1. Diakhiri dengan lafaz shahadah
Daripada Muaz r.a., bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)
2. Dahinya berkeringat
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)
3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat - Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)
4. Mati dalam keadaan melakukan ibadah
seperti mati ketika dalam solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.
5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati
Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk dada tanya iman :)
sumber: Solusi 29 (Mencipta Syurga Rumah Tangga) by Ustaz Zahazan Mohamed
No comments:
Post a Comment