Tuesday, September 29, 2009

Wedding raya 2009

Salam..satu lagi kenangan di hari raya..tahniah diucapkan kepada kak ada dan suami kerana telah selamat disatukan pada bulan yang mulia ini..semoga kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat dan dikurnia kan rezeki secepat yang mungkin..hehhe...


Monday, September 28, 2009

Memory raya 2009

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin untuk semua...cm ner korang dihari raya? mesti seronok dengan baju baru kan..hhehe..juga jumpa saudara yang jauh maupun dekat...aku pun cm korang gak ziarah menziarahi sesama kita adalah agenda wajib di hari raya...ni aku nak kongsi gambar kenangan dihari raya aku 2009.

Malam raya adalah malam untuk berkumpul bersama sepupu yang hampir setahun tidak berjumpa dengan menyaksikan diorg bermain bunga api...(korang jangan ikut aktiviti malam raya aku ek..bahaya....)hehhehe...


Raya Pertama adalah raya paling yang ditunggu oleh semua org..tidak terkecuali family aku kerana hari raya la hari untuk kita berkumpul sambil bermaafan semua.



guys cousin. Merapatkan silaturahim bersama


Raya kedua. Ziarah menziarahi adalah agenda wajib untuk semua



Raya ketiga berkonvoi beramai-ramai ke rumah saudara mara.




Raya ke empat bersama kawan -kawan SPIKE & SKALI yang bertandang kerumah. Thanks my friends kerana sudi ke teratak buruk ku..





Ini adalah cebisan foto yang sempat dirakam semperna raya 2009. Sebagai kenangan di hari tua nanti..hehhehe.. korang jgn marah aku upload gambar tanpa izin eh...hehhe...sebagai tanda kenangan kita raya bersama..





Tuesday, September 15, 2009

Ambillah Daun Kesabaran Dan Kerendahan Hati



Ambilah beberapa akar ke ikhlasan,
Daun-daun kesabaran dan perahan kerendahan hati,
Letakkanlah dalam wadah ketaqwaan.
Lalu...Tuangkanlah kedalamnya cairan rasa takut,

Kemudian masaklah dengan api kesedihan,
Saringlah dengan saringan kewaspadaan,
Ambillah dengan tangan kejujuran,
Minumlah dengan gelas istiqhfar di campur air kesalehan,

Jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah,
Hari ini adalah amal tiada hisab,
Dan esok adalah hisab tiada Amal,
Dunia hanya sementara,

Sedangkan akhirat adalah nyata,
Berdo'alah semuga Allah membimbing kita ke jalan yang LURUS.

Kredit kepada Fiq online.blogspot.com

Sunday, September 13, 2009

Jutaan kemaafan dipohon




Ramadhan bakal meninggalkan kita x lama lagi..beberapa hari lagi muncul syawal yang dinantikan oleh kita semua. Dikesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada kawan-kawan semua jika ada kesalahan yang dijangka atau tidak dijangka selama kita kenal antara satu sama lain.

Kepada housemate (Fazi ,zan,ajan,bena,umi,misah,kak ra,kak erin) andai ada kata-kata atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati kalian semua diharap mendapat kemaafan dari kalian semua k. Almaklumla mulut ni bukan boleh dikontrol apabila mengeluarkan sesuatu perkataan. hehhe..

Kepada geng-geng QA(Amy, Haris,BAM, Kak Izan, Fazi(Ulang balik) juga jutaan kemaafan dipohon andai ada kalangan kalian terasa hati dengan perbuatan ku ini...

kawan-kawan Kolej dan juga kawan-kawan SKALI diharap kalian semua bergembira di hari lebaran nanti yer...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Friday, September 11, 2009

Mertua membenci menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

........ ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua.


Kredit kepada penulis, admin mendapat cerita ini melalui email yang tidak dinyatakan sumbernya.

Wednesday, September 9, 2009

Top 10 carta dosa balasan di Neraka

1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan -Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu..
8. Menyakiti hati orang dengan lisan- Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang

renungkan la kawan-kawan..semoga kita semua dijauhkan dari segala kejahatan...berkat dibulan mulia ni sama-sama la kita memperbanyakan pahala yang berlipat ganda. AMIN...

Rujukan: Isuhangat.blogspot.com

Wednesday, September 2, 2009

Tupat sotong spacial ..hehe

Tupat sotong..kalau dgr nama ni mesti kecur air liur aku..mmmm sedap nya...apa yang best balik ct baru ni kerana berpeluang untuk membuat tupat sotong ngan mak aku...

Idea untuk buat daripada mak aku kerana memandanagkan ketupat sotong dipasaran mencecah RM 3 satu. Daripada beli kat pasar baik bikin sendiri..ilmu pun dapat..hehhe..walaupun aku bukan kalangan yang tau memasak tapi best dapat buat..senang jerrr..kata yang pakar...

lihat chef awin didapur dibantu oleh ketua chef ku maimun..hehheheh