Monday, July 12, 2010

10 menarik Paul Si Sotong


sumber dri pakcik goog

DIA sudah menjadi seekor daripada bintang kejohanan dan memalukan pengulas TV disebabkan ramalannya yang tepat mengenai keputusan Piala Dunia. Di sini 10 perkara yang anda mungkin belum tahu mengenai Paul, seekor sotong peramal keputusan perlawanan.


1. Dia berasal dari Weymouth

Walaupun dia kini berada di Aquarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, Paul sebenarnya dilahirkan di Weymouth, England dan berpindah daripada Sea Life Park pekan itu pada 2006.

Fiona Smith, dari Weymouth Sea Life Park, memberitahu Dorset Echo: “Dia tidak pernah membuat sebarang ramalan ketika dia tinggal di sini tapi mungkin dia menanti acara besar seperti Piala Dunia barulah dia mendedahkan kebolehannya.”

2. Dia amat dikehendaki

Chef Argentina, Nicolas Bedorrou terlalu marah selepas Paul meramalkan dengan tepat bahawa pasukannya akan kalah pertemuan suku akhir dengan Jerman lantas dia mencadangkan satu cara untuk memasak sotong itu.

Dia mencatat dalam laman web sosial Facebook: “Kami akan mengejarnya dan meletakkannya dalam kertas. Kami kemudian akan memukulnya untuk mendapatkan daging lembutnya dan kemudian merebusnya dalam air mendidih.”

3. Dia mendapat liputan meluas

Ramalan Paul meraih terlalu banyak populariti hinggakan saluran berita Jerman, NTV mula menyiarkan ramalannya secara langsung, dengan dua wartawan berada di sebelah tangkinya jadi mereka boleh memberikan perkembangan terkini kepada penonton.


4. Dia menjadi selebriti di Oberhausen

Sesudah mengejutkan dunia media dengan ramalannya, Paul berjaya meletakkan bandar raya kurang dikenali Jerman, Oberhausen di peta dunia. Oberhausen, bandar raya berkembar dengan Middlesbrough, juga dikenali mempunyai pusat membeli-belah terbesar di Jerman.

5. Dia memiliki rekod yang bagus

Paul mula meramalkan keputusan Jerman ketika kejohanan Euro 2008, secara tepat memilih pemenang dalam empat daripada enam perlawanan membabitkan Jerman. Dia meramalkan Jerman untuk menang setiap perlawanan tetapi silap apabila mereka kalah kepada Croatia dan perlawanan akhir di tangan Sepanyol. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman.

6. Dia membantu anda membawa pulang sedikit wang

Selepas meramalkan dengan tepat pemenang lima perlawanan Jerman pada Piala Dunia, menuruti tip yang diberikan Paul membolehkan anda membuat sedikit wang.

Seorang yang mempertaruhkan £1 (RM4.80) terhadap semua lima keputusan itu boleh mendapat sekurang-kurangnya £131 (RM640).

7. Dia seekor haiwan bijak

Sotong memang terkenal sebagai haiwan bijak dan terbukti memiliki kekuatan memori jangka pendek mahupun jangka panjang.

Fiona Smith, ketua penjagaan haiwan Sea Life Park berkata: “Sotong biasa seperti Paul amat bijak. Kami samakan kebijaksanaan mereka dengan anjing dan mereka suka menyelesaikan masalah atau mengira sesuatu.”

8. Dia sensasi Twitter dan Facebook

Paul menjadi fenomena utama internet sejak akhir-akhir ini dan kini adalah satu daripada topik utama perbualan dalam laman web. Frasa “Paul the Octopus” dan “Pulpo”, perkataan Sepanyol bagi sotong, kini berada dalam kelompok 10 teratas di laman web sosial Twitter.

9. Dia tidak menipu

Paul meramalkan keputusan dengan membuka satu daripada dua plastik kontena makanan yang dilitupi dengan bendera dalam tangkinya. Tanja Munzig dari Sea Life Centre di Oberhausen menafikan dakwaan bahawa kontena itu sudah diberikan kepadanya lebih awal.

“Tidak ada tipu helah, makanan itu sama dan setiap benda dalam dua kontena itu sama kecuali bendera.”

10. Dia tidak takutkan ancaman bunuh

Menurut penjaganya, Oliver Walenciak, Paul tidak bimbang dengan beberapa siri ancaman bunuh dihantar oleh penyokong Argentina yang menyalahkan sotong itu kerana kekalahan pasukan mereka pada Piala Dunia.

Dia berkata: “Memang ramai orang yang mahu makan sotong kami tapi dia tidak malu dan kami berada di sini untuk menjaganya. Dia akan bertahan.”

P/S : ape2 ramalan si PAUL itu hanya kebetulan..kita sebagai org islam tidak patut mempercayai semua itu..ia shanyah menambag rencah untuk memeriahkan lagi PIALA DUNIA 2010....sekadar bahan hiburan ....

ihsan dari : myMetro.com

2 comments:

Airin said...

kuritAwien (*u*) kihkihkih....

Awien Heritage said...

hoooo...kate kat org ea...kuritarin...hehehhehehe