Sewaktu Imam Al-Ghazali pulang ke
kota Thus, beliau mengikat nota-nota ilmunya di dalam sebuah bungkusan. Dia
dalam perjalanan pulang, kafilah beliau telah ditahan oleh sekumpulan perompak
dan telah merampas harta setiap anggota kafilah tersebut.
Apabila giliran Imam
Al-Ghazali, beliau berkata:
"Ambillah semua yang engkau
mahu, tetapi jangan ambil bungkusan ini."
Para perompak menganggap ia
merupakan satu harta yang amat bernilai, namun hanya menjumpai beberapa helai
kertas. Lalu, Imam Ghazali berkata:
"Ini adalah hasl titik
peluhku. Aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku memperolehi
ilmu."
Seorang perompak berkata:
"Jika aku ambil bungkusan
ini, engkau tidak tahu ke? Kalau begitu, buat apa kamu belajar jika ilmu kamu
dalam buku."
Kata-kata daripada perompak itu
telah menyebabkan Imam Al-Ghazali tersedar dan mengubah cara dia berfikir.
Telah berkata Al-Habib Ali Zaenal
Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid:
"Ambillah kata-kata hikmah
daripada sesiapa sahaja. Kata-kata hikmah merupakan satu perkara yang berharga
yang hilang daripada orang beriman. Jadi, hendaklah dia mana sahaja dia jumpa,
dia perlu ambil."
.
LIKE - - > Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah
.
LIKE - - > Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah