Pewaris ketiga takhta Kerajaan Britain itu bakal menjadi Raja Britain yang ketujuh memakai nama tersebut apabila baginda menaiki takhta kelak.
King George yang pertama iaitu moyangnya, menaiki takhta 300 tahun yang lalu pada 1714 adalah seorang raja dari wilayah Hannover, Jerman.
Baginda dijemput ke Britain untuk menjadi raja selepas kematian kakaknya yang terlebih dahulu menjadi ratu Britain tetapi meninggal dunia tanpa meninggalkan waris.
King George I menjadi Raja tanpa boleh bercakap sepatah pun perkataan Inggeris.
George juga adalah nama bapa Ratu Elizabeth II, raja dan pemerintah Britain sekarang.
Bapa ratu memakai gelaran King George VI dan memerintah dari 1936 hingga 1952.
Nama tengah putera baru ini - Alexander - mempunyai kaitan dengan Scotland dan juga Greek.
Malah nama George juga berasal dari Greek.
Suami Ratu Elizabeth, Putera Philip adalah seorang putera dari keluarga diraja Greek.
Terdapat tiga orang Raja Scotland menggunakan nama Alexander ketika menaiki takhta.
Sementara nama ketiganya iaitu Louis dikatakan ada kaitan dengan pakcik kepada datuk Putera William iaitu Lord Louis Mountbatten yang dibunuh oleh gerila pembebasan Ireland pada 1979.
Dalam pada itu nama George juga adalah nama pilihan yang ke-12 paling popular di Britain.
Sumber dari mStar Online
No comments:
Post a Comment