Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?.
Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang
uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu
Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan
juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah
sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka
membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini.
Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian
Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment