Sambil jalan-jalan menjenguk blog-blog yang ak suka, terjupa satu entry yang amat menyentuh perasaan, artikal ni diambil dari blog Mazlin Chik Inn Nordin (wartawan Tv3). jom kita hayati kisahnya..
Pada suatu hari, anak Umar Al Khattab pulang
dari sekolah sambil menangis.
Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu
menjawab:
"Teman-temanku di sekolah menghitung
tampalan bajuku dan mengejek.
Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin,
bajunya bertampal-tampal seperti ini."
Mendengar anaknya mengadu, timbullah rasa
kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya.
Oleh kerana itu, beliau mengirim sepucuk
surat kepada Bendahari Negara meminta agar
beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham
dengan jaminan gajinya bulan depan di potong.
Bendahari Negara itu mengirimkan surat
jawapan yang berbunyi :
"Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat
memastikan bahawa engkau akan hidup
sampai bulan depan?
Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar
hutangmu?
Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu
itu di hadapan Allah?"
Membaca surat itu maka Umar menangis lalu
berkata kepada anaknya:
"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah
sebagaimana biasanya kerana aku tidak
dapat memperhitungkan umurku walaupun
sejam lagi."
SAMA SAMALAH KITA RENUNGKAN DARIPADA KISAH
DI ATAS......
ALLAH HU AKHBAR........
No comments:
Post a Comment