Monday, March 5, 2012

Kad kahwin ada ayat suci jangan dibuang merata-rata - Jakim


KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata, tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran.

"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Namun Othman berkata, pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.

"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” jelasnya. - BERNAMA

Sumber : Utusan Malaysia

2 comments:

~AmyLiana86~ said...

amy ada terbaca jugok kakwin..huhu

Awien Heritage said...

amy-- kad kahwin amy mcm mane? hehe..ada tak yg dinyatakan tu? huhu