Friday, October 2, 2015

KISAH IMAM GHAZALI DIROMPAK

Sewaktu Imam Al-Ghazali pulang ke kota Thus, beliau mengikat nota-nota ilmunya di dalam sebuah bungkusan. Dia dalam perjalanan pulang, kafilah beliau telah ditahan oleh sekumpulan perompak dan telah merampas harta setiap anggota kafilah tersebut. 

Apabila giliran Imam Al-Ghazali, beliau berkata:
"Ambillah semua yang engkau mahu, tetapi jangan ambil bungkusan ini."

Para perompak menganggap ia merupakan satu harta yang amat bernilai, namun hanya menjumpai beberapa helai kertas. Lalu, Imam Ghazali berkata:
"Ini adalah hasl titik peluhku. Aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku memperolehi ilmu."

Seorang perompak berkata:
"Jika aku ambil bungkusan ini, engkau tidak tahu ke? Kalau begitu, buat apa kamu belajar jika ilmu kamu dalam buku."

Kata-kata daripada perompak itu telah menyebabkan Imam Al-Ghazali tersedar dan mengubah cara dia berfikir.

Telah berkata Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid:

"Ambillah kata-kata hikmah daripada sesiapa sahaja. Kata-kata hikmah merupakan satu perkara yang berharga yang hilang daripada orang beriman. Jadi, hendaklah dia mana sahaja dia jumpa, dia perlu ambil."
.
LIKE - - > Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah

No comments: