Saturday, May 14, 2011

Kongsi raih RM1.08 juta hari pertama ..WOW

review filem kongsi

Beberapa hari lalu aku telah keluarkan entry(klik disini) yang xsabar2 nak tonotn Hero Paling Popular 2010 di filem Kongsi...nah selepas sehari ditayangkan hasil kutipan berjumlah 1.08 juta...fuhhh...hebat penangan Shaheizy Sam ni ek...walaupun anak mak karekter samseng sgt2 menjadi bila ditangan nya..hehe....tp muka tetap mcm "taman permainan" (kata faizal ismail dalam Apa sajaFBI semlam) hehe...

meh-meh baca petikan dari akbar Berita Harian...

KUALA LUMPUR: Filem terbaru lakonan Shaheizy Sam, berjudul Kongsi yang mula memasuki pawagam kelmarin mencipta sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila jualan tiket pada hari pertama tayangannya mencapai kutipan kasar RM1.08 juta di seluruh negara.

Jumlah itu adalah rekod terbesar menyaksikan filem Melayu buat pertama kalinya melepasi kutipan lebih RM1 juta pada hari pembukaan tayangannya, selain muncul kali pertama filem tempatan ditayangkan menerusi 100 pawagam.

Kutipan besar itu adalah kejayaan di luar dugaan selepas Sam meraih gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, awal bulan lalu. Filem arahan Farid Kamil itu diterbitkan MIG Productions membabitkan kos sebanyak RM1.8 juta.Sumber pawagam juga melaporkan kutipan besar yang diraih Kongsi ialah di kawasan sekitar Johor, Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan menyaksikan keseluruhan jumlah penonton adalah melebihi 104,000 orang.

Kongsi muncul sebagai filem kedua paling tinggi kutipan pada hari pembukaannya dalam tempoh 15 tahun di negara ini selepas Transformers 2 – Revenge of The Fallen yang meraih catatan kutipan hari pertama sebanyak RM1.2 juta.

Mengulas pencapaian di luar jangkaan itu, produser Kongsi, David Teo, berkata tayangan pembukaan dan sepanjang hari pertama tayangan Khamis lalu saja mencapai kutipan kasar RM1,085,064 juta menerusi tayangan membabitkan 100 pawagam di seluruh negara.

“Saya dan seluruh produksi Kongsi gembira dengan berita ini,” katanya.

Awien Heritage==> makin menjadi2 plak anak mak seorang ni....:)

No comments: