Sunday, January 12, 2014

Pergerakan Puteri Umno Bahagian Marang anjur Program Ramah Mesra

 Oleh : Amirullah bin Othman

Pergerakan Puteri Umno Bahagian Marang menganjurkan Program Ramah Mesra Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Terengganu Bersama Ketua-Ketua Puteri Cawangan Dalam Bahagian Marang di Dewan Sivik Kampung Atas Tol, baru-baru ini.


Ketua Puteri Umno Bahagian Marang, Puan Laila Md Daud berkata, program berkenaan bertujuan untuk mewujudkan serta mengeratkan silaturahim di antara pemimpin Puteri peringkat Negeri dengan kepimpinan Puteri peringkat Bahagian dan Cawangan.

“Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sasaran utama Puteri adalah untuk menambahkan bilangan ahli yang berumur 18 hingga 35 tahun.

 “Dan kita juga ingin menjadi jentera penggerak dan penyumbang utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti supaya kerajaan Barisan Nasional dan Umno terus kekal memerintah negara tercinta,” ujarnya.

Katanya, buat masa ini program peringkat akar umbi menjadi keutamaan dan program dalam kumpulan yang kecil adalah menjadi sasaran Puteri.


Dalam pada itu, seramai 150 orang menghadiri program itu dimana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Marang, YB A. Latiff Awang.


Sumber : http://teganukita.blogspot.com

No comments: