran atau org lain . Bau busuk itu boleh menyakitkan hati org dan hukumnya adalah haram.

Oleh itu sebaik-baiknya selesai shja pinggan mangkuk digunakan segeralah dibersihkan dan disusun ditempatnya,
barulah dapur kelihatan bersih dan kemas.Hanya surirumah yang malas sahaja akan membiarkan pinggan mangkuk
berlonggok didapur tanpa dibasuh.Pinggan mangkuk yang dibiarkan tidak dibasuh sehingga berbau busuk,ia akan menjadi
suatu aib dalam sesebuah rumahtangga. bahkan tidak melambangkan rumahtangga islam.

Hasil tulisan Jaafar Saleh (ciri2 wanita yg membawa ke syurga)

Kekuatan jiwa

1. Kelebihan org kuat jiwa

Orang yang jiwa nya kuat adalah org yang tahan lasak.
lebih-lebih lagi jika beriman dan terpimpin dapat menghasilkan sifat berani,
yakin pada dri sendiri, pemurah, tabah ,tahan uji ,tidak berputus asa dan lain-lain.

2. Kelemahan org kuat jiwa.

Sebaliknya org yang jiwanya kuat, tapi lemah iman dan tanpa pimpinan akan melahirkan
sifat buruk seperti gopoh, boros(membazir), zalim(suka menindas), pemarah.sombong,
pendendam,ego dan lain-lain.

Cara Didik org kuat jiwa

Bg mendidik org yang kuat jiwa supaya insaf dan terpimpin,ingatkan kepadanya tentang nikmat2
ALLAH. ceritkan kepadanya tentang sejarah org soleh(baik) dan toleh(jahat) kerana hatinya
mudah sensitif(tersentuh) dan mudah mendorongnya untuk mencontohi kebaikan dan meninggalkan
kejahatan.

Org yang kuat jiwa juga bila mengenal ia akan yakin dan pertahan bersungguh-sungguh
serta dapat pula menyampai dan mendidik org lain.

Hasil rujukan tulisan Jaafar Saleh (ciri2 wanita yg membawa ke syurga)

Monday, November 9, 2009

Gomo kelate gomo...Aduhai...


Akibat terlampau fanatik terhadap sesuatu benda..akibat nya org lain jd mangsa...Ni la org kate semangat kesukanan tiada dalam diri..lebih kepada ikut kate hati..kesian KAFA terpaksa byr akibat perbuatan tidak bertanggungjawab penyokong Kelate...

Nur Umira


Mungkin dah terlambat entry ni tuk ditulis..tp AKU baru berkesempatan tuk mengedit sedikit cebisan gambar tuk Umi..Dikesempatan ini kak win ingin mengucapkan selamat berjaya buat umi..semoga hari2 anda penuh dengan kecerian disamping kerjaya baru dan persekitaran baru..jgn lupe kami dicni yer...
Kak win dedikasi kan lagu ni tuk umi..

Selamat Berjuang
by BROTHERS

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita




Mancongkam chicken rice..

Saje jer nak bubuh gmbr ngah layan nasi ayam mancongkam kat gombak..coz firt time kan mkn kat c2..tu pun housemate AKU yang bgtau..tp yg syg nya nasi dia best tp aku xmkn habis coz sebelum p sane perut dah kenyang selepas "melantak" kepok lekor yg kak erin bwk dri ganu...tp ape2 pun mmg mancongkam mmg best...



Friday, November 6, 2009

Smile


keceriaan yg mengambarkan keadaan ku skrg..hehhehehe

Wasiat

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Wallahualam.

Kredit untuk isuhangat.blogspot.com

Thursday, November 5, 2009

Man U Collection

Go...Go Man United boleh...hehhhe..saje jer aku letak entry ni..coz aku dah dapat apa yg aku nak..walaupun x sempurna lg koleksi aku ni at lease aku dah dapat skit2 apa yg aku nak tuk hiasan dlm "buah hati" AKU. walaupun ngah pokai tp bile hati sdh berkenan apa sje mesti dituruti bru puas kan..mekasih pada "seseorg" kerana slah satu koleksi yg dihadiah kan semperna besday aku hari tu..aku harap apa yg aku idaman kan menjadi kenyataan tuk mendapat full set tuk "buah hati" aku..slow2 la yer...

Chocolate Graphics very nice...

mmm....apa yg aku nak coleteh kat entry ni ialah pasal coklat...ummm meleleh air liur bile sebut psal coklat kan ..bg sape2 yg mmg hantu mesti xmelepas kan peluang bile nmpk benda alah ni..masa training hari tu..level bawah ader mcm bazar la..semua rasa nak beli tp "ongkos" belum masuk so simpan jer la hasrat nak shopping..tapi kan bile nmpk je coklat ni..hati kami teruja ..yer la kan mana la pernah tgk coklat buleh ukir muka kita..Org yang jaga kedai tu ckp kita boleh jer tempah tuk weding ker tunang ker..apa saje la..janji ade duit..hakhakhak..apa lg kami bertiga belek2 la coklat tu..alih2 harris ckp pilih la mane satu nak dia nak belikan tuk Team QA..so dpt la sorg satu..Mekasih Harris..ni dah masuk 2 gift yg dia bg...harap lain kali dpt lgi la yer...so enjoy the picture ehhh..klu korg terasa nak tempah blh la ke website ni.. http://www.chocolategraphics.com.my

Ni yg aku punya..happy birthday..hehhee

bersama tuan belanjer..
5 geng QA