Thursday, October 27, 2011

TAHNIAH!!!!! Tomok bakal menjadi bapa

Mmmmmm... nak jadi bapa dah tomok ni...mknanya awien dah nk jd untie..hehe..perasan laks..apa-apa pun tahniah pada Tomok dan isteri, semoga menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak..insyaallah...Jombaca artikal yang awien copy 100% dari portal mediahiburan untuk korang.

Pasangan tomok dan ayu


Oleh : Hairul Hasraf

Susulan berita kehamilan isteri penyanyi terkenal Tomok, Ayu yang diumumkan di Twitter, MH Online mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada penyanyi itu sendiri. Nyata Tomok gembira berkongsi cerita.

"Saya mengetahui berita kehamilan ini ketika berada di Turki kerana sedang menjalani penggambaran filem 'Istanbul Aku Datang' di sana. Kira-kira jam 5 pagi, isteri menghubungi saya dan memaklumkan perkara itu. Saya terkejut dan pada masa yang sama berasa sangat gembira," ujar Tomok ketika ditemui di sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 26 yang berlangsung di Mutiara Damansara.

"Sebaik pulang dari Turki, saya terus membawa isteri menjalani pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan isteri saya telah hamil dua bulan. Syukur kerena setakat ini isteri tidak mengalami alahan yang serius kecuali muntah-muntah dan pening biasa," tambah Tomok yang tidak kisah jantina anak yang bakal dilahirkan.

Bercerita tentang karier seninya pula, Tomok menjelaskan;

"Selain sibuk dengan filem terbaru ini, saya juga akan menjalani penggambaran video muzik di London untuk lagu tema bagi kempen ‘Buka Semangat’ yang berjudul 'One Night Only' dan akan bergandingan bersama beberapa artis ternama antarabangsa," tambah Tomok mengakhiri perbualan.

Awien Heritage--> mesti anak diorang comel mcm awien kan?waaaaaa...perasan sokmo..:)

2 comments:

myranaqi said...

hahaha..pelik jap...nape muka anok tomok comel mcm k.awin ??ada kaitan ke???ahahahhaha

Awien Heritage said...

Myranaqi--> jgn dop tahu pantulan peminat no 1 tu ada..hakhakhak...