Tuesday, March 15, 2011

Juara All England: Chong Wei Terima Saham RM100,000

Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England setelah menundukkan pemain China Lin Dan 21-17, 21-17.

Chong Wei juga turut menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Lee, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini, Selasa.

Sementara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Lee itu.

Untung kan kalau kita cemerlang dalam sukan...tengok Nicol An David pelbagai pengiktirafan diterima sepanjang terlibat dalam sukan squash.

Nissan GTR

Kalau korang nak tau ni la sport car Datuk Lee Chong Wei..hebat kan taste datuk kita ni....orang muda dan ada duit apa pun boleh jd.....kan kan kan...

Awien Heritage==> masa skolah dulu sgt2 la mls klu bab2 bersukan..hehe.. xder bakat kot atau badan berat sgt..hihi

No comments: