Wednesday, December 28, 2011

Satu lagi Drama Romantik di TV3 - Vanilla Coklat

Salam semua...hari ni awien nak cerita pasal satu lagi drama best di tv3..selepas kejayaan drama Cinta Elysa, satu lagi drama yang awien rasa korang patut tonton. Awien bukan apa seronok sangat kalau layan cerita cinta budak2 ni...kelakar pun ada..bila layan cerita ni teringat plak kat Filem I'm Not Single, lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil...sweet sangat diorang berlakon...

Semalam 27/12/2011 baru episod ke 2 cerita Vanila Coklat ni tp dah nmpak best..belum lg part2 diorang romantik2 gitu...korang kalau lum lg layan cuba2 la luang kan masa setiap selasa 9 malam. Kat bawah ni awien ada sinopsis cite ni yang awien copy and paste dekat laman TV3.





Barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly

Sinopsis Vanila Coklat

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Awien Heritage --> Semakin jatuh cinta dengan lakonan Izara Aisyah..orang nya pun leh tahan cantik.... :)

Monday, December 26, 2011

Selamat bertunang Fazilah dan Joe

Fakta tentang bakal pengantin dengan Awien..hehehe..

1. Kawan masa SPIKE ( Kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh kerajaan Terengganu) 2008
2. Satu pejabat dan teman sebilik / serumah di Kuala Lumpur 2008/2009
3. Pernah menjadi mangsa buli awien dulu-dulu...hehehe...sori fazi deh...hihi
4. Kalau dengar lagu "KERANA TERLUKA" ingat kenangan dulu-dulu...hakhakhak

Tarikh : 24/12/2011 Sabtu
Tempat : Kg Kesom, Manir Kuala Terengganu


itu serba sedikit fakta bagi korang yang tak tau..sape2 yang dah tau tu diam-diam sudahhhhh..hehehhe.. eh korang nak tgk gambar diorang bertunang ea..k k...see

(Semua foto-foto 100% dicedok dari Facebook pemilik nya...sbb foto dari hp awien punya tak berapa nak clear al-maklumala.)

TAHNIAH FAZILAH JAMIAH DAN WAN ASMIZUL SEMOGA KORANG SAMPAI KE JINJANG PELAMIN..INSYAALLAH

Selamat menjadi tunangan orang

Sama cantik sama padan

Kami yang suka inframe...hehehe
Awien Heritage -- > kadang2 teringin juge...hehehe

Thursday, December 22, 2011

Wajah Baru Duit Kertas Dan Syiling 2012

Korang dah tengok lum duit baru????? nah Bank Negara dah keluarkan...nmpk macam cantik jer kaler kan...tp yang pasti kualiti duit baru ni pasti lebih baik dari sebelum2 ini...sure la diorang buat yang terbaik kan..

Kalau korang lebih info pasal duit baru ni buleh la ke akhbar KOSMO.. dan dibawah ada beberapa foto duit-duit baru.


Awien Heritage --> bestnya kalau tido atas duit..hehehe

Sunday, December 18, 2011

Ombak Rindu dah cecah 10 juta!!!!!

Hot2...memang macam goreng pisang panas la filem ni....dengar2 nya dah mencecah kutipan 10 juta.....huh mmg super la.....minggu lepas awien berkesempatan untuk menonton filem ni bersama kawan-kawan..biasa plan last minit menjadi...so kita orang gerak menuju ke Mesra Mall kemasik dalam kol 2 ptg..hajat nk tengok yang pukul 4 lbh...alih2 tiket dah abis... yang ada pukul 7.20 mlm...tu pun seat ada 4 jer yang kosong dan paling sedih seat paling depan kosong...aduiiiii...sakit tengkuk2..konon2 menghayati la..hehehe...


Antara part2 romantik yang awien suka..sweet sangat time ni...

Dah lebih 2 minggu pom tayangan nya..orang ramai masih lagi berebut2 nak tengok filem ni..Awien bukan apa teruja dengan filem ni..antaranya sebab dah baca novel nya so teringin plak nak tengok macamana visual nya... ternyata apa yang orang ckp2 selama ini tentang kehebatan filem ni...betul..walaupun dalam novel tak sepenuhnya dikeluarkan tp impaknya hampir sama.

Orang ckp ramai yang menangis kan..awien tidak terkecuali bila part Harris menangis..aduhaiiii...menitik juge la airmata ni walaupun tak selaju air paip...hekhek....sedihnya...hehe...nmpk macam cute jer tgk orang hensem menangis kan...hehehe...

Part ni la buat air mata ku menitik...sedih dorrrr....

Apapun Awien boleh katakan Filem ni ok la..boleh buat orang lentok seketika part romantik tu...hekhekhek...korang yang belum lagi tengok tu sila2 la jenguk pawagam berhampiran yer..hehe..

Part ni mesti ramai yang suka..hehe..nmpk sangat Hariss ni tak tahan tengok Izzah...huhu



Awien Heritage --> Filem Azura versi terbaru pun nampak macam best jer....sbb ada Neelofa kot...hehehe

Thursday, December 15, 2011

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira [OST Ombak Rindu]

Filem ni pom belum tengok lagi tp awien percaya ia sangat best menerusi maklum balas yang diterima...ok kepada yang belum lagi layan filem ni jom layan OST Ombak Rindu dulu..kot2 korang dapat lagi feling sikit-sikit...hehe..


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Untuk klip video lagu Ombak Rindu sila klik link ni k

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

PERHATIAN KEPADA ANAK GADIS SEMUA

SALAM SEMUA... Awien ingin kongsikan sedikit info yang awien dapat melalui Facebook tadi. Kesan dari makan makanan fastfood amat memberi kesan negatif kepada badan kita...jom kita baca k.. apa yang pasti ambil ia sebagai peringatan untuk kita semua dan sebarkan kepada orang-orang yng kita sayang.

Sila klik gambar ni untuk lebih jelas

Thursday, December 8, 2011

MESTI BACA!!!!! KEBURUKAN MENAHAN KENCING

aii kawan2 semua...Korang dah baca kan tajuk kat atas tu...awien pasti korang selalu menahan kencing kan? tak kira la sibuk ker, malas ke yang pasti tabiat tu bakal mengundang bahaya pada kita semua. Artikal ni awien dapat kat Facebook td...takut plak bila baca..Jd korang patut baca k...



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

kredit: Facebook rakangroup

Awien Heritage --> apa yang dianggap remeh itulah yang mengundang bahaya besar untuk kita sebenarnya...

Wednesday, December 7, 2011

Kemalangan paling mahal dalam sejarah

Tokyo – Satu konvoi kereta mewah terlibat dalam kemalangan di bandar Yamaguchi menyebabkan jalan berkenaan terpaksa ditutup selama lebih enam jam.

Apa yang menariknya, ia merupakan kemalangan kereta paling mahal di dalam sejarah melibatkan kerugian bernilai AS$3.58 juta.

Kemalangan tersebut membabitkan lapan kereta ferrari, tiga kereta Mercedes Benz dan sebuah Lamborghini serta dua kenderaan biasa.

Ia bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.

Ketika kejadian, konvoi kereta mewah tersebut dalam perjalanan ke Hiroshima.

Polis percaya kemalangan tersebut berlaku selepas salah seorang pemandu Ferrari berkenaan cuba menukar laluan sebelum melanggar penghadang jalan.

“Kumpulan berkenaan memandu antara 140-160km/sejam,” kata seorang saksi.

Manakala seorang peronda lebuh raya, Eiichiro Kamitani berkata, dia tidak pernah melihat kemalangan seperti itu yang melibatkan banyak kereta mewah.

“Ferrari selalunya tidak bergerak dalam jumlah yang banyak,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pemandu kenderaan berkenaan memaklumkan, sesetengah kenderaan mewah itu mengalami kerosakan teruk.

Jom tengok gambar-gambar kemalangan di bawah :-







Sumber : mynewshub, budakbotak

Awien Heritage --> garu kepala pihak insurans nak cover ni...hehehe

BANGLO UNTUK APEK.....TAHNIAH DIUCAPKAN

Lagi2 ckp pasal bola kan awien ni..huhu..dah mmg te ngah demam bola sepak...banyak la cite best2 pasal pemain-pemainnya...dgr2 dah ramai anak- anak dara dah tergila2kan pemain muda ni..hehe...paling mendapat perhatian sekarang ni ialah pemain muda berbakat Nazmi Faiz mansor...so cute.


SIAP…banglo baru bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi.

Dah melalut dah..ok 2 sebenarnya nak cite pasal tajuk dan gambar kat atas tu...ingat tak lagi banglo yang dijanjikan oleh kerajaan Negeri Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat (APEK) yang berjaya memenangi paiala AFF kini dah siap sepenuhnya dan tunggu masa nak bagi kunci jer...

mmmm...untung kan diorang..main bola jer dapat macam2...tp berbaloi la kan..diorang semua kan mengharumkan nama negara. Kini pasukan MALAYSIA disegani oleh pasukan dari negara Asia Tenggara..syabas kepada pemain-pemain. Syabas juga tuk Apek..best nya dapat rumah baru... kalau korang nak baca artikal pasal rumah ni boleh la lawat akhbar Metro yer...

Awien Heritage --> rumah tangga belum lagi macam mana nak dapat rumah..heheheh



Tuesday, December 6, 2011

Kisah antara duit RM 1 & RM 50

Perbezaan duit RM1 & RM50

Sambil lawat blog-blog febret td awien terjumpa satu artikal yang membuat awien berfikir sekejap...maksud disebalik cerita yang disampaikan..ok cuba korang baca betol2 apa yang nak disampaikan oleh penulis tersebut. Artikal ini saya ambil dari blog pakarhowto. Dibawah ini artikal asal dari pakarhowto.


Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya dapat daripada email salah seorang sahabat. Saya kira tulisan ini diolah dengan kreatif dalam menyampaikan mesej kepada pembaca. Mesej dalam tulisan ini wajar untuk kita fikir dan beri perhatian. Begini kisahnya ;

vs

Duit seringgit (RM1) telah bertemu dengan lima puluh ringgit (RM50).

Duit seringgit bertanya:
“Oit brader, lama tak nampak, mana ko pergi?”

Lima puluh menjawab:
” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol…dan tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk :
“Hmm..biasa lah…Balik-balik tempat yg sama………’SURAU…., MASJID……., SURAU………”

Apa mesej yang anda dapat setelah membaca kisah ini??
Maka fikir2kanlah dan buatlah tindakan yang sepatutnya.

Awien Heritage ==> renung2 kan....

Al-Fatihah dan Takziah kepada keluarga Khairul Fahmi Che Mat

Takziah diucapkan keluarga Apek yang telah kehilangan ahli keluarganya semalam...Semoga apek sentiasa tabah menghadapi dugaan. Di bawah adalah petikan daripada akhbar Sinar Harian.


Oleh : MOHD FAHMI ISMAIL

Tarikh : December 6, 2011
Adik Apex meninggal dunia akibat demam panas

ADIK penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meninggal dunia akibat demam panas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Mohd Izat, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Mek Zainab II, di sini, meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2 Delima, HUSM.

Khairul Fahmi berkata, beliau sedih dengan pemergian adiknya dan kali terakhir bertemu arwah sebelum Aidiladha, baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sehingga tidak sedarkan diri ketika saya menghadapi Sukan Sea di Jakarta.

“Kali terakhir saya sempat melawatnya selepas dia dipindahkan ke HUSM Khamis lalu dan ketika itu arwah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pohon Tanjung, Wakaf Mek Zainab, di sini, semalam.

Khairul Fahmi berkata, biarpun berlai­nan ibu, namun mereka adik-beradik tetap akrab dan arwah meminati bola sepak, namun kurang aktif dalam sukan itu.

Sementara itu, bapa arwah, Che Mat Husin, 58, terkilan kerana tidak membenarkan anak sulung daripada isteri keduanya itu meminjam keretanya.

“Dua hari sebelum arwah demam panas dan dimasukkan ke hospital, dia pernah menyatakan hasratnya meminjam kereta saya untuk membeli makanan di kedai berdekatan.

“Saya terkilan kerana tidak membenarkan arwah menggunakan kereta itu memandangkan sudah lewat (jam 1 pagi) dan biasanya saya benarkan dia menggunakan kereta itu,” katanya.

Jenazah Mohd Izat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek, di sini kira-kira jam 5 petang sejurus selepas ketibaan Khairul Fahmi di rumah keluarganya di Wakaf Mek Zainab.

Awien Heritage --> yang hidup pasti akan mati...semoga kita semua mati dalam iman..insyaallah...

Monday, December 5, 2011

Demam Filem OMBAK RINDU melanda

Buka je blog2 hiburan pasti akan ada entry pasal Filem romantik Ombak rindu..hasil dari ulasan blogger2 nmpk mcm best...kawan 2 facebook yang dah menonton pom ckp best..ada yang kata sedih, romantik dan dll..ni buat awien tak sabar nak menonton ni..tp kene tunggu dvd dulu la kuar..sbb nk g nonton teramat la jauh dri rumah ku..huhu...

poster ombak rindu1 Ombak Rindu | Aaron Aziz & Maya Karin

Dgr2 filem ni dah cecah kutipan 4 juta...tol ker? klu betol syabas kat team Ombak Rindu...bukan apa kalau baca novel nya pom dah tau akan gempak citenya...terbayang watak Aaron Aziz sebgai Hariz dan Maya Karin sebagai Izzah sedang di alam romantik...hehe...kalau ada pembaca blog awien ni yang dah nonton filem ni coret2 la ckit best ker tak..apa perasan korang bila tgk filem ni..kongsi2 k...

Filem dari novel Ombak Rindu

Awien Heritage ==> best layan cerita-cerita jiwang..seoloh2 kita dialam itu.. :)

Saturday, December 3, 2011

Kecil-kecil cili padi = Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

Salam semua....ok jom kita cite pasal bola ckit..ni pasal si Nazmi Faiz...hero baru Harimau Muda kita...boleh kata kan Nazmi antara yang bakal menyerlah dalam sukan bola sepak kita nanti...dengan umur yang masih muda tp bakat yang ada boleh dibanggakan semua...ingat tak lagi perlawanan antara Malaysia dan Bahrain baru2 ini..walaupun Malaysia tewas 2 - 3 tetapi kita berbangga dengan jaringan yang "super power" dari Nazmi dan menjadi antara gol terbaik dunia yang dihasilkan.. ok jom baca petikan dari akhbar SINAR HARIAN mengenai gol tersebut.



BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.


Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

Awien Heritage --> suka tgk peminat2 bola yang fanatik.. :)

Thursday, December 1, 2011

sepuluh (10) tip mengawal rasa marah


Gambar sekadar hiasan / kredit
1) Beristighfar
2) Berwuduk
3) Tarik nafas dalam-dalam
4) Tinggalkan situasi itu
5) Ubah posisi dan kedudukan kita
6) Kosongkan fikiran
7) Minum air kosong dan selawat.
8) Fikir positif
9) Ingat bukan kita sahaja yang boleh marah orang lain pun boleh marah juga
10) Ingat apabila seseorang itu marah syaitan mengalir dalam urat darahnya.

Fikir-fikirkan dan sebar-sebarkan

Petua Murah Rezeki


Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

Sumber : rindok

Awien Heritage ==> Ya Allah Ya Tuhan ku...berkatilah kedua-dua orang tua ku..dan berilah kesihatan yang baik untuk kedua-duanya..sesungguhnya aku amat menyayangi kedua-duanya..amin..ya rabal alamin...