Sunday, July 24, 2011

Rita Rudaini dan Aidil Zakuan kini bersatu

Sejuk rasa bila baca artikal pasal pasangan popular ni...ye la kan...ramai yang dah tahu perihal rumahtangga diorang...berkat kesabaran kedua-dua nya kini mereka kembali bersatu untuk masa depan anak-anak..tahniah2..seronok tengok diorang kan..hensem dan cantik...bukan apa sebenarnya Rita Rudaini antara artis wanita yang aq paling minat...suka sangat tengok muka dia...mungkin lawa kot...hehehe...paling suka bila Rita berlakon watak romantik ala-ala kasar gitu..dan paling suka bila Rita digandingkan dengan hero seperti Rosyam Nor dan Aaron Aziz seperti ada aura bila berlakon. Apa-apa pun semoga perkahwinan diorang kekal selamanya..amin....

ANAK SATUKAN KAMI

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu ingatkan kisah lalu, lebih-lebih lagi anak kedua saya, Airit Qaqa Arjuna yang berusia dua bulan menyatukan saya dengan mereka (Aidil dan keluarganya).

“Buat masa ini, saya cuba fokus untuk menjadi ibu kepada dua anak dan isteri. Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja, kami tetap bersama meluangkan masa dengan anak,” kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35. (Klik link ini untuk baca artikal penuh dari akhbar Metro)

No comments: