** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama
orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti
twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit
buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti
canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air
sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan
kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan
perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah
teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan
perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan
pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama
sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist
dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31
hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam
kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini
tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
No comments:
Post a Comment