Tuesday, September 15, 2009

Ambillah Daun Kesabaran Dan Kerendahan Hati



Ambilah beberapa akar ke ikhlasan,
Daun-daun kesabaran dan perahan kerendahan hati,
Letakkanlah dalam wadah ketaqwaan.
Lalu...Tuangkanlah kedalamnya cairan rasa takut,

Kemudian masaklah dengan api kesedihan,
Saringlah dengan saringan kewaspadaan,
Ambillah dengan tangan kejujuran,
Minumlah dengan gelas istiqhfar di campur air kesalehan,

Jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah,
Hari ini adalah amal tiada hisab,
Dan esok adalah hisab tiada Amal,
Dunia hanya sementara,

Sedangkan akhirat adalah nyata,
Berdo'alah semuga Allah membimbing kita ke jalan yang LURUS.

Kredit kepada Fiq online.blogspot.com

2 comments:

Muhd Suhaily said...

Salam,

Semoga perlakuan kita sentiasa diberkati selalu. Salam Lebaran dari saya, 1430H 09, 2009. Terimakasih menjadi sahabat. Maaf Zahir & Batin.

Tengku Norazuwin Binti Che Ku Zangi said...

insyaallah..salam lebaran...