TAJUK: ...Dalam Botol
TERBITAN: Pengedaran JAS Sdn Bhd
PENGARAH: Khir RahmanSKRIP: Raja Azmi
PELAKON: Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid
GENRE: Drama
KLASIFIKASI: 18
TARIKH TAYANGAN: 24 Mac 2011
Sekali Imbas
Mendengar tajuknya saja, pasti ramai yang akan menyangka cerita ini penuh dengan adegan kontroversi yang melibatkan golongan komuniti yang mengamalkan gaya homoseksual serta biseksual . Namun, pandangan itu ternyata meleset. Filem ini sebenarnya bersandarkan kepada kisah benar seorang lelaki gay yang pernah melakukan pembedahan dengan membuang zakarnya untuk menjadi seorang wanita supaya kekasihnya (kaum sejenisnya) akan terus mencintainya. Namun, pengorbanannya itu tidak dihargai.
Ulasan Penuh
Pelbagai respon negatif yang diberikan masyarakat sebaik saja produser filem ini iaitu Raja Azmi mengumumkan mahu menerbitkan filem berkenaan. Namun, segala yang dilalui isteri kepada Jailani Sidek ini seakan berbaloi kerana mesej dakwah yang diterapkan dalam filem ini sampai menerusi pendekatan secara dakwah yang sangat subtle. Tetapi mampu, membuat kita terfikir, inilah kesannya kalau kita terlalu mengikut hawa nafsu tanpa berpandukan akal fikiran serta agama.
Malah, penulis merasakan berdasarkan rekod Raja Azmi sebagai produser filem yang pernah menghasilkan beberapa filem sebelum ini, ...Dalam Botol adalah karya terbaik dari beliau sehingga mampu memikat pihak Amerika Syarikat untuk dijadikan koleksi untuk kajian tentang filem Malaysia. Jadi tidak hairanlah, kalau selepas ini, Raja Azmi akan terus menerbitkan filem yang berbaur kontroversi.
Menyentuh dari segi keberanian Raja Azmi yang memberi kepercayaan kepada pendatang baru Arja Lee dan Wan Raja sebagai tunjang utama filem ini yang mana pemilihan mereka dibuat bersandarkan undian peminat, ia sewajarnya diberikan pujian atau standing ovation. Ini kerana, kedua-dua pelakon ini mampu menampilkan sentuhan lakonan yang cukup mantap. Bahkan, ia langsung tidak nampak sebagai seorang yang amatur.
Pun begitu, lakonan Arja Lee yang banyak melibatkan diri dalam dunia lakonan teater kadangkala nampak tidak begitu konsisten kerana dia masih belum mampu memberikan kelainan terhadap watak Ruby dan Rubidin yang mempunyai sedikit perwatakan yang berbeza.
Adakala, penulis merasakan Arja seakan-akan terkawal pergerakannya kerana mungkin dia takut rambut palsu yang dikenakan untuk watak Ruby tertanggal. Namun, permainan emosi Arja Lee yang dilahirkan secara dalaman memang hebat hingga kita sendiri dapat merasa kesakitannya tatkala berhadapan dengan pelbagai kemelut.
Yang mana, dia ditinggalkan kekasihnya dengan hutang yang banyak, pada waktu yang sama kekasihnya tidak dapat terima perubahan dirinya sebagai seorang wanita, disebabkan hutang yang banyak, dia diugut oleh Along, ibu bapnya pula tidak dapat terima perubahannya, bapanya sakitnya dan akhirnya meninggal dunia, sebelum meninggal dunia bapa sempat berpesan supaya dia yang mandikan jenazah.
Semua emosi itu dapat dizahirkan dengan baik dan berkesan..
Keberanian yang ada pada Wan Raja juga seharusnya dipuji kerana sangat berani melakukan babak memakai seluar dalam walaupun beberapa saat dari babak itu terpaksa dipotong atas permintaan pihak penapisan filem.
Apa yang pasti, kekuatan filem ini yang mempunyai jalan cerita yang berbentuk keinsafan juga diukur pada kewibawaan 3 sifu lakonan iaitu Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid yang mana mereka mampu mendorong emosi penonton untuk hanyut dalam karektor mereka.
Lebih-lebih lagi Ogy yang mampu membuatkan bos penulis iaitu Ellyna Ali sebak sehingga menitiskan air mata sebaik saja menonton adegan Ogy bersama Diana Danielle.
Menyentuh soal teknik pengarahan Khir Rahman dan sinematografi filem ini, penulis merasakan ia banyak menggunakan teknik pengarahan yang berbentuk artistik yang mana ia turut mengundang penonton untuk berfikir sambil menyelami setiap babak yang ditonjolkan dalam filem ini. Namun, bentuk editingnya kadangkala mampu membuat segelintir penonton tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Khir.
Kecuali mereka yang benar-benar peka dengan setiap perwatakan serta jalan ceritanya.
Pun begitu, ....Dalam Botol bukanlah sebuah filem yang agak berat untuk diterima. Jauh sekali untuk difahami. Sebaliknya, ia hanya menuntut penonton untuk memahami visualnya dalam bentuk bahasa filem yang agak subtle dan mudah.
Beberapa babak dalam filem ini dilakukan dengan cukup sempurna. Pertama, babak Arje bersama ibunya. Kedua, babak Arja bersama bapanya dan ketiga, babak Diana Danielle bersama ibunya.
Beberapa babak lain meninggalkan kejutan serta momen-momen yang menarik. Misalnya. antara Arja dan Wan Raja ketika mereka sedang bergaduh, Arja ketika meninggalkan kewanitaannya dan waktu dia bersama Diana Danielle.
Cuma yang paling banyak dipertikai adalah teknik make-up yang digunakan pada Arja Lee sewaktu dia berubah menjadi wanita. Sepatutnya sentuhan dandanan itu sepatutnya lebih menampakkan Arja sebagai wanita yang betul-betul cantik. Ini tidak, wajah Arja sama saja dengan wajah dia menjadi lelaki sejati.
Apa sekalipun, filem ini sewajarnya ditonton oleh masyarakat kita untuk menyedarkan meraka akan kewujudan golongan sebegini yang mana berkemungkinan besar berlaku di kalangan orang yang dikenali serta rapat.
Sipnosis
Rubidin (Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja), pasangan bercinta sejenis. Demi cinta, Rubidin menjalani pembendahan jantina dengan menukar identitinya menjadi Ruby. Namun, Ghaus akhirnya menyingkirkan Ruby. Kerana wasiat ayah, Ruby pulang ke kampung dan kembali menjadi Rubidin. Tanpa diduga, gadis bernama Dina (Diana Danielle) datang menghiasi hidup Rubidin. Mereka bahagia sebagai pasangan normal dan membuat keputusan berkahwin. Dapatkah kebahagian dikecapi apabila Dina ketahui kelelakian Rubidin berada dalam botol?
Sumber penuh dari murai
Awien Heritage==> mcm best jer.....
No comments:
Post a Comment