Petikan dari akhbar Harian Metro
Satu lagi berita sedih melanda negara kita..lebih kurang pukul 2.15 ( 21/05/2011) kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Takziah dan Al-Fatihah awien heritage ucapkan kepada semua mangsa2 tanah runtuh di Hulu Langat. Semoga anak-anak yang telah meninggal dunia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin..
Disini saya nk kongsi sedikit artikal dari Isuhangat.net untuk kebaikan kita bersama.
“Apabila mati anak adam maka akan terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu:
1.Sedekah jariahnya
2.Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
3.Ilmu yang dimanfaatkan olehnya
Alhamdulillah tuan/puan telah dikurniakan anak-anak yg soleh yang pasti akan mendoakan ibubapanya dan…
Pastinya tuan /puan juga akan meninggalkan ilmu yang di menfaatkan…
Namun jika ditambah lagi bekalan tuan/puan untuk menuju hari akhirat dengan sedekah jariah,alangkah baiknya
Kerana pahala ibadah ini akan berkekalan hingga hari qiamat…
Insya’Allah ! Kerana itulah janji-janjiNya…
“… Jom bersama-sama kita menghulurkan sekurang-kurangnya RM1 kepada setiap satu rumah di bawah ini setiap kali kita mendapat gaji atau apa-apa rezeki yang dikurniakan… Niatkan hanya kerana Allah…”
Maybank : 508225215570 – Pusat Anak Yatim Nurul Iman
Maybank : 512017014255 – Laman Asnaf Permata Hatiku
Maybank : 512183134032 – Rumah Kasih Harmoni
Maybank : 564306010030 – Khidmat Nurhikmah
Maybank : 562647201075 – Anak Yatim Miskin Al Munirah
Setakat list di atas baru sahaja RM5 sebulan. Kalau nak lebih lagi boleh klik banner di tepi blog isuhangat ini iaitu blog direktori anak yatim. Apa yang paling penting ialah niat yang ikhlas kerana Allah.
Al-Fudhail berkata, “Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’, Mengerjakan amal kerana manusia adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu untuk meninggalkan keduanya.”Al-Junaid berkata, “Ikhlas merupakan rahasia antara Allah dan hamba, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga dia menulis-nya, tidak diketahui syitan sehingga dia merosaknya dan tidak pula diketahui hawa nafsu sehingga dia mencondongkannya.”
Yusuf bin Al-Husain berkata. “Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas. Berapa banyak aku mengenyahkan riya’ dari hatiku, tapi seakan-akan ia tumbuh dalam rupa yang lain.”
Awien Heritage ==> Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment