Thursday, May 26, 2011

Nora Elena adaptasi Novel Kasi Yang suci

Makin menjadi-jadi plak Novel diterjemahkan dalam drama ek..hehe...sekarang Nora Elena yang tgh hangat di slot Akasia di TV3..ak rasa mcm pernah baca novel ni..tp jalan cerita cam dah lupe ckit2...huhu...korang yang lom layan lagi cite ni ada masa lg nk hayati...sbb apa mmg super lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha..cam sesuai jer..dah la Aaron hencem tahap gaban kene plak lakonan yang romantik gtu...Siti Saleha plak walaupun masih baru lg tp dah boleh msyukkkk la ngan hero macho tu...ok2 jom baca skit sinopsis cite ni k...






Sinopsis Nora Elena

Nora Elena ialah kisah seorang gadis yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena.

Banyak adengan romantik tau...rugi klu xtgk..hehe..promote nih....awwww

Seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)

4 comments:

Norhafiza said...

aku rase novel ani aku dah baca gok...tp lamer doh....

Awien Heritage said...

novel mu hok aku baca kot masa kat JB dulu...mu kene tgk cite ni..romantik sungguh Aaron aziz..hehehhe

Norhafiza said...

novel tu tajuk nape ek...???

Awien Heritage said...

Kasih yang suci