Monday, February 27, 2012
Bertuahnya kalau dapat.......
Bila dah berkumpul!!!!!!
Gambar-gambar ni diambil semasa majlis sambut menantu di rumah ibu saudara awien...Untuk makluman penganti lelaki merupakan sepupu awien. Tahniah untuk kamu berdua WAN MOHD HAZRIE dan NURUL AKMILAH..semoga cepat2 dapat baby yer...
Tempat : Kg Gong Badak , Kuala Terengganu
Outdoor.. :)
Indoor..hakhak
4 beradik..
Lagi- lagi..
Aku yang bambam...hikhik..
Purple team..
Wednesday, February 22, 2012
Lagu Tema Vanilla Coklat | Astrid – Tentang Rasa
Alahai....sape2 yang dah fanatik kat cite Vanilla Coklat ni pasti tak sabar menunggu hari selasa kan..best sgt cite ni..part yang asyik tersenyum jer bila part amir ngan zara..pasti geli hati tgk diorg..kadang2 gaduh, manja, romantik..huhuhu.. meh kita layan lirik lagu tentang rasa dengan foto diorg yang romantik... :)
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Awien Heritage--> dgr2 mak2 orang pun suke cite ni..tul ker??? hakhakhak
Wednesday, February 15, 2012
Lirik Lagu Tak Keruan – Zamani feat Sharifah Zarina
Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu
Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku
Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta
Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti
Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar Putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta
Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai
Di buai cinta
Awien Heritage--> salah seorang peminat tegar zamani suatu ketika dulu.. :)
Sunday, February 12, 2012
Ulangtahun Ke 2 Bell Qistina (TBQ)
Semalam 11 Februari 2012 merupakan ulangtahun Ke 2 Bell Qistina (TBQ) satu2 nya anak sedara awien. Tp kami sekeluarga tidak bekesempatan untuk sama2 meraikan besday nya kerana TBQ jauh di Johor sane. Insyaallah hujung bulan ni diorang balik Terengganu, kat cni plak kita sambut kali ke 2...cewahhhhhh...mcm plan jer....hehehe..
Apa2 pun kami sekeluarga mengucapkan selamat Ulangtahun ke 2 tuk TBQ...semoga Allah sentiasa merahmati hidup mu...amin....
Kita layan 3 keping gambar sambutan besday TBQ di Johor yang dicurik dalam FB ayah TBQ.. :)
Thursday, February 9, 2012
Vanilla Coklat buat aku tersenyum
Sepanjang 8 episod ia ditayangkan..membuatkan awien tersenyum sepanjang menonton drama tersebut. Best nya kalau betol2 ada suami macam amir ni kan..so sweet...episod selasa lepas awien rasa episod paling romantik di mana amir dan zara masing2 dah jatuh cinta..sepanjang cite berlangsung senyum jer sampai sudah tgk gelagat diorang..
kalau korang yang belom sempat tonton episod 8..ni awien bagi link k...sure korang pun senyum sampai telinga...http://mmf00.blogspot.com/2012/02/blog-post_3204.html
Kalau korang nak layan gambar diorang pun ok gak..ni beberapa keping gambar diorang yang dikorek dri FB Vanilla Coklat
Thursday, February 2, 2012
The Chinese Chicken Chop resipi
Sebelum ini awien ada buat entry pasal Chicken Chop yang abah masakkan..hari ni awien coretkan resipi untuk korang cuba2 k...nak kate sedap tu tak la tp boleh cuba untuk diri sendiri.. untuk family gathering pun buleh juge..jimat kos..huhu...
SELAMAT MEMCUBA !!!!!!!
Bahan-bahannya
Beberapa keping daging ayam (ikut berapa yang nak makan), dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada putih
½ sudu ajinamoto
Bahan untuk sos
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu besar sos cili/tomato
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
2. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
3. Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, , garam, sos tiram.
4. Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng. (ikut suke korang la.)
Awien Heritage--> Kalau korang nak tambah2 perisa pun boleh..ikut selera korang k...